CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagarkampong

KampongGrill <----- Tak Semegah Mana Pong...!

  [Copy link]
Post time 19-4-2011 04:49 PM | Show all posts
selama ni sr je..thread ni dengan thread mia sara memang saya follow tiap kali on lappy.tak sabar nak tau what next...next...next..best baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2011 06:00 PM | Show all posts
“Eh, takde pa per pakcik… saja jalan-jalan” jawab aku pura-pura. Diam seketika.

“Err… sambil tu kalau boleh nak tengok juga kalau-kalau ada ruang niaga kat sini,” sambung ku lagi. Terluah juga tujuan aku.

“Oh… nak cari tapak kosong lah ni… hmm… sekarang ni dik, kalau nak cari tapak tu memang payah. Semuanya dah ada yang punya...” terang pakcik tu pula.

“Iyea ke pakcik… semua dah penuh? Dari sini sampai hujung sana? Tanya aku lagi sambil tangan aku menunding jari hingga ke hujung tapak pasar malam. Seakan-akan tak percaya.

“Iyea… semua dah penuh, kalau awak tak percaya, awak tanyalah AJK” tegas pakcik tu lagi.

“Iyea ker pakcik....takde cara lain ker pakcik? Tanya aku pula dengan harapan. Sedih pula bila aku dengar macam tu.

“Ada… tapi awak kena Rambo lah…” jawab pakcik tu pula dengan tersengih.

“Rambo? Rambo tu apa pakcik?”

“Rambo… Rambo yang macam dalam filem tu… di mana ajer ada tapak kosong, dekat situlah awak berniaga. Contohnya kalau kat sini kosong, kat sinilah awak berniaga. Kalau kat sana kosong, kat sanalah awak berniaga. Tak tentu… alah… apa orang kata… main “gamble” ajer…” terang pakcik tu pula.

“Tapak kosong nie maksudnya pemilik tapak tu tak datang berniaga pada hari pasar malam. Macam kat sebelah pakcik ni. Ni dah dua minggu dia tak datang. Orang tu jual petai. Tak tau naper” terang pakcik tu tanpa disuruh-suruh sambil menunjukkan tapak di sebelah kirinya.

“Oh macam tu ker… maksudnya tak tetap lah yea pakcik… habis kalau MPS (Majlis Perbandaran Selayang) datang macam mana?

“Hahaha itu awak sendiri yang kena tanggung. Kalau kena saman, samanlah… kalau tak kena, itu nasib awaklah, haaa itu pasal lah kita panggil Rambo” dengan tersengih pakcik tu jawab.

“Ohhhh…. Macam tu ker…, mmm… tapi kalau kita mohon lesen pakcik, cam mana? Tanya aku lagi. Betul-betul taknak lepaskan peluang yang ada.

“Awak nak mohon lesen tu boleh, tapi memang lambatlah jawabnya… ‘dia’ kalau awak nak cepat, tunjuk sekali dengan saman-saman yang awak dah dapat. Haaaa… baru ‘dia’ proses cepat. Itu pun kalau luluslah….” Jawab pakcik tu ikhlas.

“Oklah dik, pakcik pun nak balik dah nie. Kang bising pulak makcik awak tu ha..

“Oh ok pakcik terima kasih yea….”aku menjawab.

“Err pakcik-pakcik-pakcik” panggil aku pula dengan segera.

“Tadi pakcik kata yang sebelah ni dah dua kali dia tak datang, minggu depan boleh lah saya cuba pakcik” pinta aku dengan harapan.

“Hahahaha itu pakcik tak berani janji, kalau ada-adalah, kalau takder pakcik minta maaf. Kalau nak cuba minggu depan bolehlah datang awal-awal. Dalam pukul 3.30petang macam tu….tapi pakcik tak janji tau. Pakcik balik dulu yea…Assalammualaikum!” pakcik tu minta izin. Laju jer.

“Walaikumsalam….terima kasih pakcik,” jawab aku dengan senang hati.

Oh… begitu rupanya…. Ah… lega. Sekurang-kurangnya aku dah tahu serba sedikit pasal cara mula-mula nak berniaga di pasar malam. Hahahaha Rambo pun Rambolah…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 04:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 20-4-2011 05:14

Hari Sabtu
……………

Hari Ahad
…………..

Hari Isnin

Seperti biasa, lebih kurang jam 12 tengah hari, aku akan bertolak keluar dari rumah untuk membeli stok bahan-bahan mentah di pasar borong Selayang. Seterusnya aku akan mengambil tunang aku di rumahnya dan kami kembali sampai ke rumah lebih kurang jam 2 petang.

Petang itu, semasa aku memerap kepak ayam panggang sempat lagi aku berborak dengan mak aku. Ketika itu, tunang aku berada di luar perkarangan rumah sambil membaca surat khabar.

“Mak, Along nak tanya sikitlah… mak pernah berborak dengan jiran India yang duduk kat depan tu tak?” Tanya aku sambil memuncungkan mulut ke depan rumah. Tangan aku ketika itu sedang berlumuran dengan rempah perapan.

“Pernah, apa pulak tak pernahnye… kenapa ko tanya? Jawab mak aku sambil menggoreng pisang kalau tak silap.

“Bukan apa mak, Along ni kan dulu selalu ulang-alik kerja opis ajer… keluar pagi balik malam.. keluar pagi balik malam haaa… sampai sekarang tak kenal sangat jiran-jiran. Ni Along nak tanya sikitlah mak… anak lelaki dia tu kerja apa ye? Nama dia Suresh kan mak…?

“Haish….. tak tahu lah mak, anak dia tu kerja apa! Takder masa nak menyibuk-nyibuk hal orang..yang ko sibuk nak tahu tu kenape Long? Tanya mak aku pula.

“Ai! Aku pula yang ditanya…” jawab aku dalam hati.

“Takder ape lah mak, sajer-sajer je tanya…” jawab ku pula sambil menggaul kepak-kepak ayam dengan rempah yang aku buat tadi.

“Engko kalau nak tahu dia keje aper, elok kau tanya abah ko. Sebab mak pernah tengok abah ko berborak-borak dengan anak dia tu?” Cadang emak aku pula.

“Abah… haish emak nie… abah tu garanglah mak. Malas lah Along nak tanya. Nanti lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. Takper lah mak, lain kali jer lah.”

Disingkatkan cerita ketika itu jugalah ayah aku balik ke rumah. Awal daripada kebiasaan. Aku pulak buat-buat tak perasan ajer. Dalam pada itu ayah aku menuju ke peti sejuk. Cari air minum. Masa tu lah tak semena-mena mak aku bersuara.

“Bang, Along tanya tadi… dia sibuk nak tahu yang anak orang India kat depan tu kerja ape… itu hari abang ada borak-borak dengan dia kan?” tanya mak aku.

Pergh… laju ajer mak aku. Lurus macam pembaris. Tak sempat aku nak menahan. Kat situ jugak aku tertunduk-tunduk buat-buat sibuk.

Diam seketika.

“Tarik kereta” selamber ayah aku jawab.

“Gedegang!!!!” Macam halilintar aku dengar jawapan tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 05:17 AM | Show all posts
Guys! Terima kasih lah sebab sudi baca cerita hamba yang tak semegah ni. Nak hamba reply satu-satu kang dikatanya iklan. Jadi sekali-sekala je lah hamba berani mencelah nie. Hamba ni bukannya pandai bercerita, tapi hamba gagahkan juga menulis pengalaman hamba. Hamba tak berjaya pun sampai sekarang. Memang tak layak bercerita pun. Tapi hamba hormati tuan hamba semua dan hamba tahu yang tuan hamba semua bagus-bagus belaka. Ada kete besa, ada pangkat tinggi, ada gaji besa, ada rumah berbiji-biji. Tapi hamba tak kisah. Tujuan hamba bercerita ni, tak lain dan tak bukan adalah untuk menggalakkan tuan-tuan hamba di luar sana tu untuk berani menceburkan diri dalam perniagaan. Sebab perniagaan ini amat lah bagus tuan-tuan. Seronok dan penuh cabaran. Malah boleh mengecap “Kebebasan” sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Joinlah forum sama-sama dan keluarkanlah idea untuk dikongsi bersama. Manalah tahu, satu hari nanti tuan-tuan hamba semua jadi jutawan… kan bagus untuk kita, keluarga, agama, dan rakyat jelata. Marilah tuan-tuan hamba sekalian, sahut cabaran kami. Jadilah komuniti yang kuat, teguh, dan rajin berusaha untuk menuju ke arah kejayaan bersama.

-sekian sahaja iklan daripada SaudagarKampong-
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:24 AM | Show all posts
biarkan apa yg org kata asalkan saudagar terus berusaha untuk berjaya. Jangan putus asa!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:14 AM | Show all posts
thread ni best!!!

sebab readers nak tau for the past 7 years - apa yg TT lalui -

sesekali ada perkara2 yg TT ceritakan - saya seperti ... "mmmm.... ye, aku faham situasi ni, sebab aku pun pernah terkena"..

saya percaya - kisah "bergaduh dgn bos", "bapa jatuhkan semangat/pemangkin semangat", "save no JANGAN ANGKAT", "kedatangan surat2 yg tak lansung meng'excited'kan untuk dibuka", "rambo pasar malam", "jiran yg ada kebarangkali - penarik kereta", seolah2  menceritakan pengalaman semua usahawan yg lain...

bagi mereka yg sudah berada diatas - akan mengingatkan mereka macam mana keadaan kita masa dibawah.

bagi yg dah "SURVIVE" melalui pahit maung tu - pasti merasakan kenangan2 itu adalah kenangan2 terindah yang mengajar erti kesabaran, menguatkan identiti, pembakar semangat.

bagi yang masih mengayuh untuk berada diatas, cerita TT boleh dijadikan umpama "kita tidak keseorangan" its all about effort -

SURESH - adakah rival? penyelamat? bouncer? mmmm.... tak sabar ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2011 11:36 AM | Show all posts
aik xde update?
gigih aku membc dr pg
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:59 AM | Show all posts
ai nak print this thread nk bg cik abg..
dia meniaga thn lepas..tp asyik nk mudah je
sampai hangin juga daku dibuatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 02:32 PM | Show all posts
Aku akan follow dan follow cerita nii... pengalaman yang sungguh berharga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 02:57 PM | Show all posts
semuga makin ramai yg menulis jurnal camni, berkongsi pengalaman suka dan duka mengharungi cabaran mencari rezeki berniaga..

aku pun salah sorang yg telah mengharungi jerih perit demi mencari rezeki unt menanggung keluarga dan yg penting dapat menebus diri drp debts ..almaklum semasa makan gaji, agak boros berbelanja, dgn MC sana sini, dgn Visa sana sini, blum lagik PL...

alhamdulillah daa 10 bln berniaga pasar mlm..dah berjaya menghabiskan MC & Visa..PL pun cuma berbaki sedikit shj lagik..memang tak disangaka2..w/p untung niaga ni tak la lebat nak banding dgn makan gaji dulu, tapi itu la kenyataannya..makan gaji ada gak waktu ngulor kata org..tapi gaji jln cam biasa..business sendiri ni memang gunakan kudrat yg ada, pasang khemah, angkat meja, dgn panas terik lagik...

buat la sesuatu dgn ikhlas..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:27 PM | Show all posts
hamba
awak memang bakar semangat kami yang sgt2 perlukan dorongan dan semangat.. teruskan cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:17 AM | Show all posts
seronok baca kisah saudagar...pgalaman pun beh kurang sama jer...
bg semangat kat kita yg berniaga ni...sy br 6 bln meniaga wat part time...
takat ni rambo kat pasar mlm jer lah dulu...so bro ape kisah seterus nye x
sabor nak tau ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 01:36 PM | Show all posts
... mmm... speculation - mungkin kah  "SURESH" terbaca thread ni dan minta royalti...  hu  hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 03:23 PM | Show all posts
ladyluv niaga apa kat pasar malam, then dimana? sorry off topik plak..kut la jiran sebelah kiri atau kanan/depan atau belakang khemah aje.. sorry off topik
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 04:49 PM | Show all posts
Reply 214# tehbunga


    sy kat pantai dlm...niaga brooch/aksesori wanita & tudung sket2...awk area mn
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 04:57 PM | Show all posts
semuga makin ramai yg menulis jurnal camni, berkongsi pengalaman suka dan duka mengharungi cabaran m ...
tehbunga Post at 20-4-2011 06:57


tehbunga niaga apa kt pasar mlm?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 11:36 PM | Show all posts
saudagar..
thread ni mmg terbaekk.. thanks sbb sudi kongsi pengalaman.
Meniaga mmg mcm ni.. kena slow slow dulu..
Bukan senang nak senang!
Anyway , teruskan usaha. Mana tau satu nanti akan jadi kapitalis melayu!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 12:44 AM | Show all posts
thread ini mmg best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2011 04:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 22-4-2011 05:04

Terkejut beruk aku. Ini dah serius tahap gaban. Macam takder mood nak berniaga pun ada.
Pening aku. Aku tutup bekas perap ayam kemudian aku terus simpan dalam peti sejuk.

“Betul ke bah?” tanya aku pula untuk kepastian.

“Betul lah… yang kau ni nampak pelik sangat ni kenapa? Kalau tak percaya kau tanyalah sendiri…” balas ayah aku. Penat agaknya.

“Takder paper lah bah… saja jer tanya…  Along tengok tak nampak pun macam tukang tarik kereta, tengok macam budak kilang ajer” jawab aku sambil menuju ke tingkat atas.

Sampai ke tingkat atas aku terus menuju ke tingkap bilik untuk meninjau-ninjau rumah Suresh. Manalah tahu aku boleh dapat jawapan dengan memerhatikan dari jauh. Sebenarnya aku sedar, memang aku tak boleh dapat jawapan pun dari situ. Tapi hati dah risau, gundah-gulana, walhal surat dari bank pun tak sampai lagi.

“Ah! Pedulikan lah… nantilah aku pikir,” jawab aku dalam hati.

Petang itu perniagaan kami berjalan seperti biasa. Jualan pada hari itu lebih kurang sama sahaja dengan yang sebelum-sebelumnya. Sehinggalah hari Jumaat, iaitu hari pertama aku berniaga di pasar malam.

Hahaha pasar malam Taman Tun Teja, Rawang

Pukul 3.30 petang aku dan tunangku dah sampai. Tercongok-congok kat tapak pasar malam sambil menunggu pakcik Nuar tiba (pakcik kuih peneram). Aku ingat lagi, dia sampai lambat. Kalau tak silap aku jam 4.00 petang baru dia sampai. Ceh! Lain kali cakap aje lah 4 petang. Ni lah janji Mel*** ops! Sorry-sorry… seingat aku… aku dah berjanji tak nak kutuk bangsa sendiri. Tak kiralah apa bangsa tu dah buat kat aku. Peace!

“Assalamualaikum Saudagar… hehehe awal sampai,” ucap pakcik Nuar dari dalam kereta macam tak bersalah ajer. Sambil tu dia memastikan keretanya diletakkan betul-betul di ruang tapak miliknya.

“Walaikumsalam pakcik, hehehe… takde lah pakcik, baru lagi kami sampai...” jawab aku dengan ayat standard.

Ku perhatikan pakcik Nuar. Senyum ajer. Sebaik sahaja keluar dari kereta, terus pakcik Nuar hulur kepadaku sebuah kerusi.

“Nah! Ambik kerusi ni... letak kat situ. Kasi cop. Jangan bagi orang lain ambik tapak tu,” arah pakcik Nuar sambil menundingkan tapak kosong di tempat aku berdiri.

Aku pun ambil. Tanpa banyak cerita, aku letak kerusi tu seperti yang diarahkan.

“Dah boleh pasang meja ker pakcik?” tanya aku minta izin.

“Eh! Sabar dulu… kalau-kalau tuan dia datang kang, dah awak kena pindah. Nanti kan susah…” jawab pakcik Nuar.

“Oh iye ker…okay…,” jawab aku tanda faham sambil mengangguk.

Macam tu rupanya. Tapi takpa, asalkan dah letak kerusi, orang lain dah tak boleh ambil. Lama kami tunggu. Ada juga 40 minit. Azan Asar pun dah berkumandang menandakan waktu masuk. Lepas aku minta izin dengan pakcik Nuar, aku dan tunangku menuju ke surau untuk menunaikan solat Asar. Masa sembahyang Asar lah aku berdoa agar segala urusanku pada hari itu dipermudahkan segalanya. Termasuklah doa supaya pakcik yang jual petai tu tak jadi datang…hehehe jahat aku.

Sekembalinya kami balik dari solat Asar, kami dapati tapak itu masih lagi kosong. Lega aku. Pakcik Nuar dah suruh kami mengambil barang-barang niaga kami. Petak kami adalah nombor 76, jadi bukanlah yang paling tepi. Masa kami berjalan sambil mengusung meja dan barang-barang keperluan lain tu, semua peniaga memandang ke arah kami ibarat kami ni artis hensem cantik bergaya. Kami pula buat-buatlah senyum macam ratu cantik. Perghhh… malu siot. Hari pertamalah katakan.

Sampai sahaja ke petak kosong tu, tanpa membuang masa, aku terus memasang meja dan dapur. Pengunjung ketika itu dah ramai. Pakcik Nuar senyum ajer bila tengok dapur aku yang sempoi. Hehehe aku tak kisah. Yang penting arang kena bakar dulu. Aku memulakan perniagaan aku pada jam 5.30 petang sekali gus mencatat sejarah dalam hidupku sebagai peniaga pasar malam. Aku datang dengan azam baru. Kali ini azam baru itu aku tulis besar-besar di atas kad bod hehehe…dalam bahasa Inggeris…



































BBQ GRILLED CHICKEN WINGS RM1.50/pc



Bersambung…..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 09:03 AM | Show all posts
alaaaaaaaaaaaaaaaaa ada sbgn la pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 1.168359 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list