CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91528|Reply: 2

[Pulau Pinang] 'Azab' 10 jam sebelum tiba di Penang dari Selangor

[Copy link]
Post time 14-9-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode
'Azab' 10 jam sebelum tiba di Penang dari Selangor


Nur Izzati Mohamad[email protected]







PENGGUNA media sosial memuatnaik beberapa gambar memaparkan kesesakan luar biasa yang berlaku di PLUS menghala Utara pada ketika ini. FOTO Media Sosial




Butterworth: Peningkatan jumlah kenderaan dari luar berbanding kebiasaan menjadikan aliran trafik menghala utara terutama di Pulau Pinang dilaporkan sesak teruk ketika ini.

Berdasarkan beberapa perkongsian di media sosial, kesesakan itu berlaku berkemungkinan disebabkan orang ramai mengambil kesempatan bercuti di negeri ini sempena sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul termasuk cuti sekolah.

Pekerja swasta yang mahu dikenali sebagai Sasha, 34, berkata dia yang ingin pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang dari Selangor terpaksa menempuh kesesakan sejak 11 malam tadi.

"Saya dan suami memilih untuk bertolak malam kerana selalu tidak sesak, tetapi sangkaan meleset apabila kenderaan terlalu banyak dan ada beberapa laluan ditutup kerana penyelenggaraan jalan.

"Bayangkan kami bertolak sekitar 11 malam (semalam) dan tiba di rumah ibu bapa saya hampir 9 pagi tadi, ini pertama kali saya tempuh kesesakan luar biasa seperti ini.

"Kebetulan cuti sekolah termasuk cuti Hari Malaysia dan Maulidur Rasul maka peluang ini diambil untuk membawa keluarga bercuti dan menghadiri pelbagai majlis," katanya.

Terdahulu, tular insiden kesesakan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang apabila kenderaan dilaporkan beratur hampir dua jam untuk memasuki bahagian pulau.

Sementara itu, pengguna media sosial meluahkan rasa lega mengambil keputusan pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS).

"Pada mulanya fikir nak memandu, tetapi sebab cuti ini sekejap sahaja, jadi saya tempah tiket ETS sejak dua bulan lalu. Maka tak perlu tempuh kesesakan dan sampai tepat pada masanya," katanya.



Disiarkan pada: September 14, 2024 @ 4:08pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1133878/azab-10-jam-sebelum-tiba-di-penang-dari-selangor





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik pagi ke siang ke malam ke tetap la jem teruk gini
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Erghh apa yg syok Penang.. p la langkawee nuhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063139 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list