CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52699|Reply: 0

[Johor] Sindiket pengemis OKU warga China raih sehingga RM12,000 sebulan

[Copy link]
Post time 8-9-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode


Serbuan dilakukan ke sebuah apartmen yang menjadi markas operasi sindiket pengemis OKU didalangi warga China. - Foto ihsan Imigresen

JOHOR BAHRU: Menggunakan tiga rakan senegara berstatus orang kurang upaya (OKU) untuk meraih simpati, enam anggota sindiket pengemis jalanan membabitkan warga China mampu meraih pendapatan bulanan antara RM2,400 hingga RM12,000 setiap seorang.

  Kegiatan terbongkar susulan Ops Serkap dijalankan Jabatan Imigresen negeri kira-kira jam 4.20 petang Khamis lalu, hasil maklumat awam dan intipan serta risikan selama dua bulan.

  Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata sindiket terbabit menjadikan sebuah apartmen di bandar raya ini sebagai lokasi pertemuan, selain pusat untuk menyerahkan hasil kutipan mengemis.

  Siasatan mendapati, sindiket didalangi dua wanita warga China yang menggunakan beberapa lelaki yang juga rakan senegara berstatus OKU termasuk kudung kaki dan sebelah tangan untuk meraih simpati melalui mengemis.

"Selain pendapatan bulanan RM2,400 hingga RM12,000 seorang, semua pengemis OKU dipercayai turut menerima imbuhan RM1,000 hingga RM1,200 sebulan.



Salah seorang OKU warga China yang digunakan sebagai pengemis oleh sindiket. - Foto ihsan Imigresen

  "Hasil serbuan dilakukan, kita menahan enam anggota sindiket termasuk dua wanita selaku dalang kegiatan berusia antara 51 tahun hingga 63 tahun. Pasukan operasi turut merampas wang tunai RM4,682.00 dan beberapa keping mata wang asing," katanya.

  Mohd Rusdi berkata, semua asing yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit sah, selain Seksyen 55E akta sama kerana membenarkan imigran haram masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56(1A)(c) kerana bersubahat.

  "Kami juga menggesa orang ramai tampil menyalurkan maklumat mengenai PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.193219 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list