CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17421|Reply: 15

Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan

[Copy link]
Post time 21-8-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Al-Sultan Abdullah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Berangkat mengiringi baginda ialah Tengku Hassanal.

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang akan berlangsung pada minggu ini.

Al-Sultan Abdullah dilihat mengesat air mata dan tidak dapat meneruskan titah baginda ketika mendoakan perkahwinan puterinya bersama pasangan Fd Idzham Fd Iskandar dipermudahkan Allah SWT dan berjalan lancar, sebelum Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berada di sebelah baginda menyambung titah tersebut.

"Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina akan kekal (baginda mengesat air mata dan meminta Tengku Hassanal menyambung titah) ...baca ini.


"...akan kekal hingga ke jannah, insya-Allah. Di samping itu juga, marilah bersama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus dipelihara dan dilindungi Allah SWT," titah yang dibacakan Tengku Mahkota Pahang.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 dan Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja, di sini, pada Selasa.

Perkahwinan diraja, Tengku Afzan bersama pasangannya akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos ini dan akan dipentaskan secara langsung bertempat di Tasek Kotasas dan Padang MBK 1, Kuantan.

Sebelum itu, Al-Sultan Abdullah mengingatkan umat Islam khususnya di negeri itu agar sentiasa memperdalam ilmu agama yang sahih, selari dengan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan merujuk kepada sumber yang tepat sekiranya terdapat keraguan agama bagi mengelak terjebak dengan ajaran sesat.

"Kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan kemunculan kembali saki baki ajaran sesat yang pernah difatwakan sebagai menyimpang oleh jawatankuasa fatwa di seluruh negeri. Walaupun sudah jelas sesat, masih ada segelintir yang taasub berusaha menghidupkan kembali ajaran ini.

"Sekiranya terdapat keraguan atau kekeliruan terhadap mana-mana ajaran atau amalan, jangan segan dan ragu untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama seperti mufti, JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang) dan MUIP (Majlis Ugama Islam Pahang). Bukannya kepada ustaz ustazah Facebook dan Tiktok," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah juga turut menzahirkan kebimbangan dengan pelbagai kepincangan yang berlaku dalam masyarakat seperti kes pembunuhan tragis, jenayah seksual, dadah, buli siber, rasuah, menunjukkan betapa parahnya penyakit sosial akhir zaman ini.

Justeru, beliau bertitah masjid tidak boleh lagi berfungsi sekadar menunggu jemaah tetapi perlu bertindak lebih proaktif dalam menangani isu ini, dengan menjadi pusat ilmu serta berperanan sebagai agensi pembangunan akhlak dan moral serta pusat sokongan sosial.

"Bukan sekadar itu, masjid perlu memainkan peranan sebagai medium pencegahan dan penyelesaian konflik, bukan pentas yang mencetuskan konfik. Juga jadikanlah masjid ini sebagai ejen kesejahteraan dan kesedaran kesihatan yang berpanjangan," titah baginda. - BERNAMA



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 11:22 AM | Show all posts
video2 tak de ke

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 09:51 PM | Show all posts
tgk  vid kt tt,sedih weii
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Twin sheols nanges jgk x?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Heydidle replied at 21-8-2024 06:06 PM
Twin sheols nanges jgk x?

Oh, ada twin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:00 AM | Show all posts

Tg Ahmad kembar dengan Tg Afzan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
karot replied at 23-8-2024 02:00 AM
Tg Ahmad kembar dengan Tg Afzan ni

Oh, ok.
Terima kasih atas maklumat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru gugel...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Terharu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
afzan senyap je yekkk
Tupp
Tuupp
Tuppppppp
Kawen
Alhamdulillah jodoh dah sampai
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Doa time majlis akad nikah pun i nangis...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 sebak bapak mengira bini.


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulilah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah semua dah selamat
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 02:53 PM | Show all posts
hurmmm..sedih lagi nasib org2 islam yg idup susah,makan minum bercatu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 10:40 AM | Show all posts
bahu afzan tu mmg lebar gitu ye.. jenis rangka besar ni ngikut mak dia. dia tak gemuk mana kalau tak sebabkan bahu lebar dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.437301 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list