CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagarkampong

KampongGrill <----- Tak Semegah Mana Pong...!

  [Copy link]
Post time 22-4-2011 09:26 AM | Show all posts
Reply 219# saudagarkampong


    heheee...sy pun camtu lah saudagar 1st time merambo...malu tahap gaban dah lah kureng
    peramah...muka sy lak jenis npk cam sombong tp aritu senyum memanjang jer kat peniaga2
    otai...walaupun dlm hati dok merungut apehal lah dorang ni pandang aku kerek jer
    cam x puas ati lah pulak bkn nyer aku kacau tpt niaga dorang...tp ada gak yg baik hati x kedekut
    share info sal tapak niaga...pe pun tu sume pgalamn yg menarik dan berguna...skrg ni dah kureng
    la sy malu2 kuceng lg......sambung lek citer bro...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2011 10:51 AM | Show all posts
cite ko leh buat telenovela laaa...MOD bagi la mamat ni point sket..menarik cite die ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 11:22 AM | Show all posts
Teringat kisah 3 tahun lepas... aku pun pernah merambo kat pasar malam Tun Teja. Kalau kena tempat... best pasar malam situ. Sekarang tak meniaga dah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 05:27 PM | Show all posts
bab RAMBO kat pasar malam..suami ai mmg x berani..
jenuh dh daku memujuk..masih x jalan juga
alih2 tgk ramai je mat indon n pakistani jual brgn kt tapak yg kosong..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 07:46 PM | Show all posts
Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia,



Sukacita kami memaparkan berita baik kepada wanita-wanita yang ingin
menambahkan keanggunan di bahagian kewanitaan mereka.
Kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelapa dara di mana
moderator DARSITA menjadi model nya.


























Jelas..kemaluan DARSITA lebih tembam, lebih anggun, lebih
mempersona
dan lebih effective ketika bersama.







Kami dengan bangga melantik DARSITA menjadi model produk kami.





untuk tempahan, hubungi   
heslina@minyak-kelapa.com.my

# Atau PM pada amazed sebab sekarang DARSITA

berforum guna nick amazed.












SIGNATURE.......................................................................................................................
Terserlah ...kemaluan DARSITA lebih tembam, lebih berseri, dan
lebih memberi kepuasan ketika bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 07:50 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2011 10:17 AM | Show all posts
stop sini.... tgu sambungan citer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 11:02 AM | Show all posts
salute dgn awak ni...went tru mcm2...nila baru dikatakan nk berniaga!

Adakah mia jugak boleh jadi seberani anda??? hmmmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 12:30 AM | Show all posts
kak mia mestila boleh..kn msia boleh... jauh lg perjalanan tu.. hehe sempat mencelah ni bz2 pn..

saudagar
anda mmg best!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 08:54 AM | Show all posts
sesekali lepak sini.. tunggu saudagar bercerita....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 03:47 PM | Show all posts
tgh 'jenjalan' kat byk2 benang kat sini tetiba boleh lak ter'jumpa' benang saudagar ni. Bestlah baca! Lepas ni harus wa jadi follower saudagar yg setia. Cepatlah sambung citer......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2011 02:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 26-4-2011 03:16

Lepas gantung tanda harga, aku teruskan proses memasak. 15 kepak ayam aku bakar serentak. Penuh satu dapur. Maklumlah, orang dah mula ramai. Aku kipas-kipas hingga kepak ayam panggang masak.

Setelah ada kepak ayam panggang yang masak, aktiviti promosi pun bermula…

Oh ya! Walaupun bod yang aku tulis itu di dalam bahasa Inggeris tetapi bila aku sebut lain bunyinya.

“Kepak ayammmmm! Kepak ayam panggang BBQQQQ…!” jerit aku macam nak tergelak. Hahaha mahunya tak. Tak pernah dibuatnya aku seumur hidup.

“Kepak ayammmmm! Kepak ayam panggang BBQQQQ…!” jerit aku lagi berkali-kali. Kuat…

Memang aku jerit sepelaung bunyinya. Kalau monyet dengar memang bertempiaran lari terhuhu-huhu.

Hahahaha…. memang mengalahkan orang lama. Tunang aku senyum ajer di belakang… Pakcik Nuar pun senyum ajer… Aku pula berpura-pura berani, tunjuk muka macam dah pro, padahal malu giler… itu yang tulang pipi aku rasa macam kebas ajer… Tapi aku tak peduli, banyak benda yang aku nak kena bayar…bila dikenangkan semula…ishhhh… siot… memang aku anti gila dengan bank.… memang bank buat bisnes goyang kaki. Melabur sekali dapat untung berganda-ganda. Bertahun-tahun. Setiap bulan interest.. interest.. Kalau lewat dicaj nya penalti… cisss…lagi susah lagi ditekannya… aduhai... sakit kepala aku bila teringatkannya semula. Menyesal aku.. menyesal nasuha…! Budussss..!!!

Aku ingat lagi masa kerja kat Standard Chartered. Masa tu aku baru beli kereta baru.

"Saudagar, lawa kereta! Kau beli kereta baru ek?" tanya Khairul tiba-tiba sambil menepuk bahu aku dari belakang. Lembut ajer tepuknya. Masa tu aku baru keluar dari kereta. Aku senyum dengan muka bangga.

Lupa nak bagitahu, Khairul ni lembut orangnya. Aawww. Tapi suara memang garau.

“Ha ah! Baru beli… tapi takdelah baru sangat… dah 3 minggu dah… kau baru perasan ker?” tanya aku pula macam tak percaya yang selama ini Khairul tak nampak.

“Apa pula tak perasannya, tapi baru hari ini kannn….dapat jumpa tuannya.

Ini tunai ke hutanggg? Berapa beliiii?" tanya Khairul lagi sibuk nak tahu.

“RM40,800. Hutang 7 tahun. Amacam, lawa tak?" balas aku pula dengan poyo tak bertempat. Dengan member sendiri pun nak berlagak.

"Oh hutang, ingatkan kau bayar tunai tadi. Lawa tu memang la lawa. Aku tengok Kenari kau pun lain macam ajer. Body set nyer kau tukar ker?... Ni lampu belakangnya pun kau tukar jugak ker?" tanya Khairul lagi beria-ria.

"Hehehehe. Ha ah aku tukar. Hampir semua aku tukar. Kau tengok bumper ni, lawa tak. Yang ni aku pakai part Daihatsu Move RS. Lampu belakang nie plak aku pakai part Daihatsu Move Aerowdown. Haaaa... yang side mirror ni pun dari Aerowdown jugak. Amacam, cantik tak?" terang aku tanpa disuruh-suruh.

"Uuuiiih! Cantikkkkk… mau tak cantiknya. Sini cantik, situ cantik, depan cantik, belakang pun cantik. Banyak nya duit kauuuuu. Berani yea kau tampal-tampal duit kau kat kereta ni. Berapa ribu habis ni?" balas Khairul.

Lain macam ajer mimik mukanya. Muncung pula sana sini. Sebenarnya malas aku nak jawab semua soalan tu. Sebab semua tu aku swipe ajer dengan kad plastik.

“Haaaa…. Kereta kau tu pulak, bila nak pasang sport rim? Tak cun lah kalau pakai rim standard…itu takde class namanya…. Kereta pun kasilah cat baru… baru nampak cantik…” bagitahu aku pula sambil menukar tajuk perbualan.

“Hei Saudagar! Amboi amboi amboiiii…. Orang tanya dia, dia yang tanya kita pula. Ni aku nak tanya kau. Gaji aku naik ke kalau aku pakai sport rim? Ha? Pangkat aku naik ker kalau aku pakai sport rim? Ha? Claim aku dapat cepat ker kalau aku pakai sport rim? Ha? Haaaa… kau jawab la,” tanya Khairul pula ala-ala Nasir Bilal Khan.

“Errrrr takde-takde,” jawab aku segera.

“Aku gurau ajer… alah takkan itu pun nak marah…Kau ni cepat terasa la… sensitif sangat” balas aku memujuk. Hehehehe…..

Khairul ni memang kadang-kadang cepat merajuk dan kadang-kadang cepat marah. Memang risau kalau dia moody. Dia ni nampak ajer macam perempuan, tapi kederatnya tetap jantan. Sekali dia lempang, memang berpusing aku.

“Lagi satu Saudagar! Kau bagitahulah kat aku. Kat ceruk mana kereta kau boleh pergi tapi kereta buruk aku tu tak boleh pergi? Haa… kau jawab!” tanya Khairul lagi.

Aduh!.... Terkedu aku sekejap. Tak terjangkau dek akal ku. Memang terkena aku kali ni. Hai… time-time tu la aku buat-buat tengok bawah sambil pikir apa jawapannya. Aku cuba juga nak jawab.

"Errr...... ahh siut! Mana pulak minah nie tadi?" jawab aku seakan berbisik.

Aku palingkan muka ku ke kiri. Baru aku perasan Khairul dah jauh perginya. Sambil melambaikan tangan sambil tu lah dia melangkah menuju ke keretanya.

“Woi Saudagar! Kalau bos naikkan gaji aku kalau aku pakai sport rim, jangankan sekarang… semalam lagi aku dah pasang…..” hahahaha jerit Khairul lagi dari jauh.

“Cis! Siot kau Khairul, jaga kau satu hari nanti,” gumam aku dalam hati. Aku hanya mampu memandang dari jauh. Hahahahahaha….. padan muka kau Saudagar….. berlagak lagi.

“Dik…. bungkus dua kepak ayam. Plastik bagi asing-asing yea,” tiba-tiba aku terdengar suara nak beli kepak ayam. Uh! Baru aku tersedar dari lamunan.




Bersambung lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2011 02:38 AM | Show all posts
Guys! Sorry sebab lambat sambung cerita... hehehe. Minggu ni sibuk sebab ada kelas dan juga kena mesin rumput sebesar padang bola sepak (tak abis lagi tu). Tangan pun terketar-ketar kalau nak menaip hehehe... ada masa nanti saya sambung lagi cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:03 AM | Show all posts
isk flashback la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 01:58 PM | Show all posts
hehhehe..sy dan husband br merancang nk biz jual nasi..
kami asal kelantan so..niat di hati nk jual nasi lemak.kerabu n nasi berlauk..
tp xtau nk start bila....sebab xconfident lg...bila baca thread saudagar n mia..niat berkobar2..
erm..mula2 nak ajak mak mertua dtg k.l n ajar masak dlu..bila dh confident dgn masakan..barula nk mula kan biz...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:48 PM | Show all posts
wow.. aku pn quit keje gomen even monthly dpt 4k that time..
at 1st mak bapak kawan2 sedara punya la pandang serong ..

aku tabahkan hati jgk nk biz sb mcm saudagar lah sb bosan duk bwah org n nk cri duit lebih..
skrg syukur.. ada 4 kedai dh..and staff pun ada 8 org.. monthly 30-40 k..berkat semngt n tawakal pd rezeki n doa pd Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 03:06 PM | Show all posts
Reply 235# ryumaira


    Sedap tu kalau betul2 di masak dengan baik.Saya orang Perak tapi mmg suka nasi dagang.kerabu kurang sikit.. Kalau dua2 kerja elok saya cadangkan you buat dulu sorang2 full time.Kalau dah betul2 maju leh ajak suami pulak buat full time.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 04:58 PM | Show all posts
Reply  ryumaira


    Sedap tu kalau betul2 di masak dengan baik.Saya orang Perak tapi mmg suka  ...
cikgutuition Post at 26-4-2011 15:06




plan nyer nk nk amik cuti 2 mggu..nak test market dlu...xtaula macam mana..
kalau ok..sy mmg resign terus...xsanggup dah keje ngan org..huhu
nasi dagang rumit sket..tp kalau kuah tuh best..huhu..masakan mak mertua sy mmg best...
harap2 dapat buat mcm dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 06:34 PM | Show all posts
Reply 238# ryumaira


    Belajar betul2 ngan mak mertua you..Sayang kalau tak diturunkan ilmu tu..Cam mak saya pandai masak tapi x ramai anak yg ikut.. he he
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 07:26 PM | Show all posts
bisnes makan ni untung sgt2 kalau kita msk dgn ikhlas dan kita msk seolah2 nk bg keluargha kita makan... byk penjual makanan skrg ni nak untung smpkan kuaaliti zero..so apa yg penting masakan mestilah enak dan jgn kedekut dgn pelanggan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.073205 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list