Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
32170
View
303
Reply

KampongGrill <----- Tak Semegah Mana Pong...!

  [Copy link]

Author: saudagarkampong       Show all posts   Read mode

Post time 15-4-2011 03:57 PM | Show all posts
saya rasa awak memang ada "magical touch".. menulis pun dah ramai pengikut..

saya dah jadi pengikut setia thread awak ni.. tiap2 mlm bfor off laptop dan pagi2 on computer mesti check citer terbaru.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:04 PM | Show all posts
Reply 101# hazel23
sama la...saya juga...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:12 PM | Show all posts
Saya follow 2 thread, Mia & Saudagar
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:25 PM | Show all posts
Reply 103# tehbunga
betul..betul..saya pun sama..follow mia n saudagar punya story ...hari2 wajib buka tengok citer terkini...x sabor nk baca lagi n lagi kan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:45 PM | Show all posts
dah abis ker citernya
lama noo iklan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 06:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by Sijagungmanis at 15-4-2011 18:06

jagung pn sr je ni..teruskan saudagar. setuju dgn kwn2 semua,
awk bole tulis novel tau,buat buku, ade bakat yg sama mcm mia..
yg x tahan tu siap ade side effect,mia pn xde tau..hehehe...
ni mesti budak sastera mase skolah dulu kn?if yes,samele kite, kna kaji novel2 tebal kemain!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 02:26 AM | Show all posts
Dua minggu berikutnya.
Syukur Alhamdulillah. Bisnes aku kali ini makin ramai peminatnya. Dapat tari ...
saudagarkampong Post at 15-4-2011 15:41
dlm kantonis, kepak ayam = kai yik










lebih mudah --> chicken wing.......!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 02:30 AM | Show all posts
restoran kampung grill pok nik dh cat kaler oren skarang
TanSriJess Post at 14-4-2011 14:50



   jappp.. rest kampung grill hok poknik mana? poknik petronas ko?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 02:31 AM | Show all posts
Bukan Kampung Grill kak... tapi KampongGrill. ---> Kedai separuh yang berusaha nak hidup:l ...
saudagarkampong Post at 14-4-2011 10:11



   
   kedai apa ya, x berapa faham
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 10:08 AM | Show all posts
mmm... mana sambunganya.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 10:27 AM | Show all posts
best...lagi ramai yg buat journal camnie--->lg  byk benda berfaedah yg syok nak di baca  time masa lapang
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 12:02 PM | Show all posts
KampongGrill <----- Dah 7 tahun berusahasaudagarkampong Post at 11-4-2011 21:45


tajuk ada tukar kaaa...


tapi jangan laa bagi kitorang tunggu 7 tahun citer baru habis....... sambung  cepatttttttttttttt  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-4-2011 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:56

"Bosan!

Setiap hari mengadap benda yang sama. Dah berbulan-bulan macam ni. Traffic light ni pun satu. Menyala hijau tu lama-lama lah sikit.

Hisshh!

Ini semua gara-gara potong Q lah nie. Jalan ni pun. Dari dua lorong jadi satu. Ada ke patut. Apa ADUN tak lalu jalan sini ker. Elok-elok jalan lancar tadi terus lambat. Orang lain pun nak cepat jugak.

Adoiiiii!"

Dah lah sales bulan ni slow, tak bagus macam selalu. Bos pun satu, takkanlah aku nak paksa semua orang buat pinjaman. Dah puas ke hulu ke hilir aku cari pelanggan. Tapi dah takde orang nak mohon, nak buat camner. Masa sales aku bagus, macam-macam kau puji aku. Tapi bila sales aku teruk, macam-macam kau tuduh aku. Curi tulang lah, malas lah, tak bersungguh-sungguhlah, mengular lah, cisssss...menyirap aku

Aaaah!

Dunia-dunia. Sampai bila aku nak jadi macam ni. Mengadap jem setiap pagi setiap petang. Dulu masa belajar syok ajer... pagi pergi kelas, petang dah boleh main bola sepak, Maghrib boleh lepak-lepak kat masjid. Malam boleh tengok tv. Pergh... memang enjoy.

"Pinnnnn-pinnnnnnnnn........ "

Tut-tutttttttt Tut-tutttttttt  

Ah! terkejut aku.

Bunyi handphone.

Bermimpi rupanya aku kata hatiku.

Pukul berapa dah ni yea tanya hatiku lagi. Terjaga dari tidur.

Tut-tutttttttt Tut-tuttttttttt Tut-tut!

Bunyi handphone diangkat.

Malas aku nak biarkan ianya memekak.

Hello! tanya aku dengan perlahan.

Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Saudagar bin Dagar? tanya suara di sebelah gagang sana.

Iyea saya bercakap, jawab aku lagi dengan perlahan. Jarang ada orang telepon aku pagi-pagi macam ni.

Okay Encik Saudagar. Saya Azlina, saya membuat panggilan dari Maybank Bangsar yea. Saya hendak buat pengesahan i/c yea encik.

Okay, jawab aku lagi mengizinkan.

Okay  I/C encik 7*****-01-63** ke? tanya Cik Azlina lagi inginkan pengesahan.

Yea Cik Azlina sayalah tu, balas aku lagi. Jawab endah tak endah.

Tapi kali ini aku dah jelas apa tujuannya menelefon aku.

Begini yea Encik Saudagar Encik Saudagar telah tidak menjelaskan bayaran baki pinjaman kad kredit selama dua bulan yea boleh saya tahu bila encik hendak membuat bayaran? tanya Cik Azlina.

Mmm cammana ek? tertanya-tanya aku dalam hati.

Aku tutup sekejap mic handphone tu dengan genggaman tangan kiri kemudian aku berdehem dua tiga kali.

Ehem..ehem! bunyi aku.

Kemudian aku sambung kembali.

Oh minta maaf banyak-banyak. Siapa tadi? Cik Azlina yea balas aku bertenaga. Seolah-olah tengah deal projek besar.

Diam seketika. Aku tarik nafas panjang-panjang.

Begini Cik Azlina, saya sekarang ni tengah out station, jadi saya tak tahu bila bilnya sampai. Err... boleh Cik Azlina bagi saya tempoh sampai Selasa ni tak? Saya hari Isnin ni baru balik, jawab aku pula cuba berlakon.

Dalam pada itu aku berharap lakonan aku berjaya.

Ooo encik Saundagar sedang out station yea, kat mana tu encik? tanya Cik Azlina lagi nak tahu lebih lanjut.

Err sekarang saya ada kat Penang, ada meeting di sini, Menara Komtar. Err awak boleh cepat tak, saya dah tak tahan nak pergi toilet la ni jawab aku lagi meneruskan lakonan.

Harap-harap dia percaya. Tangan kiri aku dah meramas-ramas rambut belakang kepala.

Okay okay, beginilah Encik Saudagar, saya pun tak mahu ganggu, jadi hari Selasa ni saya akan telefon encik semula, harap encik buat pembayaran yea. beritahu Cik Azlina lagi.

Okeh-okeh apa-apahal nanti awak ingatkan saya ek tut! handphone kumatikan segera.

Fuh Lega aku.

Aduh cammana ni, keluh aku.

Tertunduk aku sekejap. Aku dah mula rasa tertekan. Ku urut-urut dahi aku yang yang tak pening ni.

Eh adik aku terkejut aku dalam hati.

Rupa-rupanya dia memang dah lama memerhatikan aku dari tadi. Di tangannya ada sepucuk surat.

Dia datang ke arahku.

Nah Along, ada surat, hulur adik perempuanku.

Aku menyambutnya.

Ahhh ada tiga pucuk surat. Surat apa pulak ni? tanya aku lagi dalam hati.

Mana dapat surat ni Jah, tanya aku kepada adik bongsuku.

Tak tahu mak. Dia yang suruh bagi, jawab adik aku.

Ohh.. jawab aku perlahan. Adik aku memalingkan diri, lalu turun ke tingkat bawah.

Sebelum aku buka surat tu, aku perhatikan dulu telefon aku.

Tit tit tit tit tit tit tit, bunyi aku menekan keypad handphone aku. Aku pun save contact number tadi.

Tertera di skrin.

MAYBANK, jangan angkat
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 01:13 PM | Show all posts
best
banyak nya iklan...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-4-2011 01:16 PM | Show all posts
sorry guys! Dah sambung....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-4-2011 01:35 PM | Show all posts
Isnin sambung balik.... hehehe esok cuti... aktiviti ziarah... baru bisnes masyhuk...!!!
Oh yea.... Bod Usahawan ni makin panas nampaknyer... biar setel kat alam maya nie aje la yea...
i gtg
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 03:03 PM | Show all posts
Pencerita yang bagus... agak2 bila habis nii...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 03:45 PM | Show all posts
ana SR kat sini...teruskan update ye saudagar
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-4-2011 01:53 AM | Show all posts
Sorry guys! Bukan nak bercerita. Ingatkan nak cuti 1 hari. Tapi tak dapat. Bod usahawan ni macam magnet lah... asyik memanggil ajer. Hehehe suker giler! Gua nak survey benang-benang yang lain
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-4-2011 02:23 AM | Show all posts

APAKAH TUJUAN TUAN HAMBA SEMUA BERNIAGA?

Post Last Edit by saudagarkampong at 17-4-2011 02:25

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua usahawan-usahawan dan juga
bakal-bakal usahawan. Patik nak bertanya satu soalan umum.

APAKAH TUJUAN TUAN HAMBA SEMUA BERNIAGA?

Harap Diampun,
Sekiranya Repost.
Kasi Delete Ajer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.101139s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list