CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18819|Reply: 13

Ramai bantu bagi sumbangan, ayah pelajar cemerlang sedang cari rumah sewa baru

[Copy link]
Post time 10-9-2024 07:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Glass_shoes at 10-9-2024 07:42 AM


Dharma Harun meluahkan rasa syukur apabila banyak pihak yang sudi membantu dirinya ketika sedang ditimpa kesusahan.

Dharma atau Dharma Harun Al Rashid, 67, berkata dia menyerahkan segala urusan kepada Allah S.W.T kerana segala kejadian di dunia ini adalah ketentuan dari-NYA.

“Saya hanya berserah pada Allah sebab segala-galanya, Dia yang tentukan.

“Saya pun terkejut ramai yang datang dan beri sumbangan kepada saya, sehinggakan saya mampu untuk bayar semua hutang saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada masa yang sama, dia juga menjelaskan bahawa anak-anaknya telah banyak membantu dirinya sejak mereka selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kedua-dua anak saya, mereka telah bantu saya dari mereka habis SPM, jadi di mana mereka tidak membantu,” ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelajar cemerlang tak apply UPU ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 08:49 AM | Show all posts
Semoga dipermudah segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mbahahahahahah tajukkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 01:20 PM | Show all posts
2 - 3 detik lps baca tajuk baru dpt tangkap sape okg

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya nak cari rumah yg lg murah la kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2024 01:55 PM | Show all posts
ingt kan sapa la pelajar cemerlang tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dah habis sekolah aug lepas, sekarang keje apa?  tak de update pulak anak laki dia tu buat pe sekarang nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
smeetasmitten replied at 10-9-2024 07:42 AM
Pelajar cemerlang tak apply UPU ke?

Umo dh lanjut 30an cuols oiii, xdpt lg nak apply upu. Tu pun deyols tgh study. Tt nganjeng deyols sbenarnya tu yg sebut pljr cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan hari tu ckp tak nak terima dah ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak nya br lepas ambik slip exam hr tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
myvi132806 replied at 11-9-2024 05:27 PM
Anak nya br lepas ambik slip exam hr tu

Kalau betul mmg cemerlang biasanya xyah tgu dpt final slip dari u dah boleh apply & dpt kerja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts

KUALA LUMPUR: “Kalau saya ceritakan, memang mahu menitis air mata.”

Demikian luahan pelakon popular era 80-an, Dharma Harun Al Rashid terhadap pencapaian anaknya, Muhammad Al Syafiq yang meraih keputusan cemerlang pada peperiksaan semester akhir Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Dharma atau nama sebenarnya, Mohamad Azman Harun Arashid berkata, dia amat bersyukur dan gembira kerana anak-anaknya tidak mensia-siakan peluang melanjutkan pelajaran ke akademi itu.

“Saya tidak sangka, anak-anak saya seperti ini (bijak). Anak perempuan saya yang juga pelajar peringkat sarjana muda di Aswara juga hampir mencatatkan keputusan cemerlang. Anak lelaki saya pula merancang untuk sambung pelajarannya ke peringkat sarjana muda.

“Saya biasa-biasa sahaja. Sijil Pelajaran Malaysia pun tidaklah berapa pandai sangat. Tapi saya pelik dengan mereka (anak). Mereka bukan pelajar sekolah, tetapi universiti.

“Anak-anak saya cukup jaga (pelajaran), sampaikan mereka diangkat menjadi ikon Aswara.

“Pada saya, anak aku, apalah sangat. Awalnya, saya langsung tak percaya. Tapi bila tengok sendiri persembahan (teater) yang mereka pentaskan, saya kata, betul kah ini?” Katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran filem Sheriff di ibu negara, semalam.

Syafiq, mencatatkan keputusan cemerlang, dengan memperoleh 6 A bagi semua mata pelajaran yang didudukinya pada sesi tiga, Pengajian Asasi Seni Kreatif, Aswara.

Sementara itu, Dharma yang juga pelakon filem Adik Manja, memaklumkan kesediaannya untuk memberikan ruang dan peluang kepada anak-anaknya meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Memang saya bangga. Tetapi, peninglah juga memikirkan banyak perkara, ditambah lagi dengan keadaan (kehidupan).

“Kalau ikutkan, saya mahu anak-anak saya buat semua (uruskan syarikat produksi). Tetapi, memandangkan mereka bercadang sambung pelajaran, sayalah yang kena teruskan dulu,” kongsinya.

Dalam pada itu, Dharma juga memaklumkan tidak pernah memaksa, malah memberi kebebasan buat anak-anaknya untuk memilih bidang kerjaya mereka di masa akan datang.

“Mereka yang pilih sendiri. Yang seorang mahu jadi penulis skrip, seorang lagi mahu mengarah.

“Memanglah saya penulis skrip dan pengarah Adik Manja (The Return). Tapi bidang seni, mereka yang pilih sendiri,” jelasnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai_kiu replied at 11-9-2024 05:33 PM
Kalau betul mmg cemerlang biasanya xyah tgu dpt final slip dari u dah boleh apply & dpt kerja

Betul.
Xperlu slip exam.
Just pergi iv,, paling2 pun company nk tgk transkrip dan klu ada surat sokongan dr fakulti berkenaan surat pengesahan tamat belajar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047463 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list