CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25459|Reply: 60

Syada nafi cuba berbaik sebab duit

[Copy link]
Post time 22-8-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



Penyanyi, Syada Amzah mengakui video ucapan khas yang dimuat naik di media sosial sempena ulang tahun kelahiran kakaknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Shila Amzah dibuat atas dasar rindu.

Menurut Syada atau nama penuhnya Nursyuhada Amir Amzah, 26, video tersebut hanyalah ucapan normal yang sering dia lakukan buat setiap adik-beradik dan kenalan rapat.

“Kami semua rindukan dia. Sebagai adik beradik, perasaan rindu itu memang biasa. Walau baru lepas jumpa, bila balik sahaja kita sudah rindu. Lumrah darah daging.

“Video ucapan tersebut tiada apa-apa makna dan bukan untuk orang luar jadikan isu. Ia hanyalah ucapan untuk kakak saya sendiri. Itu juga cara saya menunjukkan tanda penghargaan. Tidak lebih daripada itu.

“Saya ada banyak video ahli keluarga dan rakan-rakan baik saya di telefon. Saya suka buat video sebegitu bila tiba hari jadi orang mereka. Bezanya sama ada saya kongsi di media sosial atau hantar terus ke Whatsapp,” katanya kepada MH.

Syada berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran album terbaharu penyanyi Amir Jahari yang berjudul Kembali yang diadaka di The Flint KL, The Curve, Petaling Jaya pada Rabu.

Katanya lagi, perkongsian video tersebut sekaligus membuktikan hubungannya dengan pelantun lagu Patah Seribu itu masih baik dan mereka masih berkomunikasi sehingga hari ini.

“Saya ada dapat mesej balas daripada Shila. Kami memang saling berhubung. Cuma video tersebut ibarat hadiah selain daripada ucapan panjang lebar.

“Kami memang tiada masalah. Bila orang menganggap hantaran tersebut sebagai sesuatu yang negatif, pada saya, tak mengapalah. Orang luar tak tahu apa yang berlaku dan mereka memang tak perlu tahu,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan hantaran tersebut mempunyai maksud tersirat seperti ingin meminta bantuan kewangan, Syada menggesa individu terbabit tampil menunjukkan bukti.

“Sehingga kini, tiada siapapun yang datang berjumpa dan tunjukkan bukti tentang dakwaan mereka itu. Mereka hanya buat spekulasi. Saya tak boleh nak halang dan kawal.

“Saya tak ambil pusing pun apa yang mereka kata. Itu bukan masalah saya. Saya tak buat apa-apun, orang luar akan tetap bercakap,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia mengakui sudah hampir setahun tidak bertemu dengan kakaknya termasuk anak kedua Shila iaitu Rhea Akira yang baru dilahirkan pada Mei lalu.

“Setakat ini sudah setahun tak bertemu, kali terakhir adalah pada hari perkahwinan kakak iaitu Ogos tahun lalu.

“Saya juga belum berkesempatan jumpa anak buah sebab jadual sangat padat dan masa kami selalu bertembung,” jelasnya.

Terdahulu, Syada menuai perhatian ramai apabila memuatnaik sebuah video ucapan hari lahir yang menggabungkan koleksi gambar dan video bersama Shila.

Perkongsian tersebut seterusnya mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa dia masih ditanggung Shila dari segi kewangan.

Sekitar tahun lalu, Shila terjebak dengan konflik bersama ibunya, Fauziah Sarman, Syada dan abangnya, Amir Syafiq berkenaan isu penjualan rumah banglo di Hulu Langat.

Sementara pada April lalu, Shila yang ketika itu hamil anak kedua memberitahu belum bersedia untuk bertemu ibunya bagi mengelak sebarang gangguan emosi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 07:37 AM | Show all posts
opkos org mikir gtu...dh shilalat tu lubuk duit
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:08 AM | Show all posts
tapi aku aku rasa bagi la diaorg space utk berkasih sayang.. lepas apa yg dilalui sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:32 AM | Show all posts
Hal keluarga tak perlu canang dik.
Tak belajar kesilapan lama ke?
Kalau betul nak berbaik dengan kakak. Pujuk kakak buktikan kau dah berubah.
Mesti kakak kau yang akan canangkan hubungan baik dengan kau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Padat la sangat jadual kau tu. Kau pun bukannya famous sangat. Sendu je. Kalau jadual shila yg padat, aku percaya la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:04 AM | Show all posts
1. sbab duit
2. sbab dah kena cancel dgn netijen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 09:16 AM | Show all posts
nak launch lagu baru ke? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:04 AM | Show all posts
Syada keje apa sekarang? Sape bagi makan? Buat lah live dgn mak tu nnti boleh dapat gift banyak-banyak, boleh kaya sara family pulak

Takkan nak harap kakak tu, dah besar panjang dah semua.. Jangan nak jadi nasi impit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 11:05 AM | Show all posts
Tapi kesian ye dia ni, ketinggalan jauh dgn kakak dia.. Dari segi segala-gala nya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:09 AM | Show all posts
uiks..toxic nye kamu..anak buah lahir bln 5 x p tgk2 lg...byk la ko pnye jadual padat..PMX pon smpt p ziarah org sakit
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Obviously
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 22-8-2024 11:09 AM
uiks..toxic nye kamu..anak buah lahir bln 5 x p tgk2 lg...byk la ko pnye jadual padat..PMX pon smpt  ...

Tu la kan...
Kalau Shahila tu betul penting dalam hidup dia, masa dalam pantang tu lagi dia dah tengok anak sedara barunya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadual apa la yg padat sgt tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya nak akak kau tu menyembah kau dulu kan... Kau nak mengaku salah dulu memang taklah kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Umor ko brp dik? Nmpak tua
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya. Nk kena petik nama kakak baru la nama sendiri timbul dlm infustri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 11:43 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 22-8-2024 09:02 AM
Padat la sangat jadual kau tu. Kau pun bukannya famous sangat. Sendu je. Kalau jadual shila yg padat ...

hahahahha

dia saje je cakap camtu

acah2 jadual padat la sgt..nnt org leh pikir dialah yg support semua sebb dia pon berjadual padat

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:45 AM | Show all posts
mak nya pon nak berbaik
dulu kemain kutuk si shila tu

rsenya shila just baik ala2 kadar jelaa...baik gitu2 jela
jgn rapat sgt...nmpk cm something wrong
anaknya yg kedua lelaki tu manaa??????????

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:52 AM | Show all posts
dapat laki tak empuk mcm tu la... tak nasihat bini cari makkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:56 AM | Show all posts
nyanyi macam suara kambeng pon jadual pdat ke
ke bag duit dah tak padat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071828 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list