CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13722|Reply: 2

Restoran harga nasi goreng sardin berbeza diberi notis

[Copy link]
Post time 15-8-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode

DUA resit pembelian nasi goreng sardin di sebuah restoran di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, yang memaparkan harga berbeza tular di media sosial, baru-baru ini.

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan notis terhadap sebuah restoran di Bandar Sri Permaisuri, di sini, yang didakwa mengenakan kadar berbeza bagi harga nasi goreng sardin.

KPDN Kuala Lumpur dalam kenyataan, hari ini memaklumkan pihaknya menggerakkan sepasukan anggota berhubung hantaran di media sosial, baru-baru ini, mengenai dua resit pembelian nasi goreng sardin yang dibeli di restoran itu.

Katanya, anggota penguat kuasa KPDN bertemu penyelia restoran untuk membantu siasatan mengenai maklumat harga seperti yang dilaporkan.
"Menerusi pemeriksaan tanda harga pada buku menu di restoran itu mendapati harga nasi goreng sardin adalah RM9, manakala caj 30 sen bagi bungkusan dinyatakan dengan jelas dalam menu untuk makluman pelanggan.

"Bagi pesanan dan makan di restoran, tiada caj lain dikenakan kecuali harga makanan sahaja termasuk tambahan caj SST sebanyak enam peratus," katanya.
Menurutnya, notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat terhadap justifikasi perbezaan harga terbabit.

"Katanya, kedua-dua resit itu sudah diserahkan kepada penyelia restoran untuk tindakan lanjut.
"Pihak restoran diberi amaran keras supaya sentiasa mengemas kini tanda harga agar pelanggan tidak keliru, mematuhi undang undang dan tidak mengulangi kesilapan dilakukan.

"Pihak restoran memohon maaf atas isu yang berlaku dan bersedia untuk menghubungi pengadu bagi membuat penjelasan atau sebarang perkara berbangkit," katanya.

Katanya, sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan kepada KPDN untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, satu hantaran memaparkan dua resit pembelian nasi goreng sardin di restoran berkenaan tular di media sosial, baru-baru ini, yang mendapat kecaman warganet.- Harian Metro


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Xyh la minta maap kat pelanggan. Siap nk call bg penjelasan. Kpdn saman je la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi goreng sardin kayangan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.311911 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list