CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55292|Reply: 3

[Tempatan] Majlis pernikahan diraja puteri Sultan Pahang,Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah berlangsung tiga hari minggu depan

[Copy link]
Post time 10-8-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Majlis pernikahan diraja puteri Sultan Pahang, Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai FD Izham akan berlangsung minggu depan.

Tengku Puteri Raja, Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah merupakan puteri kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ia berikutan sekeping poster digital beredar di laman sosial dikongsikan oleh pengurus acara yang mengendalikan majlis tersebut, Teja Market pada hantaran TikTok.

Pada poster yang dimuat naik, majlis tersebut diberi nama Langit Cinta Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja turut menyatakan lintas langsung istiadat perkahwinan diraja berkenaan bertempat di Tasek Kotasas, Kuantan selama tiga hari bermula 22 Ogos ini dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Hantaran berkenaan tersebut turut diulang siar menerusi TikTok @cmspahang yang difahamkan merupakan akaun peribadi Tunku Azizah Aminah.

Turut tertera nama bakal pengantin lelaki iaitu FD Idzham FD Iskandar.

Pada ruangan komen, Teja Market memaklumkan ada menyediakan skrin besar untuk tontonan rakyat Pahang bagi majlis tersebut.

Terdahulu, Tunku Azizah menerusi akaun TikTok dipercayai miliknya turut berkongsi tarikh penting pernikahan bakal pengantin diraja itu.

Dalam tulisannya, dimaklumkan istiadat akad nikah, istiadat berinai dan istiadat bersanding bakal dilangsungkan pada 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Malah pada hari bahagia Tengku Puteri Raja Tengku Afzan akan diadakan lintas langsung khas dari Padang Kota Sultan Ahmad Shah dan padang Masjid Sultan Ahmad, Kuantan.

Sementara itu, difahamkan FD Izham merupakan seorang usahawan muda dan pemain ragbi untuk kelab Saracens FC yang berpangkalan di London.

Beliau merupakan anak sulung kepada Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor dan isteri, Datin Seri Hafizah Zakaria. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm.meriah je...anak bini ke2 dulu meriah x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka bakal pengantin ni seiras dgn bakal laki dia kan.

Huntung la kedua2 pihak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.237901 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list