CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31480|Reply: 23

[Tempatan] Tolong hormat raja saya – Tunku Azizah

[Copy link]
Post time 18-8-2024 08:56 PM | Show all posts |Read mode

KUANTAN – Tengku Ampuan Pahang,  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menitahkan seorang pengguna media sosial menghormati Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Komen itu dibuat untuk pengguna media sosial yang menggunakan akaun  ’samdoria’ yang dilihat memberi komen ”Respect lagi Tan Sri Muhyiddin” semalam.


”Tolong respek (respect) suami saya raja saya,” titah Tengku Ampuan Pahang ketika membalas komen berkenaan.


Manakala seorang pengguna sosial Huzaimi Ibrahim turut membalas hantaran itu kepada baginda.


”Menjunjung titah Tuanku, Daulat Tuanku,” kata Huzaimi di tangkapan skrin sosial media berkenaan.


Komen berkenaan dilihat di dalam hantaran Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail yang sebelum itu menzahirkan kecewa dan terkilan dengan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Neggiri baru-baru ini.


Sebelum ini, tular ucapan Muhyiddin ketika berkempen di DUN Nenggiri yang mendakwa beliau sudah mendapat 115 sokongan ahli Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


Ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, sokongan yang peroleh itu membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri namun tidak dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah.


Ceramah oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu didakwa secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R merujuk raja, agama dan kaum dalam kempen.


Susulan itu pada Menteri Besar Pahang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang didakwa biadab ke atas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi kenyataannya pada semalam.


Naib Presiden UMNO berkata, tindakan terhadap Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu penting sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua pihak. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2024 11:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokoh polygamy siapa kata isteri pertama berendam air mata elok senyum manis
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
PN mmg suka cari pasal dengan raja
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by primarikey at 19-8-2024 07:35 AM
likilu replied at 18-8-2024 11:37 PM
Tokoh polygamy siapa kata isteri pertama berendam air mata elok senyum manis


Ntah2 dpn camera je tersenyum manis
Blkg2 makan ati jgk
Dh namanya pompuan kn...hati tisu
dugaan hidup ni tak sama
Tapi baik la bermadu tapi laki berduit
dan hidup dlm kemewahan
Drpd bermadu tapi suami sengkek
Nafkah pn tak bagi
Pastu bini sendiri susah payah cari nafkah utk sara ank
Aku setuju je suami azmee ni nikah ramai
bole la suaminya berkongsi rezeki dgn marhaen kn..drpd tak abes mkn..


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa nya kalau laki duit makin tak habis & powerful. Marah geram bitter juga kena madu tapi takda power nak halang. Kalau nak maintain status terpaksa hadap  je lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 19-8-2024 07:30 AM
Ntah2 dpn camera je tersenyum manis
Blkg2 makan ati jgk
Dh namanya pompuan kn...hati tisu

Kenapa fikir macam tu sekali

Kalau ikutkan peminikiran pessimist gitu yg tak bermadu pun ada masa masa yg makan hati n ada masalah nafkah atau lain lain

Haha tapi takdela, i cuma fikirkan hati n perasaan terpaling bini jagong/now sultan ni je, setiap kali ada kes sondol menyondol semua orang kecam n traumatized penat je dia show off bahagia as isteri pertama lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
entahle. bosan nya lah rentua rentua politik ni semua. ade hok skizo, ade hok bipolar, ade yg hok hilang ingatn terus
takde ke acik porum yg nk jd menteri??? hidop acik porum hidop acik porum
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 12:10 PM | Show all posts
Yg masa politik sebelum ni menggelupur masa org lain jadi PM siap pegi istana, baring atas jalan, apa semua tu takde pulak keluar kenyataan report polis bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 12:17 PM | Show all posts
musuh2 politik najib memang gila2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tengku mahkota pahang murka dengan muhyiddin

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak yidin ada hak utk bersuara. Rsanya, apa yg dia kata tu, xdelah menghina agong wktu tu. Xde vulgar language pun. Dia cuma tanya knp tak ajak wlau dia kata ckup sd kan. Xtaulah klau sbb mcm tu depa nak murka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahcow ni  masa jadi mb mmg ada masalah  dgn bapak acik mee  ni pun kan.pasal tanah? disuruhnyer tua saka buang ke federal.the rest is history..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala koserrrrr la.
Bergasak kat balai & mahkamah sudahlah.
Letih dah menengok masing-masing berpolitik ni.
Nasib rakyat masih sama. Sendu.
Rakyat hari-hari sebak sayu tau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 11:32 PM | Show all posts
bpbbppbp replied at 19-8-2024 01:46 PM
Wak yidin ada hak utk bersuara. Rsanya, apa yg dia kata tu, xdelah menghina agong wktu tu. Xde vulga ...

AKu setuju walaupun aku tak support PN n abahcoew. Mcm takde kebebasan bersuara langsubg, org tu bukan maki hanun. Dgn acik azmee mencapobb, dgn anak dia pun mencabop bagi arahan suruh ambil tindakan. Ntah apa2. Tak blh kena kritik langsung let go semua kedudukan hidup mcm marhean.  Over beno. This is not good for our country.


Anak dia tu keja cari duit pun tak penah acah2 terpaling berpangkatt phuiii acikk azmee didik anak ko skit. Korg kunin palin low class, meroyyan tak habiss, attention seeker dgn videos itu ini. Bilalah kunin negeri aku silver nak naik tak sabo nak dpt yg classyyy huh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 19-8-2024 11:54 PM
Orenn1 replied at 19-8-2024 11:32 PM
AKu setuju walaupun aku tak support PN n abahcoew. Mcm takde kebebasan bersuara langsubg, org tu b ...


Faham2
Anaknya tu iol tgk xdelah mcm nak sruh ambil tindakan sgt. Rse adalah tu pihak2 yg sruh. Tahlah uol
Harap yg baik2 sje hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Omputeh kata respect has to be earned… gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 03:16 AM | Show all posts
bpbbppbp replied at 19-8-2024 03:44 PM
Faham2  
Anaknya tu iol tgk xdelah mcm nak sruh ambil tindakan sgt. Rse adalah tu pihak2 yg sruh ...

Anak dia ni ya hampon mcm kurang ajar semacammm, dgn muka arrogant klu dlm majlis2 konon terpaling berkedudukan sampai dgn org2 tua pun dia  selamba je tepis suruy ke tepi lh dgn muka arrogant, tu baru dr negeri cerukkkk hulu pprt, prince william brf yg terkenal satu donia pun jauh lebih baik sopan senyum friendly hormat org elok je. Anak dia yg seko ni ada satu video dia nak bagi duit raya ke kat budak2, muka punya belagakkk langsung tak pandang budak2, nampak angkuh sungguh. Mcm mna makcik azmee didik anak jadi kurang ajar mcm ni huh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 03:20 AM | Show all posts
Satu family attention seeker n kuat meroyyan. Tak sabo nak tunggu kunin aku naik, kunin silver, jauh sgtt classy dr family low class makcik azmee ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052049 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list