CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24913|Reply: 7

[Politik] PAS mahu 'tawan' Sabah

[Copy link]
Post time 2-9-2024 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 2-9-2024 10:13 AM

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata parti itu perlu bertanding dan memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Abdul Hadi berkata untuk membolehkan PAS mentadbir negara, parti itu perlu terlebih dahulu menang di negeri bawah bayu itu.

"PAS mesti memperkasakan kedudukan di Sabah. Bagi melaksanakan perkara ini maka kita mesti menang di Sabah atau ada kerusi yang kita menangi.

"Sama ada kerusi kita atau kita ajak kawan-kawan parti lain yang bergabung bersama-sama dengan kita untuk menubuhkan kerajaan demi memerdekakan negara kita sepenuhnya tanpa bergantung dengan makhluk asing," katanya dalam kenyataan di Facabook malam tadi.

Abdul Hadi berkata dia melihat PAS mempunyai masa depan di Sabah memandangkan ramai yang hadir pada Konvesyen PAS di Kota Kinabalu semalam terdiri daripada kalangan anak muda.

Tambahnya, pilihan raya umum yang lepas menunjukkan ramai kalangan ahli Umno dan anak muda memberikan undi kepada parti itu sehinggakan PAS dapat memerintah di empat buah negeri.

"Kita ada peluang lima tahun sekali bagi memilih kerajaan. Beri peluang kepada PAS untuk memimpin kerajaan.

"Kita mengharapkan perubahan yang telah berlaku kepada anak muda yang merupakan perubahan yang positif kepada Sabah," katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Abdul Hadi menekankan perlunya PAS mempunyai kerusi di negeri ini untuk mewakili suara parti itu.

Ketika ini, PAS mempunyai seorang Adun dilantik, iaitu Aliakbar yang dilantik ketika PN masih sebahagian daripada kerajaan negeri selepas PRN16 pada September 2020.

PAS pernah meletak calon di beberapa kerusi pada beberapa pilihan raya sebelum ini, namun gagal memenangi sebarang kerusi.

-Malaysiakini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2024 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 10:16 AM | Show all posts
Tidak mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 10:17 AM | Show all posts
Tidak mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 01:43 PM | Show all posts
Sepanjang aku ingat statement pimpinan tertinggi pas ada yang mengguris hati sabah dan sarawak. . hadi berharap penduduk sabah dan sarawak lupakah. Patutnya minta maaf dulu atau puji dulu barulah kata nak tawan... bunyi mcm nak berperang mcm ni orang nak dengar pun malas
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tukar pemimpin atas dahulu. Orang tak boleh terima cara golongan-golongan tua berpolitik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2024 12:43 AM | Show all posts
berangan je lebih..kerja x jalan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 04:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.643117 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list