CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25424|Reply: 9

[Politik] PN tolak peruntukan Kerajaan

[Copy link]
Post time 17-9-2024 03:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-9-2024 08:16 AM




KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan penuh draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang ditolak ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, semalam.

Menurut Fadillah, beliau bertindak mendedahkan butiran kandungan draf MoU itu memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media.

Justeru, beliau berharap tindakannya itu membuktikan ketelusan Kerajaan MADANI dan mahu mewujudkan suasana aman dan harmoni supaya semua Ahli Parlimen lebih fokus kepada usaha pemulihan ekonomi, selain dapat memainkan peranan konstruktif sebagai semak dan imbang.

Tegas beliau, ini penting supaya semua pihak dapat menumpukan sepenuh tenaga dalam memulihkan ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, demi kesejahteraan semua dan kemakmuran Malaysia.

"Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Berhubung ketelusan dan tiada kerahsiaan, memorandum berkenaan tidak tertakluk kepada mana-mana klausa kerahsiaan.

"Bagi pemakaian undang-undang, MoU ini hendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia manakala aspek pembatalan memorandum pula ia secara automatiknya akan terbatal dan pihak yang lagi satu tidak mempunyai sebarang obligasi lanjut yang perlu dilaksanakan menurut MoU ini. Ini melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang," katanya.

Kelmarin, PN mengesahkan ketetapan sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Hamzah berkata keputusan menolak dua draf cadangan MoU yang membabitkan antara kerajaan dengan parti PN dan antara kerajaan dengan semua Ahli Parlimen PN itu dibuat atas empat sebab fundamental.

Beliau mendakwa, cadangan MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama, selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Awal bulan ini, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan, terdapat tujuh syarat yang didakwa dikenakan Kerajaan Perpaduan yang perlu dipenuhi Ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan seperti dituntut.

Antara yang menjadi syarat adalah pengisytiharan harta, sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15 dan perkara berkaitan bangsa, agama dan Raja-Raja (3R) yang didakwa beliau ada antaranya pelik dan tiada kena-mengena dengan peruntukan yang dituntut.

Pada 18 April lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju mempertimbang penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang disusuli dengan penyerahan draf kepada PN, bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Julai lalu dilaporkan, berkata isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit diselesaikan kerana membabitkan syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

BH


Single Polls, Total 8 Users voted

Count down: 997 Days18 Hours42 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2024 07:28 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 09:27 AM | Show all posts
betapa mulianya hati najib.. bagi peruntukan kepada setiap MP

Ahli Parlimen bakal terima peruntukan tambahan - Najib

GERIK: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mengumumkan peruntukan tambahan untuk setiap Ahli Parlimen, yang kini menerima RM5 juta setahun.

Bercakap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gerik, di sini, sebentar tadi, Perdana Menteri turut meluluskan pembinaan stadium terbuka di Gerik dengan peruntukan RM5 juta.

https://www.bharian.com.my/berit ... ukan-tambahan-najib
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kenalah tolak nanti xde alasan tanak buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena sokong segala dasar kerajaan? Gila ke apa? Tak payah ada Parlimen la macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 17-9-2024 08:36 PM

kaloo depa tolak...'duit' tu depa simpan sbg 'rizab negara'...ke acaner????
#JanganLaPiSakauPulok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa SYARAT2 DO RE MI yg gomen MADANI bg kt depa???
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 17-9-2024 01:32 PM
Kena sokong segala dasar kerajaan? Gila ke apa? Tak payah ada Parlimen la macam tu

tu rekaan hamzah je nak buat alasan. netizen dah baca Mou tersebut slps didedahkan oleh TPM2. xde pun suruh sokong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:44 AM | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 18-9-2024 12:46 AM

Banyak duit buat la Clear Aligner....menteri pendidikan pun sama tak reti scaling gigi...amik jelah peruntukan tu gi cantikkan gigi...takde la org nak saman manjang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069807 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list