View: 45630|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Pasangan kekasih antara dicekup edar dadah
[Copy link]
|
|
ANTARA dadah yang dirampas daripada empat suspek termasuk pasangan kekasih dalam dua pemeriksaan di Gemas dan Senawang, pagi semalam. FOTO ihsan POLIS
Tampin: Pasangan kekasih antara empat pengedar dadah yang ditahan polis daerah ini semalam membabitkan rampasan dadah bernilai lebih RM30,000.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 9.30 pagi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tampin menahan seorang lelaki dan seorang wanita di hadapan sebuah premis di Gemas di sini.
"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang digunakan suspek berusia 29 dan 47 tahun itu menemui lapan balutan plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat 1,040.70 gram.
"Turut ditemui 19 paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu anggaran berat 156 gram dan dua pili eramin 5. Nilai keseluruhan rampasan RM14,800," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, susulan tangkapan itu, BSJND Tampin dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Negeri Sembilan menahan dua lelaki di hadapan sebuah rumah di Senawang, Seremban, kira-kira jam 11.40 pagi hari yang sama.
"Hasil pemeriksaan kenderaan yang digunakan suspek yang berusia 31 dan 46 tahun itu menemui satu bungkusam plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 99.1 gram.
"Kami turut menemui satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi 12 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 62.2 gram.
"Selain itu, satu bungkusan plastik berisi campuran dan ceraian tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 20.1 gram dan 1 paket plastik biru berisi 17 pil yabba juga ditemui. Nilai rampasan kedua sebanyak RM13,494," katanya.
Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methaphetamine.
"Semakan juga mendapati tiga daripada suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah," katanya.
Semua suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|