CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25582|Reply: 56

Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan pembebasan yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu,Yasin dipenjara seumur hidup, 16 sebatan kes dadah

[Copy link]
Post time 22-8-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.



Hakim, Datuk Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin, 49, yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu.



Mendengar keputusan itu, riak wajah penyanyi lagu ‘Mimpi Laila’ ini kelihatan sugul sementara ahli keluarga termasuk anak perempuannya yang berusia 16 tahun, menangis ketika berada di galeri awam mahkamah.

Dalam prosiding ini, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin hadir selaku perayu sementara peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin, 49, atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman sebagai responden.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kes kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan

Pada 29 November 2023, Yasin dilepas dan dibebaskan atas tiga kes dadah itu, namun mahkamah mengarahkan dia ditempatkan di bawah jagaan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama tempoh perkenan Sultan Selangor.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 12:31 PM | Show all posts
ni keputusan terkini ye?
lain betul dia dlm gambar tu aku ingat ally iskandar tadi
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh knp tanam ganja dlm umah, dah tentu2 jiran ko nmpk kt balkoni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap Perangdina memberikan sepatah dua kata. Dia kalau member dia memanjang pongpangpongpang kutuk Mesia
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dah gemok
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan keputusan aritu settle dah. ada lagi rupanya naik court plak??
dah mcm2 buat...siap makan+tanam lagi selayaknya la.
masa kes tgh hot ade gak la forumer sokong dia ni katanya utk bipolar pastu tanam utk kegunaan sendiri bkn jual pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu masa nanti anak2 Malaysia akan menoleh ke belakang dan berasa heran dengan atuk nenek mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dia tanam utk ubat apa masalah? Sbb dia x bayar ufti ker? Tanya jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap gitu kejap gini
Emotional roller coaster terus
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 02:18 PM | Show all posts
berisi dah dia ya
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 02:28 PM | Show all posts
yg kes anak kenamaan tu betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 02:35 PM | Show all posts
hairan aku, ramai tul isap dadah di kalangan manusia

samy vellu kata lebih baik isap dada
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
samy vellu kata lebih baik derma dara
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed Sadiq mana Syed Sadiq?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:08 PM | Show all posts
duri_durians replied at 22-8-2024 02:28 PM
yg kes anak kenamaan tu betul ke?

Apa jadi dgn kes tu ye.? Mcm senyap x timbul2 kes tu. Rasanya yg tu kes tanam ganja juga tapi kat kebun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes tanam ganja ni bukan the only one kan? Seingat aku ada satu lagi kes yg lain dan pekebun ganja yg lain..anyone yg alert atau ingat pasal tu? Apa status kes ya? Yg tu tanam kat belakang/keliling rumah tak silap aku
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:13 PM | Show all posts
sayangnyaa...skrg dah makin herlokk tetiba kena jel pulakkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-8-2024 01:24 PM
Satu masa nanti anak2 Malaysia akan menoleh ke belakang dan berasa heran dengan atuk nenek mereka.

Heran kenapa ganja haram ke maksudnya sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:34 PM | Show all posts
anak vincent tan selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.097065 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list