CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagarkampong

KampongGrill <----- Tak Semegah Mana Pong...!

  [Copy link]
Post time 17-4-2011 11:18 PM | Show all posts
Ini yang nak pergi GM Klang nitak pernah sampai sana lagi... dengar dengar ajer...
kat sana  ...
saudagarkampong Post at 17-4-2011 23:12



    Tak...open parking..ada banyak.....datang la,. jengok-jengok  pun tak pe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2011 11:28 PM | Show all posts
nak mencabar diri sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2011 11:28 PM | Show all posts
Reply 19# tanya

InsyaAllah... saya akan datang!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 11:52 PM | Show all posts
Sebab bosan kerja dgn org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 12:31 AM | Show all posts
nak menaikkan taraf hidup / ekonomi keluarga agar boleh hidup senang

memberi peluang pekerjaan kepada org lain

klu tak berniaga sendiri, saya akan jadi penganggur terhormat.. makan pasir je.. ha3

mencabar diri sendiri untuk berjaya dan kaya mcm tokey2 cina diluar sana...

next................................
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 12:34 AM | Show all posts
dulu saya seronok sgt baca cerita pengalamn Dr asmadi..seronok follow..
top2 terus mnyepi..jd cerita trgantung,,..
harap cerita saudagar x jadi mcmtu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2011 01:08 AM | Show all posts
dengan berniaga lah kita boleh kaya..makan gaji boleh senang tp x boleh kaya...Rasullullah kita pun menggalakkan kita supaya berniagakan..90% punca rezeki adalah dr perniagaan...ramai di kalangan kita especially melayu yg takut untuk memulakan perniagaan..bg mereka bila dh diberhentikan kerja br lah buat keputusan untuk berniaga....kenapa x dr mula lg kita fikirkan perniagaan apa yg boleh pergi jauh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 01:11 AM | Show all posts
gigih baca.... dh tamat sini...
cpt la sambung cerita....
nk jadikan inspirasi utk terus berusaha berniaga wlu cabangnya berbeza..

suker ngn org melayu yg gigih cmnie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2011 02:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:59

Kuperhatikan surat-surat tu semula. Ah… sekali imbas sahaja aku dah tahu apa isi kandungannya. Tak jadi aku nak buka. Aku bertambah tertekan. Bisnes sekarang ni baru aje nak mula. Baru dua bulan. Bayi pun belum meniarap lagi.

“Aduh…. macam mana aku nak hadapi ni,” keluh aku.

Bila aku congak-congak jumlah faedah yang perlu aku bayar, itu saja dah melebihi pendapatan bulananku. Kalau sebelum ini lainlah, gaji pokok ajer dah RM1500. Ini bersih? ahhh…kalau tolak gaji aku dan tunang aku, apa pun takder. Belum tolak duit makan. Belum tolak duit kereta.

“Kereta?” aku seakan terperanjat.

“Alamak… dah dua bulan tak bayar. Silap-silap dalam minggu depan sampailah surat warna pink tu. Apa aku nak buat ni?” tanya hatiku lagi.

Aku melangkah ke tepi tingkap. Ku selak langsir. Ku perhatikan rumah-rumah yang berada di hadapan rumah ku.

Rumah Kak Ani, rumah Pakcik Helmy dan rumah Suresh.

Seorang berniaga butik, seorang kerja kerajaan dan seorang lagi kerjaaa..…

“Kerja apa yea?” tiba-tiba aku tertanya.

Tak pernah pula aku tahu mamat ni kerja apa. Yang aku tahu dia dan kawan-kawannya memang suka lepak kat depan rumah sambil membuat bising sampai ke pagi.

“Takpelah, nanti aku tanya family aku,” jawab hati ku sendiri.

Aku tutup tingkap. Aku tengok jam dah pukul 10 pagi. Teringat pula kata-kata pakcik pisang goreng tu semalam. Banyak persoalan yang timbul. Aku terdiam. Dalam fikiran aku, aku dah tak ada pilihan lain. Mungkin ini sahaja cara paling cepat. Tapi perlu ke aku berniaga di pasar malam?

Perlukah aku berniaga di tempat yang dulunya aku rasa hebat menjadi pembeli? Beli apa saja yang aku mau

Perlukah aku berniaga di tempat yang dulunya aku kata makanan makcik ini tak sedap? Lalu aku pulaukan, malah aku war-warkan kepada kawan-kawan aku.

Perlukah aku berniaga di tempat yang dulunya aku kata barangnya takde class, tiruan, tapi aku beli dan aku tawar-tawar sehingga penjualnya rasa tak berbaloi.

Perlukah aku berniaga di tempat yang dulunya aku kata kedai ni mahal, sengaja aku sakitkan hatinya, sedangkan aku sendiri pun tidak berniat untuk membeli

Arghhhhhhhhh…….

Kali ni kau tanggunglah Saudagar, padan dengan muka kau, baru kau tahu langit tinggi rendah hahahahahaha…….
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 07:57 AM | Show all posts
Tgh follow dengan sabar...mcm baca cerpen pulakk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 09:03 AM | Show all posts
hakikatnya kami lebih sering tengok thread awak.... semoga berjaya yea and focus!
saudagarkampong Post at 17-4-2011 23:05



Ya... BETULLLLLL....

bayangkan kami yg sering baca thread awak ni adalah PELANGGAN awak
yang sering menunggu HELAIAN awak
lepas tu - SETIAP KALI JENGOK - tiada HELAIAN awak

tapi - lebih banyak sampingan2 lain

agak2 awak FOKUS tak???

p.s. barang FREE memang sedap yea... tapi kalau produk betul2 berkualiti letak harga tinggi pun orang NAK BELI...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 11:47 AM | Show all posts
saudagar
balik ke alam nyata eh..kurangkan merapu..hehe....cecepat ceciter ni...dialog tu kurengkan sket la...tu yg page pnjang berjela...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 12:24 PM | Show all posts
bio la.. dh mcm baca novel plak... best aper...
suspen....

next next next pls..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 02:19 PM | Show all posts
TT kena kurangkan dialog.  terus ke point.  macam mia buat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2011 03:43 PM | Show all posts
Pagi itu juga aku buat keputusan untuk meninjau keadaan pasar malam di Taman Tun Teja. Mungkin sebelah malam. Aku tak boleh lambat. Aku tak boleh berlengah-lengah. Jika tidak aku akan jatuh. Yea… aku takut aku akan jatuh. Aku takut hidup aku tidak lagi seperti dulu. Aku takut miskin. Aku takut kereta aku ditarik. Aku takut aku akan menyusahkan keluarga aku. Aku takut diisyhtiharkan muflis. Malah, aku takut roh dan amalan ku tergantung…

Ah… Aku benci kapitalis, aku benci…

Kini baru aku terasa berat. Berat yang amat sangat.

Malam tu, aku memulakan langkahku di tengah-tengah kesesakan pasar malam Taman Tun Teja. Satu-satu muka peniaga aku perhatikan. Semuanya tersenyum, tersengih, malah ada yang jerit mempromosikan produk masing-masing. Ada yang menjual tudung. Ada yang menjual buku. Ada yang menjual ubat dan ada yang menjual makanan. Macam-macam...  

Siapa aku nak tanya ni…

Siapa yang dapat bantu aku ni…

Aku capai satu kerusi di sebelah penjual satay….. penat.. penat berjalan….
Aku mendiamkan diri sambil ku perhatikan pengunjung-pengunjung yang lalu lalang…
Lama aku di situ…
Sampai ku rasakan pasar tu dah nak tutup…
Aku jalan semula… kali ini aku perhatikan…
Ada yang senyum…
Ada yang gembira…
Ada yang muram…
Ada yang sedih…

Hening suasana……
Tak macam mula-mula tadi…
Ah peniaga….  dari raut wajah-wajahmu aku tahu apa yang tersirat.

“Adik, adik buat apa dari tadi dik… pakcik tengok ke hulu ke hilir ajer dari tadi?” tanya pakcik yang menjual kuih peneram.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 03:55 PM | Show all posts
kedai abang kueh peneram ni bakang gerai aku aje..

kat pasar malam




























lestari puchong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2011 10:36 PM | Show all posts
Reply 180# buahcinta


rasanya dialog-dialog tu penyedap cerita .. dua-dua ada different approach and i like both
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 01:30 AM | Show all posts
saudagar ada bakat menulis....... rajin2 laa tulis.... pastu hantar utk dibukukan......
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 12:33 PM | Show all posts
sabar menunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 03:22 PM | Show all posts
wah saudagar, panjang rupanya sejarah business awak yer...sy suka pengalaman2 awak..truskan share ur experience..

** nasik ayam chic chop kat kedai saudagar sedapp..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062113 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list