CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29198|Reply: 19

[Dunia] Pemain tennis wanita Yulia Putintseva di boo penonton kerana berkelakuan buruk terhadap 'ball girl' di Terbuka AS

[Copy link]
Post time 4-9-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 4-9-2024 11:31 PM

PEMAIN tenis Kazakhstan, Yulia Putintseva tampil membuat permohonan maaf selepas dikecam kerana berkelakuan buruk terhadap seorang gadis pengutip bola dalam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu.




Selepas pemain berusia 29 tahun itu tewas dalam set pertama dan ketinggalan 4-2 di set kedua, berlaku insiden kurang menyenangkan ketika gadis pengutip bola cuba melemparkan bola kepadanya sebelum dia melakukan servis.

Putintseva dilihat tidak menangkap bola yang dilemparkan kepadanya sebanyak tiga kali, sebaliknya hanya merenung gadis itu dengan pandangan tajam, sambil tangan diletakkan di sisi badannya.

Situasi itu menyebabkan keadaan menjadi kekok buat gadis tersebut sebelum Putintseva akhirnya mengambil sendiri bola untuk menyambung semula perlawanan.

Tingkah lakunya mendapat kritikan bukan sahaja daripada penonton di Flushing Meadows, malah pemain tenis lain termasuk pemerhati sukan itu dari seluruh dunia yang mengakui terkejut dengan kelakuan pemain berkenaan.

Antaranya bekas juara Terbuka AS pada tahun 1989, Boris Becker, turut mengecam tindakan tidak wajar Putintseva itu.

"Putintseva fikir dia siapa... bersikap buruk terhadap gadis pengutip bola," tulis Becker.

Putintseva kemudian memuat naik permohonan maaf menerusi laman Instagramnya dan memberitahu bahawa kelakuan itu adalah disebabkan kekecewaannya dalam perlawanan berkenaan dan tidak bermaksud untuk menghina gadis tersebut.

Dalam kejadian itu, Putintseva cuba meluahkan kekecewaannya selepas kalah di tangan Jasmine Paolini pada pusingan ketiga.

"Saya ingin meminta maaf kepada gadis itu di atas perbuatan saya, ketika dia memberikan bola.

"Jujurnya, ia bukan kerananya. Saya sedang marahkan diri sendiri kerana tidak memenangi permainan ketika breakpoint dan fikiran saya hanya tertumpu kepada apa yang sedang berlaku (dalam perlawanan), bukannya siapa yang sedang memberikan bola kepada saya.

"Kesemua pengutip bola melakukan tugas dengan cemerlang di Terbuka AS," katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata atlet professional...jd sepatutnya blhla adapt apa2 jua bentuk keadaan terutama ketika games besar..ini mcm taik kambing je perangai... harktuihh
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
koyak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 11:31 AM | Show all posts

Bukan koyak tpi tngh serius, focus & nak mnang. Klau uol dlm keadaan cmtu, uol pun boleh jdi lain dri diri uol yg sbenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda sportsmanship langsung
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:30 PM | Show all posts
kelakuan itu adalah disebabkan kekecewaannya dalam perlawanan berkenaan dan tidak bermaksud untuk menghina gadis tersebut.

Then? Do your thing la. Budak tu dah buat keje kutip bola. Yg kau nak bitter mcm gelanggang tu bapak kau punya apahal?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok jer Rafael Nadal 'cium' budak yg kena pukulan bola dia....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu bangkem pernah ada crush nama julia

Masa sekolah menengah ler

Orangnya putih, tinggi, kurus

Dulu masa sekolah pakai tudung

Tadi tengok fesbuk dia, sekarang dah freehair.. last upload gambar nonton bola kat stadium bukit jalil 2 hari lepas.. nampak macam boifren dia sekarang orang arab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak sangat perangai pprt besar kepala dia tu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 5-9-2024 11:31 AM
Bukan koyak tpi tngh serius, focus & nak mnang. Klau uol dlm keadaan cmtu, uol pun boleh jdi lain  ...

Itu orang kampung akak panggil “alasan bowdow” sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
termenung kot. bukannye dia marah² pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols x faham sbnrnya...knp iols rasa budak kutip bola tu yg berkelakuan buruk? Eh iols keliru
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 09:39 PM | Show all posts
pooh~key replied at 5-9-2024 07:13 PM
Itu orang kampung akak panggil “alasan bowdow” sissy.

Mna2 aje lh brotha/sisthur
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 09:40 PM | Show all posts

Msa kes Shinji Nakano hri tu, nmpk ummah Malaya bnyk yg rempit, mat minah smua ada. Last2 mmalukan negeri sndri, tu dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Terlepas geram plak kat budak tu sebab dah ketinggalan set pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Obviously tengah bad mood...dan minta diludah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 5-9-2024 03:43 PM
Dulu bangkem pernah ada crush nama julia

Masa sekolah menengah ler

Mesti pandai menulis tulisan Jawi dan cakap Jawa kan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 5-9-2024 08:45 PM
Iols x faham sbnrnya...knp iols rasa budak kutip bola tu yg berkelakuan buruk? Eh iols keliru

Sebab orang tengah bad mood, dia pula tengah lincah macam happy ke uols???
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 5-9-2024 07:39 PM
termenung kot. bukannye dia marah² pun

Mental Exhaustion...need some rest and sleep
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 12:16 PM | Show all posts
dia malam tadi main ML asik dapat team bocah
kalah berturut2 sampai turun rank
dalam team tu ada pulak yg AFK
pastu kebetulan 2 3 hari ni tengah datang bulan
pastu kene paksa main tennis dan kene titik
mana tak koyak member

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.319016 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list