CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98819|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Jom Durian' Festival OHMYDIN! sedia 4 tan durian

[Copy link]
Post time 7-9-2024 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-9-2024 05:36 PM

'Jom Durian' Festival OHMYDIN! sedia 4 tan durian

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

07 September 2024 02:59pm




Soon Hin (empat dari kiri) ketika program 'Jom Durian' yang dianjurkan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN).




BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 4 tan durian dari Balik Pulau dan Raub, Pahang disediakan dalam program 'Jom Durian' yang dianjurkan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) dengan kerjasama Agro Best Services, Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia dan MAE by Maybank2u (Sama-Sama Lokal).

Pengarah Eksekutif MYDIN Wilayah Utara, Azmin Saduruddin berkata, program tersebut dianjurkan sempena kempen Festival OHMYDIN! yang dilancarkan pada 24 Ogos lalu.



Menurutnya, kempen tersebut bertujuan menawarkan penjimatan, peraduan dan aktiviti menarik sempena Sambutan Ulang Tahun MYDIN yang ke-67.

]
Orang ramai untuk menikmati sedulang durian dengan harga serendah RM100 bagi empat kilogram isi durian.




"Sebanyak dua lokasi terlibat bagi program 'Jom Durian' iaitu MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang diadakan pada 7 September dan MYDIN Pelangi Indah, Johor pada 5 Oktober nanti.


"Program ini bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati sedulang durian dengan harga serendah RM100 bagi empat kilogram (kg) isi durian," katanya ketika ditemui program 'Jom Durian' di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, di sini pada Sabtu.

Program tersebut disempurnakan Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin.


Turut hadir, Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol dan Presiden Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia, Teoh Teik Hoong.





]
Soon Hin dan Azmin (empat dari kanan) cuba membuka durian menggunakan alat khas dalam program 'Jom Durian' di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, pada Sabtu.




Tambah Azmin, sebanyak RM8,000 hasil kutipan dana program tersebut akan disumbangkan kepada Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia.

"Kami mahu penjimatan ditawarkan kepada orang ramai dan semua golongan dapat menikmati durian berkualiti antaranya Musang King, D24, XO, Udang Merah dan D101 pada harga mampu milik.

"Kita sedia maklum kebiasaannya peniaga membuat bufet bagi individu dengan harga lebih RM50 bagi setiap orang, tetapi MYDIN tawarkan sedulang durian pada harga bermula RM100 hingga RM160 yang boleh dinikmati seisi keluarga," ujar beliau lagi.

Kata Azmin, sepanjang kempen ini berlangsung sehingga 11 November ini, MYDIN menawarkan pelbagai penjimatan, peraduan dan promosi bernilai keseluruhan RM6.7 juta.

"Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Festival OHMYDIN! yang sedang berlangsung," ujarnya.

]
Soon Hin (empat dari kiri) dan Azmin (lima dari kiri) menikmati durian Musang King ketika program 'Jom Durian'.




Sementara itu, Soon Hin berkata, usaha MYDIN dalam mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) perlu dijadikan contoh kepada syarikat swasta lain untuk mempromosi durian sebagai salah satu produk pelancongan.

"MYDIN yang kekal berdiri teguh bukan sahaja sebagai pusat tumpuan berbelanja malah turut menjadi entiti korporat tempatan yang banyak menyumbang kepada masyarakat, tidak kira tawaran promosi atau program tanggungjawab sosial.

"Saya amat mengal-alukan penglibatan syarikat swasta dalam menjalankan program-program seumpama ini bagi mempromosi durian sebagai salah satu produk pelancongan," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/684397/edisi/utara/jom-durian-festival-ohmydin-sedia-4-tan-durian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034409 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list