View: 42903|Reply: 2
|
[Dunia]
CEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,kesan boikot
[Copy link]
|
|
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé, Mark Schneider disingkirkan dari kedudukannya dalam langkah mengejut pengeluar makanan terbesar dunia itu akibat penurunan prestasi syarikat berkenaan, lapor Reuters.
Syarikat itu mengumumkan keputusan tersebut pada Khamis minggu lalu dan melantik veteran Nestlé, Laurent Freixe sebagai CEO baharu, mengakhiri tempoh kelolaan lapan tahun Schneider.
Syarikat itu baru-baru ini berdepan kesukaran sehingga pada bulan lalu ia mengurangkan ramalan jualan sepanjang tahun dan menyatakan niat memperlahankan kenaikan harga kerana pelanggan yang berdepan kesempitan wang lebih sensitif terhadap harga.
Dalam laporan berasingan oleh The Edge, Nestlé Malaysia merekodkan prestasi kewangan lemah untuk suku kedua berakhir Jun 2024 (2QFY2024), dengan keuntungan bersih jatuh kepada RM93.60 juta berbanding RM180.92 juta tahun sebelumnya, manakala hasil pendapatan menurun 13 peratus kepada RM1.52 bilion daripada RM1.75 bilion.
Laporan sebuah firma penyelidikan yang juga dipetik The Edge Malaysia menyebut bahawa hasil Nestlé Malaysia turut terjejas oleh pengguna yang beralih kepada jenama tempatan sebagai tindak balas kempen boikot terhadap jenama Barat tertentu selepas serangan Israel ke atas Gaza. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ada benda senang, ko pilih nak buat susah2, tgk family mart tu bijak dan pantas buat keputusan. last2 ko hadap la mati secara perlahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|