CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14147|Reply: 2

Hari Kebangsaan 2024, perkhidmatan Rapid KL 24 jam

[Copy link]
Post time 15-8-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Azharuddin (tengah) bergambar selepas idang akhbar Merdeka bersama Rapid KL, di Menara Prasarana, di Lembah Subang, hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!


PETALING JAYA – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024, semua perkhidmatan rel merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel serta BRT Laluan Sunway, laluan bas terpilih kendalian Rapid KL akan beroperasi selama 24 jam pada malam 30 Ogos nanti.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat San berkata, semua perkhidmatan rel terlibat akan beroperasi dari pukul 6 pagi pada 30 Ogos sehingga pukul 11.30 malam pada 31 Ogos 2024.

Katanya, Rapid KL akan turut menyediakan sehingga 60 bas perantara percuma dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya bermula pukul 6 petang 30 Ogos hingga 3 petang 31 Ogos bagi memudahkan warga kota yang ingin meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.
“Malah, sebanyak sembilan bas akan disediakan dari MRT Putrajaya Sentral ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Putrajaya antaranya Taman Botani, Marina Putrajaya, Alamanda dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 31 Ogos nanti.

“Perkhidmatan yang dipertingkatkan ini dijalankan buat pertama kalinya sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebagsaan tahun ini.

“Kami amat berbangga kerana dapat menyediakan perkhidmatan ini buat rakyat Malaysia dan akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang,” katanya pada sidang akhbar di Menara Prasarana di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Azharuddin berkata, lebih 4,000 kakitangan barisan hadapan Rapid KL akan bertugas secara syif bagi memastikan kelancaran operasi 24 jam dan memberikan pengalaman perjalanan yang baik sempena Hari Merdeka 2024.

“Pihak Prasarana menjemput warga kota untuk menggunakan perkhidmatan rel dan bas Rapid KL bagi mengelakkan kesesakan dan lebih 10,000 petak parkir tersedia di beberapa stesen rel terpilih.
“Pengguna jalan raya di sekitar Putrajaya juga dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa dengan tidak menghalang laluan bas sepanjang sambutan berlangsung,” katanya. – KOSMO! ONLINE.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 12:40 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus macam tu
Ramai yang nak meraikan hari merdeka nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 1.371586 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list