CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 31058|Reply: 47

Bella Astillah Selesa Guna Panggilan “Kau” “Aku” Dengan Rakan Pelakon, Elak Cinta Lokasi di Set Penggambaran

[Copy link]
Post time 12-9-2024 09:41 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Bella Astillah, yang terkenal dengan sikap profesional dan integriti dalam dunia seni, menekankan kepentingan menjaga batasan ketika menjalani penggambaran untuk mengelakkan fitnah serta terjebak dengan cinta lokasi.


Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, percaya bahawa disiplin dan rasa hormat antara pelakon adalah kunci untuk mengekalkan kerjaya yang sihat dan bersih dari sebarang kontroversi.


Bella menjelaskan bahawa dia mengamalkan beberapa langkah penting untuk memastikan tiada ruang bagi salah faham atau fitnah dalam hubungan profesionalnya dengan pelakon lelaki yang digandingkan bersamanya.


“Sebagai permulaan, saya tidak akan menggunakan panggilan mesra dengan aktor yang digandingkan dengan saya. Kami berhubung hanya untuk perkara berkaitan kerja sahaja,” kata Bella


Bella juga menambah, semasa di set penggambaran, dia lebih selesa menggunakan panggilan formal seperti ‘kau’ dan ‘aku’ dengan rakan pelakon untuk mengelakkan sebarang perasaan yang tidak diingini daripada timbul.


“Alhamdulillah, setakat ini, kami tak ada apa-apa masalah sebab saya sudah kenal Ezaidi lama. Kami saling menghormati. Perasaan hormat paling penting bila kita berlakon bersama. Di set, kami kena ada batas terutama antara wanita dan lelaki,” jelas Bella.


Dia turut memuji rakan-rakannya seperti Ezaidi dan Shahidan yang hanya bergurau sesama sendiri dan tidak melibatkan pelakon wanita lain, satu pendekatan yang Bella lihat sebagai contoh yang baik.


“Memandangkan saya dan Ezaidi banyak babak bersama dan luangkan masa lama, lebih baik kami mulakan dengan panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ sahaja sebab bila makin lama jalani penggambaran bersama, ia akan ada ‘bonding’.


“Macam mana kita nak elak supaya tidak timbul perasaan, mulakan dengan panggilan dan apa sahaja keperluan, biar di tempat kerja sahaja,” katanya.


Apabila ditanya sama ada dia bimbang akan jatuh cinta dengan pasangan gandingannya, Bella dengan yakin menolak kemungkinan tersebut, menyatakan bahawa hubungan di set hanyalah bersifat profesional dan dia sudah menganggap aktor-aktor itu seperti keluarganya sendiri.


“Saya memang takut jika perasaan ‘bonding’ itu melarat-larat sebab kita manusia biasa. Selagi boleh kawal, kita kawal. Nak kata jatuh cinta, mustahil sebab kami sudah seperti keluarga,” tegasnya.





Bella juga mendedahkan bahawa ketika ‘wrap party’ atau majlis penutup penggambaran, mereka biasanya keluar bersama-sama, tetapi hanya dalam kumpulan besar, memastikan tiada sebarang situasi yang boleh menimbulkan salah faham.




Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Glass_shoes at 12-9-2024 09:51 PM

Habis Muaz tu mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecuali muaz.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:10 PM | Show all posts
@AWEKSAMURAI @tidak_kelihatan @amarakasih Baby boo sardin & Ya Awloh culiklah saya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 12-9-2024 11:10 PM
@AWEKSAMURAI @tidak_kelihatan @amarakasih Baby boo sardin & Ya Awloh culiklah saya

Aik aritu keluaq kata bella jaga aurat ..jaga tingkah laku katanya xnk bergesel dgn memana jantan nk jd solehah ..dlm mimpi ke hape haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2024 12:14 AM | Show all posts
Ye lah tu, ko dah penah berskandel cinta lokasi dgn muez masa masih jadi bini org skrg ni ko dgn tak malunya bagitahu langkah2 yg ko ambil utk elak cinta lokasi? Phuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 12:14 AM | Show all posts
Kdg2 diam tu lebih baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 12:15 AM | Show all posts
Cara ckp mcm tak pernah terlibat dgn cinta lokasi, padahal dah berskandel time jadi bini org lagii phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu cite tahun 2022. Berlakon jd wife zamarul hisham. Kadang2 rasa ok dia berlakon. Kadang2 rasa tak best. Tapi mcm sesuailah dgn watak yg lembab dan bodoh2 alang. Dapat suami baran, curang dan abusive.



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rela tengok tekya berlakon dari dia ni. Kayu satu hal, control cantik pula. Masalahnya cantik ke

Iols rengsa bethol. Baik iols tengok upin ipin dari lakonan dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarang tengok cerita dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 07:32 AM | Show all posts
Abistu yg gambo red riding hood bagai tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kau kt set. Dlm phone lain la pulak. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar boleh, percaya jangan

Tak de pulak ostad, ostajah, pu or daiei ulas pasal wanita dlm iddah gi buat Umrah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Psal apa nak kene amik gambar macam tu.... Tang dgn lelaki je cakap dah biasaaaa... Dh mcm keluargaaaaaa.... Tp masa kau bermasalah.. Sorang pun xde yg mcm keluargaaa... Seme yg nak ngambik kesemoatan je yg ada.. Keluarga pun x ngaku keluarga... M
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
i tak teringin tengok dia belakon...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 03:59 PM | Show all posts
lembam
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat ig & fb cubalah komen mcm acik2 forum cari kat sini nnti habis kena bambu dgn penyapu oleh acik2 gundu ig & fb
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ira_229 replied at 13-9-2024 04:27 PM
Kat ig & fb cubalah komen mcm acik2 forum cari kat sini nnti habis kena bambu dgn penyapu oleh acik2 ...

siap emoji marah dkat fb ahahhhaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051489 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list