CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30128|Reply: 1

[Politik] PN harus salahkan Annuar Musa atas kekalahan di Nenggiri

[Copy link]
Post time 18-8-2024 09:09 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) harus meletakkan beban kekalahan calonnya, Mohd Rizwadi Ismail kepada Pengarah Operasi Pilihan Raya PN bagi PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa.


Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata gabungan itu seharusnya mengambil pendekatan yang lebih strategik dengan mengekalkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil itu.


“Dengan adanya Sanusi sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil, pasti pengundi di Nenggiri akan lebih terhibur dengan cerita cerita ‘dongeng’ yang dibawa oleh Sanusi dalam siri jelajah jelajah kempen beliau.


“Sanusi dan ‘cerita’ beliau mempunyai rekod yang baik kepada PN sepanjang menjadi Pengarah Pilihan Raya Kecil sebelum ini jika dibandingkan dengan Pengarah Pilihan Raya PN yang berkempen bersama beg LV di Nenggiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata gabungan itu menerima keputusan rakyat di DUN Nenggiri yang memberi kemenangan kepada BN.


Muhyiddin juga berkata gabungan parti itu kekal istiqomah dalam perjuangannya biarpun tewas dalam PRK itu.


Sebelum ini timbul beberapa keping gambar menunjukkan Annuar memakai jaket jenama Louis Vuitton (LV).


Bekas Setiausaha Agung UMNO yang menyertai Pas itu mencuri tumpuan warga maya apabila dia didakwa memakai baju yang harganya mencecah RM14,000 ketika berkempen di kawasan orang asli.


Dalam pada itu, Shaiful Hazizy berkata, PN perlu tahu peratusan undi gabungan di kerusi tersebut telah merosot daripada lebih 50 peratus tahun lalu kepada 38 peratus.


“PN tidak berjaya mengekalkan, jauh lagi meningkatkan peratusan undi mereka.


“Sebelum ini, walaupun tewas dalam PRK seperti di Pulai dan Simpang Jeram, PN berjaya meningkatkan atau mengekalkan peratusan undi mereka. Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Nenggiri,” katanya lagi.


Pada PRK semalam, BN berjaya merampas kembali kerusi tradisinya itu di Kelantan, selepas calonnya menang menewaskan calon PN, dalam saingan satu lawan satu.


Berdasarkan keputusan kiraan, BN memenangi 17 daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM), manakala PN pula hanya menguasai tiga PDM. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2024 09:54 AM | Show all posts
Ikut aku la pitih aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.129948 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list