CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12663|Reply: 3

[Tempatan] Malaysia sedia bawa pulang wanita,kanak-kanak Palestin untuk dirawat-PM

[Copy link]
Post time 5-8-2024 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan sedia membawa pulang sebahagian wanita dan kanak-kanak di Palestin yang cedera atau sakit untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sudah berurusan dengan Presiden Mesir, Abdel Fatah el-Sisi agar membenarkan perkara tersebut dilaksanakan.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab beliau dan rakyat untuk bangkit membela serta memperjuangkan pembebasan Palestin sepertimana diharapkan Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh sebelum meninggal dunia.

“Kalau orang itu (Ismail Haniyeh) sanggup berkorban nyawa dan jika 40,000 rakyat sudah meninggal dunia, apalah salahnya kita ‘memeluk’ beliau serta menyatakan bahawa Malaysia menyokong perjuangan Palestin.

Saya tak berupaya bicara lebih daripada itu, tetapi Insya-ALLAH kita akan lakukan sedaya upaya dan suarakan pandangan tidak kira di hadapan sesiapapun.

“Kita bantu yang sakit sama ada di rawat di sana (Palestin) atau dibawa ke Malaysia, kita akan teruskan tanpa tolak ansur,” katanya ketika menyampaikan pidato semasa kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil di sini pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Muhammad Sabu; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong serta ramai lagi.

Tujuan himpunan berkenaan diadakan antara lain bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Haniyeh sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Palestin.


Antara program yang diselitkan sepanjang himpunan berlangsung adalah Pidato Solidariti Palestin, solat Maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas, persembahan nasyid dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Anwar juga memaklumkan, beliau telah menghubungi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa malah Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman untuk terus konsisten dalam memberikan kerjasama dan bantuan kepada Palestin.

“Diharapkan semuanya jangan henti berbicara tentang Palestin, jangan berhenti membantu dan bersedekah untuk meringankan beban rakan-rakan kita di sana.

“Saya mahu Malaysia diletakkan di dalam peta sejarah sebagai negara yang paling konsisten dan bersungguh-sungguh memperjuangan nasib rakyat Palestin,” ujar Ahli Parlimen Tambun terbabit.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2024 08:10 AM | Show all posts
Diharapkan tiada segelintir rakyat Malaysia tidak mengambil kesempatan pd mereka
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ribu hadir?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukup ke doktornya? Padahal ko kerah doktor2 ni kasi kontrak saje pastu ko kerah cukup2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 141550 Replies : 3979
Konsert Maroon 5 di KL, 2025
maklukpenggodaKonsert Maroon 5 di KL, 2025
Views : 939 Replies : 2
Pewaris empayar Jepun berusia 18 tahun
mojarean_XPewaris empayar Jepun berusia 18 tahun
Views : 75356 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97711 Replies : 5183
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 44900 Replies : 684
Raysha rizrose pregnant
nhaoRaysha rizrose pregnant
Views : 12485 Replies : 15
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21583 Replies : 508
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42225 Replies : 331
Concorde Hotel KL Bakal Dijual Pada Harga RM700 Juta
intan_smsbConcorde Hotel KL Bakal Dijual Pada Harg
Views : 11726 Replies : 4
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 11468 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.151055 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list