CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4816|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tiga sekawan didakwa simpan spesies burung dilindungi

[Copy link]
Post time 8-8-2024 01:53 PM | Show all posts |Read mode


SEORANG daripada tertuduh (tengah) yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyimpan spesies burung yang dilindungi, September tahun lalu. FOTO Ahmad Hasbi.

Seremban: Tiga sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, masing-masing atas pertuduhan menyimpan spesies burung yang dilindungi pada September tahun lalu.


Muhammad Ikwan Mat Yusoff, 26; Muhammad Fitri Zali, 24 dan Suria Mat Yunus, 49, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.


Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara individu, Muhammad Ikwan yang juga anggota pasukan keselamatan didapati menyimpan dua ekor Burung Daun Sayap Biru (Chloropsis cochinchinensis), manakala Operator kilang, Muhammad Fitri berhadapan dua pertuduhan masing-masing kerana menyimpan seekor Burung Daun Sayap Biru dan Burung Bayan Serindit.

Kontraktor pembinaan, Suria pula berhadapan tiga pertuduhan masing-masing menyimpan seekor Burung Daun Sayap Biru, Burung Scarlet Minivet dan Burung Sultan Tit.

Semua tertuduh didakwa menyimpan burung itu tanpa suatu permit khas, yang mana haiwan itu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Perbuatan dilakukan di kawasan hutan dekat Jalan Kampung Langkap, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, pada jam 12.20 tengah hari, 19 November 2023, dengan kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 68(1)(a) Akta 716 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 689(1) Akta Pemuliharan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646).


Sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM50,00 dan tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Perhilitan, Gilmoore G Bolongon mencadangkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan masing-masing terhadap ketiga-tiga tertuduh.


Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM2,000 kepada Muhammad Ikwan dan RM4,000 terhadap Suria serta Muhammad Fitri.


Sebutan semula kes pada 25 September 2024.


sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.057115 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list