View: 88811|Reply: 13
|
Berita Rujuk Semula Di Musim Ramai Bercerai - Dato' Nora rujuk semula dengan Dr Rushdi
[Copy link]
|
|
Nora rujuk semula dengan Dr Rushdi
Oleh Farihad Shalla Mahnud - September 14, 2024 @ 5:59pm
[email protected]
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi berita gembira itu kepada BH Online, sebentar tadi.
Menerusi mesej itu, Nora meluahkan rasa syukur kerana kemelut yang melanda rumah tangga sudah berakhir.
Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses rujuk termasuk tarikh.
"Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.
"Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah," katanya yang kini berada di Kemboja.
Sementara itu, Nora turut meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik dan menjadikan iktibar atas apa yang berlaku.
"Semoga perkara yang sama tidak berulang," ungkap penyanyi Renungan Terakhir ini.
Sebelum ini, ketika majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BsyncLive Hall, baru-baru ini, pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin itu menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan rujuk semula dengan bekas suami.
Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.
Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik Allahyarham Johan.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nenek ni dah kenapa ek?? Kerang tu merenyam sangat ke? Bawak2 join acik2 pencen ke masjid.. bawak anak yang bercium tu sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan apa mcm tu...main2 cerai mudah je... |
|
|
|
|
|
|
|
kan dia ni kenapa ek. yishhh. dalam dia meroyan cakap kat media 1-2 minggu ni rupanya dah rujuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 tiri sila jalankan tugas anda. Mummy rilek2 je tersenyum sinis.
|
|
|
|
|
|
|
|
cowi bini dr
cete u xhot
salah timeline
semua tgh sibuk kes ff ni
hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah nek
jgn pas ni meroyan bagai nak rak
buang je la hp kau tu nek |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg tak kena pompuan ni...bingai jugak dr rushdi ni nak pulak rujuk balik..
kesian ustzh Rose ada jgk yg mencerca cerai sbb Ustzh Rose yg suruh..
dr Rushdi ko tanggung lah dosa bini sengal ko ni melalak dlm konsert bln Dis ni.
tak paham aku
|
|
|
|
|
|
|
|
Lahai nenek ni suka nk interprem time2 gini
Zaman nenek udah lama berlalu lahhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Harapnya lepas ni takde dah adegan kau dipaksa ku terpaksa. |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek Nora ni.prasan hot ke eh... berita nikah cerai u takde org minat nak tau... |
|
|
|
|
|
|
|
rujuk terus honeymoon dekat kemboja ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-9-2024 07:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dah rujuk..tp bila nak buat konsert ckp rindu johan. Laki x kecik ati ke nek? |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa arwah johan je yg blh handle she ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|