CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86696|Reply: 3

[Politik] Wan Fayshal disaman Rafizi

[Copy link]
Post time 15-9-2024 03:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-9-2024 09:49 AM

Kuala Lumpur: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengarahkan pasukan guamannya untuk memulakan proses saman terhadap Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tindakan itu diambil kerana Wan Ahmad Fayhsal membuat fitnah terbuka terhadapnya dengan mendakwa bahawa beliau menyeleweng duit Kementerian Ekonomi dan membayar kepada laskar siber.

"Saya tidak pernah saman sesiapa tetapi fitnah YB Machang ni adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah," katanya menerusi hantaran di laman X.

Menerusi hantaran lain, Rafizi memaklumkan, beliau mengarahkan Setiausaha Akhbarnya iaitu Mohamed Farhan Akmal Mohd Iqbal membuat laporan polis terhadap pempengaruh media sosial mesra PAS yang menggunakan akaun @RichardPower_ atas dakwaan melontarkan tuduhan palsu.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu menafikan kenyataan pempengaruh berkenaan dan berkata, beliau tidak pernah membayar mana-mana individu seperti yang didakwa.


"Richard ini diberitakan seorang yang rapat dengan pimpinan PAS dan berselindung di belakang akaun palsu media sosial. Sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil untuk menghalang fitnah-fitnah begini," katanya.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2024 08:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Go go Rafizi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat jargon masyak... X de keje Cr keje..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.392635 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list