CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23856|Reply: 0

[Kedah] Air empangan menyusut, kubur lama timbul

[Copy link]
Post time 4-8-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Air empangan menyusut, kubur lama timbul


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 4, 2024 @ 4:54pm [email protected]







Tanah perkuburan di Kampung Mong Gajah di Empangan Pedu mula kelihatan kelmarin (Jumaat) selepas kadar takungan air di empangan itu semakin menyusut. NSTP/Ihsan pembaca





SIK: Kadar tiga empangan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dilaporkan semakin menyusut hari ini, berikutan keadaan cuaca panas berterusan sejak beberapa bulan lalu.

Mengikut rekod di laman web MADA hari ini, paras air di Empangan Muda terus menyusut dan hanya tinggal 7.52 peratus, manakala Empangan Pedu (37.54 peratus) dan Empangan Ahning (81.16 peratus) dengan purata keseluruhan takungan air bagi tiga empangan adalah 42.41 peratus.

Menurut penduduk, Arman Che Ya, 43, keadaan di Empangan Pedu dilihat semakin mengering apabila kawasan perkuburan lama di Kampung Mong Gajah timbul menjadi daratan.

Katanya, keadaan itu hampir sama dengan fenomena El Nino pada 2020 sehingga ada waris dapat menziarahi pusara berkenaan.

"Batu nisan di kubur ini nampak semakin jelas pada (kelmarin) Jumaat, sebelum ini hanya nampak pagar kubur sahaja, tapi daratan di kawasan ini tanahnya masih lembut dan dibimbangi akan berlaku tanah jerlus.

"Saya baru ke kawasan itu semalam dengan beberapa rakan, sejak kampung lama itu timbul hampir sebulan lalu kami kerap ke sana. Saya jangka waris boleh menziarahi pusara nenek moyang mereka tidak lama lagi sekiranya takungan air empangan terus menyusut," katanya.

Nelayan di Tasik Gubir di Empangan Muda, Awang Salleh, 59, berkata beberapa kubur di tasik itu sudah timbul lebih awal berbanding di Empangan Pedu kerana takungan air di kawasan itu menyusut dengan lebih cepat.

Katanya, kawasan perkuburan yang timbul adalah di Kampung Kempas, Kampung Kuala Tesong, Kampung Lubuk Pari, dan Kampung Banggol Pauh.

"Semua ini kampung lama yang sudah ditinggalkan selepas projek kerajaan membina empangan ini pada 1960-an.

"Sebagai nelayan, kami pun bimbang Empangan Muda akan kering sepenuhnya, mungkin akan menyebabkan nelayan sukar untuk daratkan ikan, tapi kelmarin hujan lebat selama dua jam, hari ini pun hujan tapi tidak lebat seperti semalam.

"Kita doa semoga hujan akan turun lagi selepas ini, sekurang-kurangnya dapat tingkatkan sedikit takungan air, mungkin kerajaan perlu adakan Operasi Pembenihan awan (OPA) lagi selepas ini jika cuaca terus panas," katanya yang sudah lebih 20 tahun menjadi nelayan.

OPA mula dilaksanakan selama tiga hari bermula pada 29 Julai lalu di di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik dan industri.

MADA dalam kenyataannya dilaporkan berkata, OPA berjaya mencatatkan penurunan hujan sebanyak dua milimeter (mm) di kawasan tadahan Empangan Muda pada 30 Julai lalu.

Katanya, hasil penilaian dibuat mendapati terdapat peningkatan isipadu aliran masuk Empangan Muda sebanyak 1,037 ekar kaki berbanding purata aliran masuk harian pada Julai 2024 lalu, iaitu 416 ekar kaki sebelum pelaksanaan OPA.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1280402/air-empangan-menyusut-kubur-lama-timbul






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.048589 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list