CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagarkampong

KampongGrill <----- Tak Semegah Mana Pong...!

  [Copy link]
 Author| Post time 12-4-2011 10:04 AM | Show all posts
Reply 19# leylapple

Masa tu belum lagi dapat confirmation dengan bank, tapi dah berangan nak pakai kereta dan kad kredit. Tu yang main beli ajer tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 12:20 PM | Show all posts
sambung laaaaa... tengah best membaca ni....mana yg elok di ambik sebagai pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 01:15 PM | Show all posts
terima kasih, terharu pulak. Dan rasa insaf. Mia ingat mia je la yg hadapi situasi mcm ni.org lain pun sama....jgn mengalah tau..kita sama sama bantu org mcm kit terutama melayu, Dan harap kalau di izinkanla kita ni semua berjaya harap harap Tuhan tak matikan hati kita utk bantu org yang lain pula.

Mia fahamla rasa TT tu...nak ikutkan mcm mcm dah lalui sblm brutal berniaga ni..tp seronoknya TT tunang sama sama bantu. Mia tak
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 02:34 PM | Show all posts
Sabar Mia, kadang2 nak tunggu betul2 terdesak baru nak sedar..ni pengalaman akak sendiri..yang duk berlaku depan mata, bleh buat tak paham aje..tapi bila Allah datangkan dugaan, baru nak sedar dan pelan2 mula membantu..

pengalaman akak laaaagi sadis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 06:39 PM | Show all posts
Reply 23# Mia_Sara


    Apa yang kita alami ada hikmah sebenarnya... kalau kita rasa teruk, ada orang lain yang lebih teruk pengalamannya. Lebih teruk lebih baguz... tanya lah otai2 semua nie. Kat depan kita nie ramai silent rider yang hebat2 juga... mudah-mudahan semuanya sedia berkongsi ilmu dalam memajukan bisnes kita semua. Hidup bukannya lama... hidup mesti ada perjuangan, harta tak bawa ke mana, amal jariah juga bekalan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 09:20 PM | Show all posts
aduh iklan plak... sambungan nyer saudagar... tak sabar nak tahu ending cerita niiiiiii.... .....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2011 10:43 PM | Show all posts
salam encik saudagar
tabik spring la..kisah hidup yg penuh ranjau duri akhirnya terbalas dgn kemanisan yg tidak terhingga, layanan pada customer mmg bagus..hehe....(kasi up sket)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2011 12:39 AM | Show all posts
Reply 26# makeupMAC


    aduh boss... nie nak sambung nie. Payah gak nak buat karangan ni, tapi alang-alang dah bercerita nie, memang kena sampai abis... jap ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2011 12:45 AM | Show all posts
salam encik saudagar
tabik spring la..kisah hidup yg penuh ranjau duri akhirnya terbalas dgn kemani ...
bungazaleha Post at 12-4-2011 22:43



     W/salam kak... . Jumpa plak kat sini ek. Memang niat nak memeriahkan bod nie. Semangat naik semula bila terbaca Mia_Sara punya thread. Ni yang nak berkongsi nie .
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 12:47 AM | Show all posts
lama dah xposting... teruskan cerita, saya nak follow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2011 12:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:46

Selepas menyalin resepi, kitaorang tanpa berlengah-lengah lagi terus keluar dari Mid Valley dan menuju ke pasar borong Selayang. Di pasar borong Selayang, aku singgah di kedai menjual barang-barang plastik. Aku beli dua buah bangku. 1 buah meja, bekas polistrene, beg plastik dan sehelai alas meja. Payung aku tak beli sebab mahal. Untuk bahan mentah aku beli 1 kg beras, telur ayam, sedikit kacang tanah, ikan bilis, telur ayam dan cili kering dan tak lupa juga daun pisang. Modal permulaan aku adalah di bawah RM100. Periuk nasi, pengisar, bekas-bekas dan dapur aku rancang nak pinjam barang-barang dari mak aku. “Ceh! Rancang konon” kata hati aku.

Selepas menghantar tunang aku balik, aku pun menuju pulang ke rumah aku. Aku tak bercadang nak bawa keluar barang-barang yang aku beli dari pasar tadi. Sengaja aku simpan dan perap dalam kereta. Dalam kepala aku sedang memikirkan apa yang perlu aku jawab dengan mak dan ayah aku.

Malam tu aku berdepan dengan mak dan ayah aku. Macam gaya nak salam hari raya pun ada.

“Abah, Along ingat along nak berniagalah Bah… boleh tak?” Tanya aku kepada ayah aku.

Masa tu ayah aku tengah syok baring atas kerusi sambil menonton tv.

“Apa Long, kau nak berniaga?” Tanya ayah aku semula.

“Tut-tut…. Tut-tut…” tiba-tiba kedengaran bunyi hp ayah aku. Ayah aku tak jadi mengadap aku lalu terus menjawab panggilan telefonnya. Sambil bercakap, sambil menuju ke luar rumah.

Terpinga-pinga aku. Aku pandang kepada mak aku pula.

“Mak, Along ingat Along nak berniaga lah Mak? Boleh tak Mak?”.

“Kau nak berniaga Long? Haish…. Mak tak tahu, kau tanyalah abah ko?” jawab mak aku pula.

“Ala Mak… boleh lah Mak… Along nak berniaga nasi lemak. Boleh maju Mak…. Boleh lah Mak…” pujuk aku dalam usaha untuk mendapatkan sokongan.

“Ko tanyalah abah ko, kalau Mak, Mak tak kisah… suka ati ko lah nak buat apa” jawab mak aku pula tanpa menghalang.

Hehehe sekurang-kurangnya aku dah lepas dengan mak aku. La ni tengah tunggu jawapan dari big bos pula. Ini lah Bos yang paling aku takut. Lama aku tunggu ayah aku habis bercakap melalui handphone. Jantung aku dah dup-dap dup-dap ajer dari tadi. Aku pun tak tahu apsal. Dalam sedang-sedang menunggu tu sempat lagi aku bertanya dengan mak aku.

“Mak, esok pagi mak ajar Along buat nasi lemak yea… barang-barang Along dah beli tadi hehehe” tambah aku lagi dengan tersengih.

Saat yang aku tunggu-tunggu pun tiba. Hati aku dah tak sedap. Kecut macam jeruk. Ayah aku dah mula melangkah masuk ke pintu rumah. Aku tengok muka ayah aku, ayah aku tengok muka aku. Pergh…. Lamanya aku tunggu ayah aku bersuara. Macam berposing tunggu ambik gambar pun ada.

“Kau dah pikir masak-masak ke Long kau nak berniaga? Kau nak berniaga aper?” Tanya ayah aku serius sambil berdiri betul-betul depan kerusi yang aku duduk.

Aduh… walaupun soalan tu aku dah agak, tapi masa tu lah aku rasa susah nak jawab. Mungkin aura kebengangan ayah aku meliputi aku sehingga aku tak berani nak mengangkat muka.

Ada 10 saat aku duduk diam membisu. Aku tak sangka dalam soalan ayah aku ada nada tak puas hati. Aku cuba tarik nafas dalam-dalam tapi tersekat-sekat.

“Along nak berniaga nasi lemak Bah…” jawab aku dengan nada perlahan cuba meredakan aura yang tegang.

“Kau nak berniaga nasi lemak? Kau nak berniaga nasi lemak?” dua kali ayah aku tanya dengan intonasi yang berbeza.

Aku hanya mampu mengangguk dengan muka simpati.

“Kalau kau nak berniaga nasi lemak, baik tak payah belajar tinggi-tinggi. Elok lepas SPM ko terus ajer berniaga hari tu...” balas ayah aku lagi.

“Kalau bukak kedai runcit ker… kedai dobi ker… okay jugak, ini nasi lemak… budak darjah tiga pun boleh buat” tembak ayah aku lagi.

Pergh… memang macam skrip dalam drama. Tapi kali ni reality.

Terkesima. Lama aku terdiam.

Ayah aku pun menunggu jawapan aku. Aku rasa berdiam lebih baik dari bersuara. Tapi aku tak puas hati. Selagi tidak dapat izin dari ayah aku, aku rasa tak lengkap.

“Ala Bah…. Boleh lah Along berniaga Bah…” pujuk aku lagi dengan suara seakan-akan tak dengar. Aku ingat time tu suara dari tv lebih kuat dari suara aku.

“Gasak ko lah, ikutlah apa ko nak buat. Tu bil air, bil api bulan ni ko bayar. Ko jangan lupa plak” jawab ayah aku sambil mengambil remote tv.

Hehehe seronok aku mendengarnya. Seronok sebab dapat lampu hijau. Aku pun bingkas bangun dari kerusi untuk mengambil barang-barang yang aku tinggalkan dalam kereta.

“Eh Along! Bila kau nak start berniaga?” tiba-tiba ayah aku bersuara semula.

“Esok petang dah mula Bah…” jawab aku segera sambil melangkah keluar ke kereta. Risau aku nak duduk dalam rumah bila ternampak mimik muka ayah aku yang terkejut dengan jawapan aku. Mana taknye, dah berhenti baru nak minta izin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2011 12:59 AM | Show all posts
lama dah xposting... teruskan cerita, saya nak follow
ajoyjerry84 Post at 13-4-2011 00:47



    dah post boss... thanx
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 01:01 AM | Show all posts
Reply 32# saudagarkampong


  e'eh, mcmana awk tau sy ni boss?

boss & juga kuli...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2011 01:43 AM | Show all posts
Reply 33# ajoyjerry84

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2011 01:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:47

Keesokkan harinya, di sebelah pagi aku menghantar surat berhenti kerja kepada Mr. Soo. Soo minta maaf dengan aku, dan aku pun minta maaf dengan Soo. Selesai. Balik dari Puchong aku terus mengambil tunang aku untuk sama-sama belajar buat nasi lemak. Selain belajar dengan mak aku, dapat juga dia menemani aku semasa berniaga nanti.

Sampai di rumah, mak aku sudah bersedia menunggu. Kami pun mulalah mengopek ikan bilis dan juga membuang biji cili kering. Bab mengopek cili kering ni yang paling aku menyampah.

“Mak, biji cili ni kalau tak buang tak boleh ke mak? Lecehlah….” rungut aku kepada mak aku.

“Hish… belum berniaga lagi dah merungut. Ko nak berniaga ke tak nak ni?” balas mak aku pula.

“Ala mak nie, Along tanya ajer… mestilah nak berniaga… manalah tahu kalau-kalau boleh kisar ajer biji cili ni sekali… kan senang” jawab aku pula.

“Biji cili ni kalau tak dibuang nanti pedas sangat, tak terasa plak orang makan nasi lemak. Lagi satu sambal tu nanti tak nampak cantik, Kasar ajer jadinya…” terang tunang aku pula.

“Eh eh! Bersuara lah pulak dia nie. Suka hatilah… harap-harap nasi lemak ni sedap” kata hati aku pula.

Lepas tu aku kupas bawang merah, goreng kacang tanah, gores kulit timun, goreng ikan bilis dan sorting beras.

Pergh… memang penat buat nasi lemak ni. Kederat yang digunakan memang banyak. Macam-macam nak kena buat.

Dipendekkan cerita, akhirnya siaplah nasi lemak yang kami tunggu-tunggu dari tadi. Nasi yang telah dimasak, kami letakkan dalam bekas nasi. Manakala sambal, timun, kacang tanah dan telur rebus diletakkan dalam bekas plastic ala-ala tupperware.

Aku menggunakan Kenari aku sebagai kenderaan rasmi untuk aku berniaga. Oh ya! Untuk lokasi, aku sudah pun tinjau sejak malam tadi. Lokasi adalah di hadapan sebuah pasaraya di Rawang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 10:21 AM | Show all posts
makin thrill citer ni... kat TBR tokey char keow teow tu dah lebih 10 tahun kan... akak tak pernah rasa.. sebab seram tengok org beratur tak putus2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply 36# hazel23


    Ha ah kak, lebih 10 tahun dah diorang meniaga kat situ. Char Kuey Teow dier memang power. Sedappppp...!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2011 10:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:48

Hari Pertama.
Aku perhatikan tempat yang aku nak berniaga malam tadi rupa-rupanya bersebelahan dengan Pakcik yang jual pisang goreng. Lama aku duduk dalam kereta. Betul-betul tak berani.

Dalam hati asyik berkata “nak bukak ke tak nak… nak bukak ke tak nak.”. Terdiam aku dalam kereta. Aku pandang tunang aku, tunang aku pandang aku. Masing-masing berkerut dahi.

“Kita balik aje lah Nor,” ajak aku serius tertuju kepada tunangku.
“Eh gila la awak ni! Semalam punya lah beria-ria. Awak nak jawab apa dengan mak…” jawab tunang aku pula.

“Apa kata awak saja yang pergi… awak kan berani,” usul aku pula. Saje nak bergurau.

“Eh mengarutlah, tuuu kan pakcik tuuu… awak aje lah yang tanya” balas tunang aku pula dengan rasa malas nak layan.

“Tak pun awak hantar saya balik” tambah tunang aku lagi.

“Eh eh… sampai ke situ plak. Yea lah… yea lah… orang pergilah” jawab aku pula.

Dalam hati aku “main ugut-ugut plak,”.

Aku pun menuju ke arah pakcik tu. Risau aku. Macam-macam benda negatif bermain-main di fikiran aku. Tapi aku gagahkan juga.

“Assalammualaikum pakcik. Nama saya Saudagar. Saya nak tanya, kalau saya nak berniaga
sebelah pakcik ni boleh…?” Tanya aku lembut sambil menunjukkan ke arah tapak di sebelah kirinya.

“Waalaikumsalam … awak nak berniaga kat sini boleh…, tapi awak nak berniaga apa?” Tanya pakcik tu pula.

“Saya nak berniaga nasi lemak, boleh tak pakcik ?” Tanya aku lagi dengan sopan.

“Eh boleh, tak der masalah. Lagipun kat sini belum ada lagi orang berniaga nasi lemak petang-petang nie. Mana barang-barang awak? Tanya pakcik tu pula.

“Ada kat dalam kereta tu,” tunjuk aku sambil menunding jari.

“Boleh ker ni pakcik,” Tanya aku lagi untuk lebih kepastian. Maklumlah, aku ni memang langsung takde keberanian nak bukak meja kat situ.

“Eh boleh… takde masalah. Bawa barang-barang awak ke sini. Kejap lagi orang dah nak balik kerja ni… mesti ramai orang nak beli, cepat-cepat” suruh pakcik tu.

“Ok ok pakcik,” jawab aku dengan seronoknya sambil menuju ke kereta.

“Ya Allah Ya Tuhanku, hanya Engkaulah yang dapat membalas jasa pakcik tu. Syukur Ya Allah kerana Engkau permudahkan urusan ku pada hari ni ,” doa aku dalam hati sambil menuju ke kereta. Mana tak nya, dari penakut aku dah jadi berani. Dah lah tu, sampai sekarang aku tak tahu nama pakcik tu.

Aku pun beri isyarat tanda setel ke arah tunangku. Lalu aku bawa barang-barang ke tempat sebelah pakcik tu. Buka meja dan angkat barang-barang ke atas meja. Alas meja aku guna warna pink, sebab warna pink ni bagi aku boleh menaikkan selera dan seri makanan.

“Dik, payung nya mana?” tanya pakcik tu pula.

“Payung belum beli lah pakcik, mahal lah” jawab aku pula. Bukan mahal, tapi sebenarnya takder duit.

“Eh tak boleh macam tu dik. Kita berniaga ni kena pakai payung, baru nampak bersih. Kang ada burung berak kan susah…,” jelas pakcik tu lagi.

“Oh… macam tu ker pakcik… hmm… InsyaAllah esok saya beli,” itu aje jawapan yang mampu aku beri.

Lalu aku pun mula berniaga. Semua dah siap. Tanda harga pun dah siap. Memang aku rasa janggal sedikit bila berniaga tanpa payung. Cahaya matahari masih lagi panas. Duduk pun jauh ajer dari meja. Macam tak nak berniaga pun ada. Pelanggan yang beli pisang goreng pakcik tu pula tu asyik pandang-pandang ajer. Aku dah rasa malu. Memang malu sangat. Maklumlah hari pertama berniaga. Dalam hati aku dah plan apa nak buat kalau-kalau ada orang nak beli.

“Mula-mula ambik bekas polistrene, lepas tu letak daun pisang. Lepas letak daun pisang, letak nasi. Pastu letak kacang atas nasi. Eh eh silap… letak timun dulu lepas tu baru letak kacang dengan ikan bilis. Pastu letak letak telur rebus… last sekali baru letak sambal. Okeh-okeh aku dah ready,” kata hati ku cuba memberi semangat.

Tapi belum lagi ada orang beli. Setakat ni orang hanya senyum ajer. Lama juga kami tunggu tapi takder saper-saper yang nak singgah. Aku tengok tunang aku ni rileks ajer dia. Muka aku plak semakin lama semakin tebal. Makin tebal dan makin berat. Kalau kena lempang pun aku tak rasa apa-apa.Nak menyorok dalam kereta pun ada.

Tak lama selepas tu datanglah satu orang pelanggan.

“Dik, adik jual apa nie dik? Adik jual nasi lemak yea dik…?” tanya akak tu. Cun pulak tu.

“Yea kak… saya jual nasi lemak, nak kak?” jawab aku perlahan. Macam tak yakin pun ada. Jantung pun berdegup semacam ajer. Orang nak beli pun aku menggelabah.

“Hmm lauk-lauk takder ke dik?” Nasi lemak biasa ajer yea…” tanya akak tu lagi.

“Ha ah kak. Lauk-lauk belum buat lagi, baru mula berniaga hari ni kak…” jelas aku pula.

“Em….cam mana yea… em…  boleh lah dik. Bagi akak satu yea…” pinta akak tu pula. Lembut ajer suaranya.

“Ok kak, sekejap yea” jawab aku gembira sambil mengangkat bekas polistrene.

Pelanggan pertama tu. Aku pun mulalah langkah-langkah untuk membungkus nasi lemak. Apa yang aku plan dalam kepala tadi dah lupa. Pegang bekas polistrene.pun dah terketar-ketar. Malu aku kalau akak tu nampak.

Tunang aku yang perasan situasi yang aku hadapi menegur aku dari belakang.

“Letak daun pisang dulu,” katanya.

“Ops! Ok lupa plak hehehe,” sengih aku cuba cover malu.

“Pastu?” tanya aku pula kepada tunang aku.

“Letak lah nasi nyer… haish… meh lah sini,” minta tunang aku untuk mengambil alih tugasku. Aku tahu, sebenarnya dia cuba menyelamatkan keadaan yang tak sepatutnya berlaku. Dia pun letaklah satu persatu sehingga selesai.

“Terima kasih kak…” kata aku sambil memulangkan duit baki.

“Cesss… bab tu pandailah plak,” tegur tunang aku.

“Hehehe… “ itu ajer aku mampu buat.

Fuh lega aku. Memang aku menggelabah. Pakcik pisang goreng yang perasan peristiwa tadi tu senyum ajer. Aku pun hanya mampu sengih ajer.

Dipendekkan cerita, hari tu kami hanya dapat menjual dalam 16 bungkus sahaja. Bagi aku itu dah kira bagus. Jadi jualan pertama aku ialah RM16.00. Syukurlah. Beria-ria aku tulis jumlah jualan tu dalam buku ledger.

Balik rumah, bos besar terus tanya aku. Masa tu dia tengah baring-baring sambil menonton tv.

“Hah! Berapa banyak ko jual hari ni?”.

“16 bungkus Bah” jawab aku.

“Berapa ko jual sebungkus?” tanya ayah aku lagi.

“RM1.00” balas aku.

“Huh! RM16.00. Isi duit minyak pun tak cukup,” perli ayah aku.

“Ala Bah… biasalah tu.. mula-mula memanglah macam tu,” jawab aku pula. Tapi pada masa yang sama sebenarnya sedang memujuk diri sendiri.

“Nor mana?” tanya ayah aku lagi.

“Ada kat luar tu Bah… tengah duduk kat kerusi,” jawab aku lagi.

Lalu aku menuju ke dapur untuk membasuh barang-barang.

Lepas basuh barang, aku pun susun elok-elok bekas-bekas yang digunakan tadi di rak pinggan. Kemudian bercadang untuk menghantar tunang aku balik.

“Abah, pinjam motor,”  tanya aku takut-takut.

Ayah aku pandang ajer dengan jelingan semacam. Ces… terkena aku lagi.

Tiba-tiba ayah aku bersuara.

“Along, kau bawak Nor tu pergi niaga, mak bapak dia dah tahu ker? Kau pandai-pandai ajer heret dia pergi niaga… budak tu kan baru abis berlajar!”

Aduh! Terkelu lidah aku. Apa aku nak jawab nie…. Diam aje yang ku tahu….

Aku start motor dan terus blah….
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 11:31 AM | Show all posts
hehehe..... ada bakat menulis nie....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 11:49 AM | Show all posts
lagi... lagi... best cite nih. bukan senang nk meniaga nih. kena betol2 ready mental & fizikal. byk sgt cabaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.306447 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list