CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21818|Reply: 2

[Jenayah] Saka versi Bangla sudah kena

[Copy link]
Post time 14-8-2024 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

DHAKA: Bekas perdana menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan enam penyokong setianya telah didakwa dalam satu kes pembunuhan lebih seminggu selepas beliau meletak jawatan dan melarikan diri dari negara Asia Selatan itu susulan protes besar-besaran, kata pegawai mahkamah pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang ahli perniagaan Amir Hamza telah memfailkan kes itu di Mahkamah Majistret Metropolitan di Dhaka. Dia menuduh Hasina, dua bekas menteri Kabinetnya, dan pegawai kanan polis bertanggungjawab atas pembunuhan Abu Sayeed pada 19 Julai.

Peguam bela Anwarul Islam berkata Amir Hamza mendakwa Sayeed meninggal dunia selepas polis melepaskan tembakan secara rambang ke arah penunjuk perasaan di kawasan Mohammadpur di Dhaka.

Seorang hakim di mahkamah Dhaka telah mengarahkan polis untuk membuka siasatan terhadap dakwaan itu.

Amir Hamza berkata dia secara sukarela memfailkan kes itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab siviknya.

Menurut peguam, bekas menteri dalam negeri Asaduzzaman Khan, bekas menteri pengangkutan jalan dan jambatan Obaidul Quader, bekas ketua polis Abdullah Al Mamun dan tiga pegawai kanan polis lain turut dinamakan dalam kes itu.

Lebih 500 orang dilaporkan terbunuh dalam keganasan yang berlaku selama sebulan, bermula dengan pelajar menuntut penghapusan sistem kuota pekerjaan kerajaan yang kemudiannya bertukar menjadi pemberontakan besar-besaran terhadap kerajaan Hasina.

Hasina meletak jawatan pada 5 Ogos dan meninggalkan negara itu ke India dengan helikopter tentera, menyebabkan penunjuk perasaan melancarkan serangan lanjut ke atas polis serta perniagaan, rumah, dan pejabat penyokong setianya.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan Muhammad Yunus mengambil alih sebagai ketua kerajaan sementara yang dibentuk minggu lepas.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kongajo nenek ni, dah buat onar, dia cabut lari gitu jah. Beratus2 kot student mati sbb bertempur dgn polis, sbb tak puas hati.
Tak salah meols, dia fefeling Sajat, nak seek asylum dekat England (London) lah tapi, tapi diorang reject yach. Padan muka ko nenek. Kemain keluar undang2 tak rilek utk rekyat2 ngko.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2024 08:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.079126 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list