CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33292|Reply: 15

[Tempatan] Mengumpul Lebih RM200k Dalam Live Kerana Hotel

[Copy link]
Post time 28-8-2024 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


MERBOK - Siaran secara langsung selama satu jam 30 minit menerusi infak pembangunan hotel Masjid Al-Busyra RM2.40 berjaya memperoleh kutipan lebih RM200,000.

Pengerusi masjid merangkap Imam Masjid Al-Busyra, Mohd Firdaus Mat Akhir berkata, 'live' yang dijalankan di pelbagai platform media sosial bermula jam 9.30 malam Isnin itu memperoleh dua kali ganda sasaran ditetapkan iaitu sebanyak RM100,000.

Menurutnya, kutipan dijalankan secara lima pusingan di mana pusingan pertama hingga ketiga mengambil masa 15 minit sebelum berhenti rehat.

"Pusingan keempat pula dijalankan selama 30 minit sebelum berhenti seketika dan kembali dengan pusingan terakhir yang mengambil masa 15 minit.

"Masa keseluruhan kutipan dilancar sekitar sejam 30 minit dan Alhamdulillah berjaya memperoleh sebanyak RM219,931.99 daripada pengguna media sosial yang bermurah hati memberikan sumbangan dalam live," katanya.

Jelasnya, pihak masjid kini masih memerlukan baki sekitar RM400,000 bagi meneruskan pembangunan hotel yang terletak dalam kawasan rumah ibadat tersebut.

"Pembinaan hotel kini sekitar 55 peratus dan dijangka siap pada bulan Oktober, dibina dengan 10 bilik yang mana boleh memuatkan lebih kurang 40 orang dalam satu masa," katanya

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, pada Februari lalu, Mohd Firdaus telah melancarkan kutipan RM2.40 melalui live bagi mencukupkan dana berjumlah RM2.4 juta untuk pembinaan hotel berkenaan.

Ketika itu, kutipan yang berjaya dikumpul ialah RM245,452 termasuk lebih RM100,000 kutipan terkumpul lebih awal, sebelum live bermula.

Menurutnya, pembinaan hotel dalam kawasan masjid bukanlah satu pembaziran sebaliknya memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi Islam.

Selain itu, Mohd Fridaus berkata, pembinaan hotel juga bakal membuka peluang pekerjaan kepada anak kariah terutama penduduk tempatan.

Tidak hanya menyediakan hotel, masjid yang tular di media sosial berikutan kerja-kerja naik taraf yang dijalankan selain dilengkapi kemudahan medan selera, dobi layan diri, telaga wakaf, spa muslimah, tempat gunting rambut dan cuci kereta itu telah berjaya menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara untuk singgah ke Merbok.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 5521-8953-2234 atas nama Masjid Al-Busyra Merbok.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
No komen tapi tunggang la selagi boleh sbb ramai galak nak 'saham akhirat'. Ujung2 hotel tak leh maintain pastu jadi apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 29-8-2024 08:17 AM
No komen tapi tunggang la selagi boleh sbb ramai galak nak 'saham akhirat'. Ujung2 hotel tak leh mai ...

Hotel ni jangan jadi port maksiat lobai & lobainita pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:09 AM | Show all posts
Samerosie replied at 29-8-2024 12:17 AM
No komen tapi tunggang la selagi boleh sbb ramai galak nak 'saham akhirat'. Ujung2 hotel tak leh mai ...

sarang mencelup
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:10 AM | Show all posts
@seribulan

Xleh tegur ke tajuk TT ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tipikal MO.
Same script over & over.
Paling kelakor yg huloq tu pn idop mengais.  Menda yg wajib buat utk diri sendri ngn keluarga pn berlongkang.
Ni esok hotel dh naik dok mintak org huloq jgk nk byq api air mentenen gaji utk cleaner housekeeping bgai.
Ujung² melingkop jua.
Koh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakigebang at 30-8-2024 07:49 AM
Samerosie replied at 29-8-2024 08:17 AM
No komen tapi tunggang la selagi boleh sbb ramai galak nak 'saham akhirat'. Ujung2 hotel tak leh mai ...


Ko datang dari masa depan ke, ko mungkin x tau masjid ni duduk di tepi main road antara SP ke Tg Dawai/,Yan bukan dalam hutan banat...ramai org lalu lalang, dan di merbok ada uitm dan mrsm +-5km .so org luar ramai dtg merbok ni...hotel di sini ada market....apa kata ko jalan2 sini dulu sebelum nak kondem ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpayah nak komen bitter sangat lah.. Bagus la kariah mesjid ni buat cara ni.. Masjid bukan tempat ibadah sajo.. Pusat perkembangan sosial yg positif.. Keep it up dont give up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 30-8-2024 07:39 AM
Tipikal MO.
Same script over & over.
Paling kelakor yg huloq tu pn idop mengais.  Menda yg wajib bua ...

Rm2.40 je x luak pun duit ko
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:19 AM | Show all posts
kakigebang replied at 30-8-2024 07:44 AM
Ko datang dari masa depan ke, ko mungkin x tau masjid ni duduk di tepi main road antara SP ke Tg D ...

meols baru tgk kat TT pasal masjid madad...cantik sgt masjid dia...lepas tu program diorg nak galakkan budak2 dtg masjid pun bagus...
These 2 masjid is another level punya style, bukan typical masjid biasa2...to me bagus sgt diorg buat mcm nie, menggalakkan org dtg masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Ingat aku je yg skeptikal. Sb aku rasa over naw and sambil² tu nmpk gak la bayang² tunggang tu. Tapi takpe la, kita tengok je la mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:35 AM | Show all posts
geng tunggeng masuk.. masuk geng tunggenggg
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 30-8-2024 08:35 AM
geng tunggeng masuk.. masuk geng tunggenggg

Cili itu pedass
Xluak wet 2 3 hinggit kalo dpt pahala
Tp same time yuran sekolah ank² cikgu dok mengemis smpi ujung thn
Nk kejor pahala sis..
Ko hado
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 30-8-2024 09:28 AM
kakigebang replied at 30-8-2024 07:44 AM
Ko datang dari masa depan ke, ko mungkin x tau masjid ni duduk di tepi main road antara SP ke Tg D ...


Chek, mai sini aku habaq kat hang.  Hang mungkin duk dalam pampers lagi aku dah kerja kat sana buat plant duduk dekat swiss avenue.  Sebelum ni area ni tak dak hotel kah tak dak homestay kah?  Orang pi sana duk dlm kemah tido bawah pokok ka? La ni nak charge org berapa hari semalam pula? Rm5? Rm10?  Kalau mahai dr yg kat luar sapa nak duk? Nak kena maintain hotel nak kena bayar gaji nak kena bayar bill api air etc. Boleh lah kalau buat nikah kat masjid makan dan guna hotel tapi Nak buat promosi marketing tu air liur je ke pakai? Nanti bising lak mat jargon buat kenuri kawin dlm masjid. Kalau occupancy less than 5% sebulan camne? Nak suruh pekerja kerja sukarelawan? Tak palah iols dah kata no komen kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:07 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 30-8-2024 09:21 AM
Cili itu pedass
Xluak wet 2 3 hinggit kalo dpt pahala
Tp same time yuran sekolah ank² cikgu  ...

cenggitu ehhh anal-logy deme

patot la set2 tunggeng ni mebiak bak cendawan lpeas ujan.. ingat lepas kes alip tega ecah hijanah kena exposed, kita ni jadi cerodek la sikit.. tapi masih gagal nampakyierrrrr

meols? opkos tak adoooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 30-8-2024 07:39 AM
Tipikal MO.
Same script over & over.
Paling kelakor yg huloq tu pn idop mengais.  Menda yg wajib bua ...

Serupa la buat rumah tahfiz bagai.
Pastu minta infaq

Senang hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.418814 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list