CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25570|Reply: 43

[Jenayah] Menghancurkan Hidangan Orang Arab, Menjual Kunafa Dengan Topping White Chocolate, Pistachio Crunchy Dan Soft Cookie!

[Copy link]
Post time 12-8-2024 07:09 PM | Show all posts |Read mode


Pada ketika ini, dapat dilihat pelbagai jenis makanan baharu yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan antaranya seperti menu daripada negara Korea, Jepun dan Arab.

Apabila menyebut tentang makanan dari Timur Tengah, selain daripada Nasi Arab, hidangan lain yang turut menjadi pilihan ramai adalah Kunafa.

Ia yang turut dikenali sebagai Kunafeh merupakan antara hidangan pencuci mulut popular dalam kalangan masyarakat Timur Tengah dan turut menjadi kegemaran kebanyakan individu di negara ini.

Lazimnya, kunafa boleh didapati daripada peniaga Arab yang menetap di Malaysia. Namun, pada masa kini, ada juga rakyat Malaysia yang berkebolehan membuat kunafa hingga mampu menjual hidangan tersebut kepada orang ramai.

Kunafa Buatan Tempatan Siap Ada Biskut Lembut & Topping

Berbeza dengan kunafa tradisional yang biasa dijual, seorang peniaga menjadi perhatian apabila menawarkan hidangan menu kunafa yang unik dan disifatkan berbeza dari yang lain.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @bestfoodmy, kelihatan seorang wanita sedang menyediakan hidangan kunafa istimewa buat pelanggannya itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah hidangan kunafanya yang berwarna merah ditambah dengan coklat putih serta kacang pistachio rangup sebelum disaluti dengan coklat buatan sendiri.

Malah, apa yang lebih unik adalah pencuci mulut dari jenis pastri itu dihidangkan bersama dengan biskut lembut (soft cookies) dan juga tambahan coklat serta topping yang lain.

Hanya Dijual Dengan Harga RM25

Difahamkan, hidangan tersebut merupakan menu baharu yang diperkenalkan oleh peniaga itu dan dijual pada harga RM25.

Malah, wanita itu turut menjelaskan mereka juga menjual kunafa yang biasa dengan harga hanya RM17. Difahamkan, lokasi kedai berkenaan terletak di Masai, Johor.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 780 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial memberi reaksi berbeza apabila melihat hidangan tersebut.

Ada yang mempertikaikan menu itu kerana didakwa merosakkan rasa dan rupa original makanan yang berasal daripada Timur Tengah itu.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan kerisauan apabila melihat jumlah coklat dan topping yang terlalu banyak hingga mereka bimbang dengan kesihatan individu yang menikmati hidangan tersebut.

Walaupun ada yang mengecam, ada juga pengguna media sosial yang menyokong dan dapat menerima menu itu.

Ini kerana ada warganet yang pernah menjadi pelanggan di kedai itu berpendapat Kunafa yang dijual sedap dan amat berpatutan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2024 12:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2024 07:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2024 07:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2024 07:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 07:15 PM | Show all posts
Tak manis ke weh bila dah dicampur macam- macam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2024 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa nak perkena makanan timur tengah ada chef dr Syria buka kedai kat Giant usj 1....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
alamak, dah dua kali iols order soft cookies from cookiecrumbs yang pistachio kunafa..sedap nkmps untuk lidah iols yang tak makan dessert nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt mlysia ni nk muntah aku mkn kunata. Xsedapppppppp
Tp masa umrah aritu mkn kunafa kt madinah, sedap plak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Menghancurkan menghidangan mengorang mengarab, menjual menkunafa dengan mentopping mengwhite menchocolate, menpistachio mengcrunchy dan mensoft mengookie…











Sissss…..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 08:47 PM | Show all posts
Diorang ni kalau dah rasa desert high end yang betul2 sedap, guna ingredients yang high quality punya, yang bukan manis semata2 sebab banyakkk gula,, mesti takde rasa nak makan yang over manis over confident punya desert ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kunafa a wa yuqimus solata wa yu'tuz zakah

ayat holy koran 98:5
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 12-8-2024 07:49 PM
sapa nak perkena makanan timur tengah ada chef dr Syria buka kedai kat Giant usj 1....

Ohhh boleh recce ni
Thankss!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Iols je ke tak terliur nak makan kunafa bagai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
This is one of reason aku tak beli / makan makanan viral / trending yg dijual budak syok sendiri tak belajar kulinari. Tgk pon gross.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 12-8-2024 08:31 PM
Kt mlysia ni nk muntah aku mkn kunata. Xsedapppppppp
Tp masa umrah aritu mkn kunafa kt madinah, seda ...

Pernah beli kunafa kat kedai makan Arab kat Malaysia, macam guna susu pekat je. Tertipu I.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
DidiAndFren replied at 12-8-2024 08:18 PM

Macam terus hilang je rasa kunafa sebenar sebab dah letak topping macam2
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 12-8-2024 09:48 PM
Pernah beli kunafa kat kedai makan Arab kat Malaysia, macam guna susu pekat je. Tertipu I.

I pernah bli 2 kali. Kt expo mknn yg berbeza.. jenama xfemes. Mkn dah sejuk keras kejung cheese dia. Dgn air gula yg i rasa xkena langsung dgn rasa kunafa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Manis  potong kaki punya tahap. Sesudu boleh ler telan. Kunafa tuh pun dah manih tambah toping lagi lahhhh.... Benda da sedap pi tambah lagi. Bodo
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 10:21 PM | Show all posts
Melayu punya mesti ada sos leleh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.192946 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list