CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28323|Reply: 65

Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi

[Copy link]
Post time 26-8-2024 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Istiadat bermula pada 8.30 malam selepas Tengku Puteri Afzan dibawa masuk ke Balai Mahkota disusuli ketibaan pengantin lelaki diiringi paluan kompang. - Gambar FB @house Of Pahang

KUANTAN: Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini malam ini.

Istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selain dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan anak bekas Presiden Indonesia Suharto Siti Hediati Hariyadi.

Istiadat bermula pada 8.30 malam selepas Tengku Puteri Afzan, yang juga kembar Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah, dibawa masuk ke Balai Mahkota disusuli ketibaan pengantin lelaki diiringi paluan kompang.
FD Idzham kemudian menghampiri Tengku Puteri Afzan dan menyerahkan sirih lat-lat yang kelihatan seolah-olah sejambak bunga kecil kepada isterinya yang menanti di peterana.

Majlis diteruskan dengan istiadat menyuap nasi semangat atau pulut kuning antara pasangan pengantin yang segak dan anggun mengenakan busana berona putih yang disempurnakan kekanda Sultan Pahang Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tan Sri Dr Tengku Meriam Sultan Ahmad Shah.
Sejurus itu, istiadat bersanding dan merenjis dizahirkan oleh Al-Sultan Abdullah diikuti Tunku Azizah, Sultanah Zahirah, Tengku Hassanal serta kekanda-kekanda Tengku Puteri Afzan yang mengenakan baju Melayu berwarna biru.


Ibu bapa pengantin lelaki iaitu Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria serta datuk dan nenek FD Idzham iaitu Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din serta Puan Sri Zainun Yaacob turut merenjis pasangan mempelai.
Turut merenjis pasangan itu Siti Hediati Hariyadi, Wan Rosdy dan isterinya, Datin Seri Burhah Mohammed.

Majlis diakhiri dengan meletakkan peralatan istiadat iaitu pancabicara sebagai tanda merestui pasangan itu yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diikuti bacaan doa oleh Mufti Pahang Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.
Pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua itu kemudian dibawa meninggalkan istiadat bersanding untuk majlis memotong kek dan santapan.

Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham selamat diijabkabulkan pada Khamis lepas di Balai Mahkota disusuli istiadat berinai pada Jumaat.
Kesemua istiadat disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 dan satu di Tasik KotaSAS di sini.

Tinjauan Bernama di Dataran MBK 1 hari ini mendapati orang ramai mula membanjiri padang itu pada 7 malam untuk mengikuti secara dekat majlis berkenaan selain dilihat turut merakam istiadat perkahwinan diraja tersebut sebagai tanda kenangan.

Turut menarik perhatian ialah penganjuran Pasar Sera yang menempatkan ruang untuk orang ramai menitipkan ucapan kepada pasangan itu selain 80 gerai menjual pelbagai juadah makanan dan barangan.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2024 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2024 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2024 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Diorang bagi makan apa tu?

Mana gambar sirih lat lat tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 02:32 PM | Show all posts
cantik puteri dari nikah sampai ke sanding
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 26-8-2024 06:41 AM

Terengganu bwk zahra je ke.. ingatkan ada sekali neddy
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik sangat pengantin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
TT nak tengok gambar menu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyu dtg sorg je..laki mmg tk ikut dah ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:56 AM | Show all posts
cantiknya puteri
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 12:37 PM | Show all posts
cantik baju.. simple je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 01:10 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 25-8-2024 10:58 PM
Diorang bagi makan apa tu?

Mana gambar sirih lat lat tu

Tengok video macam bagi cium telor. Tak tau apa function ciuman sebiji telor. Ada siapa2 tahu? Ke iolls silap tengok.

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 27-8-2024 01:10 PM
Tengok video macam bagi cium telor. Tak tau apa function ciuman sebiji telor. Ada siapa2 tahu? Ke  ...

Simbolik kepada kesuburan. Biar byk zuriat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 01:40 PM | Show all posts
EriaDoritis replied at 27-8-2024 05:15 AM
Simbolik kepada kesuburan. Biar byk zuriat

Oh ye ke. Tq bg info.

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat dapat zuriat buat pengantin baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 02:12 PM | Show all posts
masih tak blh move on...cantik sesgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 03:03 PM | Show all posts

Puteri Ganu kena ikut gaya Puteri Pahang.. baju tak sendat.. ada kut bentuk badan tapi tak sendat..nampak cantik.. sendat2 ni tak classy.. macam satu negeri tu pun.. suka sendat2.. tak nampak mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 27-8-2024 01:10 PM
Tengok video macam bagi cium telor. Tak tau apa function ciuman sebiji telor. Ada siapa2 tahu? Ke  ...

Cium telur itik emas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
EriaDoritis replied at 27-8-2024 01:15 PM
Simbolik kepada kesuburan. Biar byk zuriat


Cuba panggil Acik Azmee untuk pencerahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!)
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 3059 Replies : 64
Tabung Abang Bas dah penuh.Rakyat Malaysia....
YgBenarTabung Abang Bas dah penuh.Rakyat Malays
Views : 14249 Replies : 37
JoyahMengayah
Views : 203586 Replies : 289
Najib masuk wad, dirujuk pakar sakit jiwa
maklukpenggodaNajib masuk wad, dirujuk pakar sakit jiw
Views : 35620 Replies : 29
Diva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, 'Jangan kurang ajar... bahlol'
maklukpenggodaDiva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, &#
Views : 27998 Replies : 43
JPJ umum pemanggilan semula 24,000 Toyota & 10,000 Mercedes yang dikeluarkan sejak 8 tahun lalu untuk elak kemalangan
YgBenarJPJ umum pemanggilan semula 24,000 Toyot
Views : 606 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 58099 Replies : 538
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 119668 Replies : 3100
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 98764 Replies : 5251
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 46160 Replies : 107

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.075302 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list