View: 35620|Reply: 12
|
Menambahkan Lemak, Meletakkan Cheese Dekat Popia Carbonara!
[Copy link]
|
|
Ada di sini peminat popia goreng? Tentunya ramai yang menggemari kuih ini yang menjadi salah satu kesukaan rakyat Malaysia.
Kulitnya yang rangup di luar dan inti yang dipelbagaikan mengikut citarasa membuatnya mudah diterima tekak masyarakat.
Salah satu popia yang digemari ramai adalah Popia Carbonara kerana kulitnya yang rangup di luar manakala inti di dalamnya yang berkrim.
Walau bagaimanapun, kadangkala nak carinya di gerai-gerai kuih tepi jalan sangat sukar.
Oleh itu, sesetengah orang gemar membuatnya sendiri di rumah. Minum pula bersama kopi dan teh panas petang-petang memang syahdu.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan resipi popia carbonara daripada pencipta kandungan, Che Sayang Kitchen di bawah.
Bahan-bahan Resipi Popia Carbonara
1. Bawang putih diracik
2. Daging atau ayam kisar
3. Carrot dipotong dadu
4. Sos carbonara tin
5. Sedikit air
6. Cheese cheddar (ikut kemahuan)
7. Kulit popia (pakai 2 keping per gulung)
Cara penyediaan
1. Tumiskan bawang putih di dalam kuali. Pastikan minyak tidak terlalu banyak (daging yang dicampur nanti akan keluarkan minyak).
2. Masukkan daging atau ayam yang telah dikisar. Boleh "kacau-kacau" isi daging atau ayam sehingga agak masak.
3. Kemudian masukkan lobak merah yang telah siap dipotong dadu. Sambil masak boleh buang sedikit minyak (jika terlalu banyak).
4. Masukkan sos carbonara ke dalam daging yang telah digoreng dan tambah sedikit air (kalau tak mahu pekat). Boleh masukkan cheese cheddar (ikut kemahuan).
5. Selepas itu, angkat daging atau ayam carbonara yang telah dimasak dan sejukkan terlebih dahulu. (Lipat kulit popia bersama inti ketika panas boleh terkoyak kulit popia).
6. Lipatkan kulit popia bersama inti yang sudah sejuk termasuk cheese mozzarella. Ketika lipat, gunakan campuran tepung dan air sebagai "gam" bagi kulit popia melekat kuat.
7. Gorengkan kulit popia yang sudah dibalut dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sdpnyaaa nyum nyum..tp i xpermah try lg popia yg ada cheese..
tp mmg ngam rasanya kot
laparnyaa mlm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Another cheese headline?
Apoo… bila i beli popia i expect intinya sayur.
Turn off betul bila gigit rasa carbonara lah, balckpepper lah. Ni kau tambah cheese pulak |
|
|
|
|
|
|
|
eeeuuwww
|
|
|
|
|
|
|
|
Pund*k betul.
Dah letak cheese digoreng pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Popia resepi pund*k...popia pund*k |
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah Popia Bakar Cheese atau Popia Kukus Cheese.
Dasar Pund*k |
|
|
|
|
|
|
|
Cheese orang tak gorenglah pund*k |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah makan popia carbonara.. even popishang yang org duk sebut2 viral tu pun aku tak pernah rasa...
Mana nak beli bende2 makanan camni??? Is this considered as street food? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap tapi muak sikit. Kalau u suka cheese, maybe u takkan rasa muak kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|