CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagarkampong

KampongGrill <----- Tak Semegah Mana Pong...!

  [Copy link]
 Author| Post time 14-4-2011 10:11 AM | Show all posts
jap jap nak tanya, hehe.. tak sempat baca lg panjang nyeewww... kampung grill ni restoran kan?
ctredzuan Post at 13-4-2011 23:45


Bukan Kampung Grill kak... tapi KampongGrill. ---> Kedai separuh yang berusaha nak hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2011 10:12 AM | Show all posts
mudah2an Allah murahkan rezeki org yg berusaha.......
Acong Post at 14-4-2011 01:33


makaceh boss... mudah-mudahan... sama-samalah kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2011 10:13 AM | Show all posts
Reply 54# bungazaleha


    nak sambung dah ni kak... jap ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2011 10:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:49

Hari Kedua.
Hari kedua lebih kurang sama ajer dengan semalamnya. Cuma di sini aku pendekkan ceritanya. Jualan tak lebih dari 40 bungkus. Seingat aku, selama aku berniaga nasi lemak ni, paling tinggi adalah 38 bungkus. Tak pernah lebih. Jadi kepada Mia_Sara, lokasi awak, jualan awak adalah lebih bagus daripada saya.

Sebulan selepas itu
            ---------------------Bahagian ni aku kena potong-------------------------------

Jadi aku pun fikir nak berniaga benda lain. Macam biasa, aku pun telefon tunang aku yang bagitahu hari ni tak yah berniaga dan suruh dia tunggu aku datang ambil dia sekejap lagi.

Hari tu aku ajak tunang aku pergi Mid Valley. Tak lain dan tak bukan, MPH lah sumber inspirasiku. Sampai sahaja, aku pun belek-belek buku-buku kat situ. Tapi kali ni aku selak buku omputeh. Boleh lah paham sikit-sikit. Terjumpa satu menu yang menarik. Seperti biasa aku duduk betul-betul kat penjuru, ngadap rak, bawa keluar handphone dan mula menaip. Sambil salin, sambil tu lah aku tengok kiri dan kanan. Risau jugak kalau-kalau ada staff MPH yang perasan. Aku kalau boleh tak mahu tengok jelingan-jelingan diorang macam hari tu.

Lepas salin cepat-cepat, aku tutup buku dan bangun. Aku pusing ajer belakang…

“Opocot mak kau! Kus semangat ,” terkejut aku tiba-tiba. Nasib baik tak melatah.

Tu diaaaa… Salah sorang staff MPH dari tadi memang dok perati kat aku. Muka serius ajer tapi macam nak tergelak pun ada.

“Nasib baik comel..” terdetik dalam hati aku. Sempat jugak aku senyum kat dia sambil letak buku kat situ dengan sopan-santun.

Sambil melangkah ke kanan, mata aku tetap memandang ke arah dia.

“Sorry….” pinta aku sambil tersengih. Ahh siut. Kantoi aku. Aku cari tunang aku untuk ajak dia balik sekali.

Rupa-rupanya dia memang sedang gelakkan aku. Cessss…! Baru aku sedar yang dia memang dah lama perasan pasal kehadiran staff tu di belakang aku.

Pengunjung yang ada kat situ pun ada yang sengihkan aku.

“Kuat sangat ker suara aku tadi,” pikir aku.

“Argh…lantaklah,” kata hati ku. Tapi memang malu.

Tanpa buang masa, aku angkat kaki dan terus gerak.



                                                ********************

Dalam kereta.

“Nor, kali ni kita jual benda lain nak tak? Saudagar ingat nak berniaga kepak ayam panggang lah. Benda ni belum ada orang buat kat Rawang” terang aku sambil mempengaruhi dia.

“Kepak ayam…, kepak ayam yang macam kat Wangsa Maju tu? Erm… okay jugak!” jawab tunang aku.

“Macam syokkk ajer…” jawab dia lagi sambil tersenyum.

Aku plak yang berkerut dahi.

“Dia ni tak membantah lah plak,” hati ku berkata.

“Err… tapi nanti mak ngan abah tak bising ker?” tanya tunang aku pula.

“Eh eh, ini kena tangkis ni” jawab hati aku lagi.

“Takder nya diaorang nak bising. Kita mana ada lagi nak pakai blender, dapur ngan periuk nasi… jadi dapur pun takde la haru macam selalu, haa… amacam?” terang aku sambil memujuk. Risau pulak kalau dia tiba-tiba ubah fikiran.

“Mmmm… Nor ok ajer. Tapi pandai ke nak buat semua benda tu?” tanya tunang aku lagi.

“Ala… benda tu boleh belajar. Takde masalah tu,” balas aku lagi dengan yakin.

“Okeh! Selamber….” jawab tunang aku tanda setuju.

Hehehe.. aku dah gembira dah.

“Oraits….!” Balas aku pula. Berjaya.

Balik dari situ, kami singgah ke pasar borong. Kali ni kami beli dapur pembakar satay, payung, arang, lidi satay, kipas satay, kepak ayam dan juga rempah-rempah. Habis duit simpanan kami hasil jualan nasi lemak.

Sampai ajer depan rumah, aku tengok mak aku sedang menyapu sampah.
Lepas bagi salam aku tanya mak aku.

“Mak, abah mana?”

“Abah ko ada kat bilik air, kenape?”  tanya mak aku pula.

“Takder paper mak… sajer tanya”.

Dalam hati. “Harap-harap ayah aku tak bising.”

“Nor! Emak ayah sihat?” tanya mak aku kepada tunang aku.

“Sihat makcik” jawab tunang aku.

“Nor, awak duduk sini ek. Borak-borak ngan mak,” usul aku sambil meninggalkan mereka berdua.

Tanpa membuang masa, aku pun buat lah penyediaan untuk bahan-bahan perap kepak ayam panggang.
Aku kisar lada hitam, aku kisar biji ketumbar, aku campur serbuk cili, aku campur halia, aku campur buah keras, aku campur daun rosemary dan last sekali aku campur air asam jawa. Kalau ikutkan dalam buku suruh campur air perahan lemon, tapi sengaja aku tukar guna air asam jawa. Selepas semuanya dah siap, aku pun perap kepak ayam tu selama 3 jam. Menurut bukulah katakan.Genap 3 jam, kami pun mula bertolak ke tempat jualan.

Dalam hati aku tertanya-tanya “mana abah ek? Mak cakap tadi ada dalam bilik air. Tapi tak perasan pun.”
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 10:48 AM | Show all posts
baca cam skrip pelem plak..kena panggil mamat khalid baca ni..heee..hee

saudagar, terus kan..masih setia membaca thread ni dan thread mia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:05 AM | Show all posts
saudagar
meh akak smbung...tetiba abah muncul dari blakang,aku pon apalagi..opocot..hehe....gurau je eh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2011 11:06 AM | Show all posts
cepat smbung..
potong stimla...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply 65# tehbunga

hahaha sedang sedang... sedang menaip lagi nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2011 11:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:50

Lokasi kali ini masih lagi sama. Tetap di sebelah pakcik pisang goreng.

“Assalammualaikum pakcik…. Cam mana jualan hari? Ada mashyuk tak,” tanya aku plak.

“Ceh! Baru berniaga sebulan ada hati nak tanya orang lain punya sales,” jawab aku sendiri dalam hati.

“Waalaikumsalam Dik… ! Cam biasa ajer… Eh! Apasal kau bawak dapur satay nie?” tanya pakcik tu pula. La ni dah tak guna ‘awak’ lagi dah, pasal dah sebulan kenal. Takder formal-formalnya.

“He he he… hari ni kami nak berniaga kepak ayam panggang pakcik, resepi terbaek punyer. Tak laratlah nak jual nasi lemak pakcik… tak laku,” jawab aku pula.

“Aii! Macam tu pulak. Lain kali, jangan buat macam tu. Kalau nak buat bisnes lain sekali pun, yang lama jangan ditinggalkan terus. Nasi lemak kena buat jugak, ha… pastu baru selitkan kepak ayam nie..” beritahu pakcik tu semula sambil nasihat.

“Pi ambik nasi lemak tu!” suruh pakcik tu lagi. Ada nada yang tegas di situ.

“Eh eh pakcik, hari ni saya tak masak nasi lemak lah pakcik… memang buat kepak ayam ajer,” jawab aku membalas soalan pakcik tu.

“Hmmm suka ati ko lah. Kau ni pandai ker nak panggang kepak ayam? Pakcik tengok kau ni macam tak boleh ajer” tanya lagi pakcik tu.

“He he he pakcik… jangan pandang orang sebelah mata. Ini Saudagar lah pakcik, orang lama.. takder masalah punyer,” terang aku sambil menepuk dada. Hehehe saje gurau.

Dalam gelak-gelak tu, tunang aku menyampuk “Weiii, cepatlah mula. Kang tak sempat bakar nanti…”

“Eh…yea tak yea juga. Alamak! Arang belum bakarlah…” jawab aku pula. Baru nak kelam-kabut.

Tanpa ragu-ragu, aku pun mulakanlah proses untuk menyiapkan dapur kepak ayam panggang aku tu. Dapur aku ni memang simple. Mula-mula aku letak bangku plastik kiri dan kanan. Lepas tu aku letak batu-bata di atas kedua-dua bangku plastik tu. Kemudian baru aku letak dapur pembakar satay. Tujuan aku letak batu-bata tu adalah supaya kedudukan dapur aku tu tinggi sedikit dan kepanasan dapur aku tu tidak mencairkan bangku plastik tu. Hehehe ini semua pasal nak jimat kos.

Aku pun mulalah membakar arang.

“Citkz..citkz..” bunyi lighter aku dipetik.

Apipun menyala dengan dua kali petik. Aku cucuhkan ke starter supaya mudah terbakar. 3-4 biji starter aku gunakan.

Api mula marak membakar arang. Pakcik kat sebelah senyum ajer memandang aku dari tadi.

“Pandai ko bakar, mana belajar?” tanya pakcik tu sambil tersenyum simpul.

“Belajar kat MPH pakcik, kat sana semua boleh belajar,” tambah aku lagi.

“Oh ye ker... kat mana tu?” tanya pakcik tu lagi.

“Kat Mid Valley, dekat area Seputeh,” jawab aku lagi.

“Murah tak belajar kat situ?” tanya pakcik tu buat kali ketiga.

Aku dah tersengih. Rupa-rupanyer pakcik tu tak paham apa yang aku maksudkan MPH tu.

“Murah ajer cik, free lagi. Itu kedai buku lah pakcik hihihi” ketawa aku sambil control.

“Oh yea ker! Pakcik ingatkan sekolah mana tadi. Nah! Ambik kau….!” Jerkah pakcik tu sambil membaling sedikit kerak pisang goreng kepada aku. Melekat-lekat kat apron dan leher aku.

“Aduh…! Panas tu pakcik… ger ger ger” jawab aku sambil ketawa.

“Weiii cepatlah wei….” Jawab tunang aku malas nak layan.

Dipendekkan cerita. Semua persediaan untuk berniaga pun dah siap. Kali ni aku pasang kertas kad bod besar-besar dan tulis

“KEPAK AYAM PANGGANG BBQ”
HARGA RM1.50

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:32 AM | Show all posts
“Citkz..citkz..” bunyi lighter aku dipetik.
saudagarkampong Post at 14-4-2011 11:14


ada sound effect lagiiiii......... sila teruskannnn... cepattttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:35 PM | Show all posts
fuhh.. kalau yusry KRU dapat skrip ni.. macam2 3G dibuatnya..

mmm.. akak dah jadi peminat setia ni..

p.s. pun baru balik Buku POPULAR - WangsaWalk - konon nak cari buku camane nak save tax tapi atas tu nampak pulak Buku Robert tayasaki......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2011 01:13 PM | Show all posts
time kasih semua... sama-sama berkongsi..
nanti saya sambung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 02:50 PM | Show all posts
jap jap nak tanya, hehe.. tak sempat baca lg panjang nyeewww... kampung grill ni restoran kan?
ctredzuan Post at 13-4-2011 11:45 PM



    restoran kampung grill pok nik dh cat kaler oren skarang
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 04:14 PM | Show all posts
Huhuhuhu...

Saya pun dah melekat kat benang ni nampaknyer....
Cepat skit yer TT, tak sabar nak dengar cite....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 06:04 PM | Show all posts
bestnya..btw tt ni citer lama ke current? skrg ni awak dah berjya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 08:54 PM | Show all posts
Keep on writing bro. Your style of writing ada adventurous feel. Feels alive membacanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 10:52 PM | Show all posts
makaceh boss... mudah-mudahan... sama-samalah kita
saudagarkampong Post at 14-4-2011 10:12
sama2 lah kita berusaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 10:54 PM | Show all posts
acong
skrg ko makan gaji ke koje sndiri? hehe....

saudagar
cecepat cecite,nti page dah kebelaka ...
bungazaleha Post at 14-4-2011 08:43
aku buat dua2 skali.....


pastu minat/gigih invest dlm property......... setiap org perlukan minima 3 property utk financial freedom.....!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:00 PM | Show all posts
nie resepi masakan... pasnie tak perlu laa gi salin kat MPH......

http://iresepi.blogspot.com/#axzz1JVfXzsn7
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:00 PM | Show all posts
Keep on writing bro. Your style of writing ada adventurous feel. Feels alive membacanya.
burnrx Post at 14-4-2011 20:54
betul tu...... ada bakat jadik writer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.070477 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list