CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41424|Reply: 10

[Tempatan] Ombak besar di Pulau Pinang, Pulau Pangkor kejadian luar biasa - MetMalaysia

[Copy link]
Post time 18-9-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-9-2024 03:10 PM


KUALA LUMPUR – Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip.



Beliau berkata, situasi itu terjadi kerana kehadiran bersekali fenomena air pasang besar disebabkan oleh keadaan perigee iaitu kedudukan bulan hampir dengan bumi dan bulan penuh serta angin barat yang bertiup kencang.

“Hujan berterusan serta keadaan laut bergelora yang berlaku di utara Semenanjung disebabkan angin barat yang bertiup kencang dan bertumpu di kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, MetMalaysia telah menjangka lebih awal keadaan terbabit dengan mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di perairan Selat Melaka Utara dan Phuket, Thailand pada 12 September bagi tempoh kuat kuasa bermula Ahad lepas hingga hari ini.

Mohd Hisham berkata, amaran itu telah dikemas kini semalam dengan tempoh kuat kuasa dilanjutkan hingga Sabtu ini.

“Selain itu, MetMalaysia juga telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pada 13 September bagi tempoh kuat kuasa bermula 15 hingga 19 Sept di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” katanya.

Justeru, katanya, orang awam diminta supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dengan melayari laman web serta media sosial MetMalaysia.

Semalam, tular beberapa kejadian fenomena ombak besar yang melanda kawasan antaranya pesisir Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih di Butterworth.

Klip video yang dirakam peniaga di kawasan Pantai Bersih dan di R&R Bagan Ajam serta menularkannya di media sosial itu memaparkan ombak yang memasuki premis perniagaan sehingga menyebabkan kerosakan peralatan perniagaan, namun tiada kecederaan berlaku.

Selain Pantai Bersih dan R&R Bagan Ajam yang popular dalam kalangan penduduk untuk bersantai pada waktu malam, beberapa lokasi seperti Padang Kota atau dikenali sebagai Esplanade turut terjejas apabila air laut melimpah masuk hingga medan selera Medan Renong.

Menerusi video tular, kelihatan pelanggan di medan selera itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dan barangan mereka daripada basah manakala peniaga bergegas menyelamatkan barangan perniagaan.

Turut tular ialah beberapa video menunjukkan ombak besar dan bergelora di Pulau Pangkor termasuk di Teluk Nipah, Perak.- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2024 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Perubahan iklim.


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 03:41 AM From the mobile phone | Show all posts
A'ah,bulan besar betul mlm ni,mcm dekat betul tapi jauh.
tak sembat nak snap gamba sbb awan tebal dgn angin kat atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 10:33 AM | Show all posts

xde kaitan pun
bulan penuh laut pasang tarikan angin dari taufan kat vietnam dah dinyatakan diatas
iols pun ada baca prediction suruh berjaga2 16/9 kat facebook sebelum tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 10:47 AM | Show all posts
sampai bila ni..
kita yg tinggal kat pesisir pantai selangor ni selalu angin kuat jd hujan dibawa ke tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati² semua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada tengok video
Laut pulang balik sampah2 yang dibuang
Berlambak sampah2 kat tepi pantai
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak pokok tumbang…banjir merata.. dgn air pasang…hujan lebat pakej angin ribut…pokok kat penang byk pokok lama2..tak berani kluar rumah bila hujan angin ribut..dgr kata kerajaan negeri tak nak bayar pampasan utk kereta yg kena himpap pokok tumbang,.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-9-2024 08:34 PM
Iols ada tengok video
Laut pulang balik sampah2 yang dibuang
Berlambak sampah2 kat tepi pantai

i pun nampak.. banyak pula tu.. tapi yang bestnya ada banyak jenis siput pun terdampar tepi pantai.. rezeki tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramalan yg mengatakan 2050 ada kawasan dalam penang xdak lam peta tu boleh ka pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 19-9-2024 10:37 PM
i pun nampak.. banyak pula tu.. tapi yang bestnya ada banyak jenis siput pun terdampar tepi pantai ...

Kan..
Iols cakao dlm ati.
Bestnya kumpul kulit siput ni..
Tapi banyak tengok sampah2 la..punya banyak botol2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.316854 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list