CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 56630|Reply: 4

[Tempatan] Taktik baru, pengusaha kantin rugi RM131,000 diperdaya pegawai AMLA palsu

[Copy link]
Post time 16-8-2024 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 16-8-2024 09:00 AM

KUALA TERENGGANU: Seorang pengusaha kantin sekolah di daerah ini menanggung kerugian RM131,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket 'phone scam'.

Kejadian bermula selepas lelaki berusia 48 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) sebuah bank pada 31 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata suspek memaklumkan akaun mangsa disalah guna pihak lain sebelum panggilan itu disambungkan kepada pihak polis yang mendakwa dia terbabit dengan jenayah penggubahan wang haram.

Beliau berkata, mangsa kemudian diminta mendedahkan maklumat perbankan miliknya dan isteri untuk tujuan siasatan sebelum menerima mesej WhatsApp dan panggilan daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai penyiasat bagi kes berkenaan.

"Mangsa diminta membuat pemindahan wang ke dalam akaun juru audit Bank Negara untuk tujuan siasatan.

"Suspek turut menakutkan mangsa dengan dokumen waran tangkap yang dihantar kepadanya dan diberitahu semua asetnya akan dibekukan sekiranya tidak memberi kerjasama.

"Mangsa kemudian membuat enam kali transaksi ke dalam tiga akaun berbeza secara berperingkat membabitkan kerugian RM131,000," katanya.

Azli berkata, suspek memaklumkan akan memulangkan kembali wang milik mangsa selepas tiga hari sebaik siasatan selesai.

Katanya, mangsa hanya menyedari menjadi mangsa penipuan itu apabila tidak menerima wangnya kembali dalam tempoh dijanjikan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu semalam.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sebarang panggilan telefon dan pesanan mesej yang diterima daripada pihak yang tidak dikenali bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," katanya.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2024 08:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 08:47 AM | Show all posts
kesian oooo...masih berlaku kes2 gini...
tak semua org dpt tepis, trace penipu2 ni..maybe cepat panic...
aku sronok layan scamer2 ni dalam tepon..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam hemes myanmar tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:35 AM | Show all posts
"Suspek turut menakutkan mangsa dengan dokumen waran tangkap yang dihantar kepadanya dan diberitahu semua asetnya akan dibekukan sekiranya tidak memberi kerjasama."

Menyamar jadi pegawai Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA), gertak dalam masa 1 atau 2 minit, haruslah mangsa tu panik tak boleh berfikir logic. Jawatan pun cukup gempak.

***Macamana scammer dapat tel. no., nama dan data peribadi yang tepat?  Kalau at first scammer sebut nama salah, mungkin pakcik tu rasa fishy sikit.
Takziah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
akku3kuku
Views : 202 Replies : 0
all the best
akku3all the best
Views : 1414 Replies : 0
kukku
akku3kukku
Views : 2424 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 5472 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26486 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 11085 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 7478 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 7479 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.277031 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list