CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 38432|Reply: 45

[Tempatan] Tidak pernah culas memberi duit sebanyak RM1,000 hingga ke RM1,500,wanita 34 Tahun Kiciwa Ibu Tak Izinkan Kahwin,Guna Alasan Bimbang Anak Susah Bersalin.Netizen berbelah bagi

[Copy link]
Post time 29-8-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Wanita itu menjelaskan dia tidak pernah culas memberi duit sebanyak RM1,000 hingga ke RM1,500 kepada ibunya



Wanita Kecewa Ibu Tak Restu Niat Untuk Berkahwin

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita yang berusia 34 tahun ini apabila niat untuk mendirikan rumah tangga dihalang oleh ibunya sendiri.

Memetik mstar, perkara itu diluahkan oleh wanita berkenaan yang kecewa dengan tindakan ibunya itu.

“Apa yang perlu saya buat jika ibu menghalang saya untuk berkahwin? Ibu kata dia tak merestui jika saya ingin berkahwin,” tulisnya.

Ibu Pernah Kata Boleh Kahwin Lepas Adik Habis Belajar

Apa yang menjadi perhatian adalah ibunya turut melabelkan dia sebagai anak derhaka sekiranya tidak menurut apa yang dikatakan oleh emaknya itu.

Sedangkan sebelum ini, dia sentiasa menurut apa sahaja arahan kerana memikirkan terdapat adiknya yang masih belajar di universiti dan memerlukan bantuan kewangan.

“Empat tahun lepas mak dah pernah cakap, kalau nak kahwin, biar lepas habis adik bongsu kau di universiti. Sekarang dah habis, mak masih tak izin.

“Saya kerja di Kuala Lumpur, duduk asing dengan mak. Selama ini memang saya tak pernah culas bagi duit RM1,000 hingga RM1,500 pada mak, belanja adik di universiti.

“Kalau mak tak izin saya kahwin sebab duit, sangat kecewa. Selain duit, saya dah alihkan tinggalan pusaka arwah abang kandung saya kepada dua adik lelaki. Saya tak ambil bahagian itu,” tulisnya.

Guna Alasan Bimbang Anak Susah Bersalin
Malah, wanita berkenaan menjelaskan ibunya pernah memberikan alasan bimbang sekiranya dia berhadapan kesukaran melahirkan anak.

“Alasannya (tak bagi kahwin), anak kawan dia beranak susah, dia tak nak saya jadi macam tu, entahla sedih dibuatnya,” luahnya.

Buntu Fikir Jalan Penyelesaian
Dia yang mengakui sedang mengenali hati budi seseorang buntu dalam membuat keputusan di antara kemahuannya sendiri atau ketaatan kepada ibu.

“Apa yang saya perlu buat jika ibu menghalang saya untuk berkahwin? Apa tindakan dari segi undang-undang atau agama jika saya ingkar?

“Dalam masa sama, saya pun hendak berkahwin untuk masa depan. Dan saya tak nak jadi anak derhaka. Mohon pendapat yang baik,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial meluahkan rasa simpati terhadap apa yang menimpa wanita berkenaan.

Ada juga yang berpendapat mungkin si ibu mempunyai alasan tersendiri mengapa dia tidak mahu membenarkan anaknya berkahwin antaranya seperti takut tersalah pilih suami.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 05:28 AM | Show all posts
kawin jelah

emak tu dah mentel.

yg baik mesti teruskan.

Allah SWT mengerti
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jugak mak sebegitu
Dik, ikut je pesanan mak selagi tak langgar syariat Allah
KO nak kahwin, itu sunnah Nabi. Kenapa pulak nak halang
Alasan anak kawan dia beranak susah bukan applicable kat org lain setiap masa
Chase tour dreams
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik2 laki pun bg duit ka?
Ke ni lubuk duit maknya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
alasan paling aneh pernah dengar, x bagi kawin pasal takut nanti susah nak beranak. Ni bukan macam zaman dulu beranak pun kadang x sempat / x dapat nak ke hospital sebab jauh etc @ guna khidmat mak bidan. + kalau kat private lagi senang request branak czer aje.

Aku syak maknya takut nanti x dapat dah duit bulanan macam yg dia dapat sekarang @ ada kemungkinan jugak kot lah dia anak sulung dlm keluarga, status dia sebenarnya anak luar nikah. Maknya x tau nak explain macam mana tu pasal dia bantah x bagi anaknya kawin
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
eley pdhl takot/risau duit short kalau member tu dh kawen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur 34, educated pon susah nak buat pilihan. Kawen sajalah. Tapi lalui semua tu in proper way. Kalau mak tu menolak juga, then xpelah at least u dah buat yg tbaik. Follow the flow lama2 lembut la hati org tua tu. Banyak kan doa pada Allah agar dipermudahkan. Life dah stable, insyaAllah xde apa yg perlu dirisaukan sgt. Lainlah kalau budak sekolah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:33 AM | Show all posts
alahai maknye tiap org lain pengalaman bersalin, moga lembutla hati maknya tu bg anak kawin sian plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 08:41 AM | Show all posts
mak ko tu single mom ke dhekk?

ko kawen kan dulu mak ko tu .. insyAllah lepas tu sure mak ko kasi ko kawen dhekk

umo dah 32 pun dhekkk.. kawen je la , sok dah bercucu, senyap la mak ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:31 AM | Show all posts
takut lubuk duit hilang la tu,
taat x bertempat sangat minah ni,mmg masalah betul bab agama zaman skrg ni kan,
kawin tu kan sunnah nabi kalau  da ada tu kawin je lah,xpun minta bakal pasangan tu carikan bakal bapa tiri baru utk mak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:50 AM | Show all posts
tang mana netizen berbelah baginya tu? nak jugak dengar side yg netizen sokong maknya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku dulu camni. Asal dia ada boifren aje mak dia mengamuk. Siap pakej maki hamun. Last2 umur dah 32 camtu baru mak dia kasi kawin, tapi dia bukan suka sangat laki tu. Kawin pun sebab umur dah naik. Kesian gila
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:58 AM | Show all posts
alahai omaknyaaaaaa punnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak iols pun cakap gini.. elok 30 mins je teran.. semua anak lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia takut la tu kalau anak tu dah ada keluarga nnt elaun kena potong alasan byk komitmen
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:34 AM | Show all posts
mak dia tak kerja ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 10:35 AM | Show all posts
dulu berapa maknya bagi neneknya duit setiap bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:42 AM | Show all posts
Sebab tak pernah culas bayar ufti tu la ko tak boleh kawin.

The answer is in the tajuk tak payah baca artikel.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:54 AM | Show all posts
kalau mak pak macam ni elok anaknya mengandung luar nikah je..
baru tau erti penyesalan tanggung malu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:54 AM | Show all posts
mak bagi alasan je tu... apa kena ngena anak kawan susah beranak dgn kau? aduhai mak ko pun.. kau pergi je jumpa ustaz ke, pejabat agama, tny pendapat drg.. kadang mak2 suka guna veto syurga bawah tapak kaki mak, kau kena ikut ckp sampai mati..padahal bukan semua kena ikut..kalau kau dah gatai nak menikah, halang ko menikah akan bawa pada penzinaan, dah tak wajib ikut ckp mak kau tu, tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.348125 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list