View: 37113|Reply: 60
|
[Tempatan]
Cikki berputih mata, apabila mertua sebaga penama kwsp suami
[Copy link]
|
|
Menguruskan isu penamaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika pemilik akaun masih hidup bukanlah bermaksud kita mendoakan perkara tidak baik berlaku.
Ia merupakan satu bentuk perlindungan bijak terhadap harta untuk keluarga yang ditinggalkan
Andai kata suami atau isteri pergi buat selamanya, sekurang-kurangnya tiada isu berbangkit akan terjadi di masa hadapan.
Walau bagaimanapun, nasib malang yang menimpa seorang wanita ini wajar dijadikan pengajaran buat semua.
Melalui sebuah pendedahan di TikTok, wanita berkenaan menjadi ibu tunggal sekelip mata setelah kehilangan suami tercinta
Allahyarham dikatakan meninggalkan wang KWSP sebanyak RM400,000 yang pastinya boleh menampung kehidupan isteri dan anak-anaknya untuk beberapa tempoh tertentu.
Malang sekali, hasrat isteri untuk mengeluarkan wang itu tidak kesampaian. Ketika dia mahu melakukan tuntutan di pejabat urusan KWSP, barulah dia tahu suaminya selama ini meletakkan nama ibunya sebagai penama akaun berkenaan.
Wanita berkenaan menebalkan muka dan meminta budi bicara agar wang tersebut dibahagikan mengikuti faraid. Namun ibu mentua enggan bertemu apalagi diajak berkongsi duit tersebut.
Rupanya sejak sebelum berkahwin lagi, Allahyarham suaminya memang meletakkan ibunya sebagai penama dan ia tidak pernah diubah sama sekali.
Dia cukup buntu memikirkan nasibnya yang tak ubah seperti jatuh ditimpa tangga.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by uda at 19-9-2024 10:28 AM
Setau I, penama itu hanya nama untuk menguruskan wang kwsp tu. Penama still kena uruskan mengikut faraid. Balu ni boleh appoint peguam untuk lawan balik.
drp kwsp:
Apabila anda membuat penamaan, anda memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh merancang awal dengan membuat penamaan bagi mengurangkan kesulitan dan memastikan mereka yang ditinggalkan mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.
https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/368485/pembahagian-wang-kwsp
|
|
|
|
|
|
|
|
laki lebih sayangkan mak
bini boleh diganti, mak tiada galang gantinya |
|
|
|
|
|
|
|
sepupu ku single. meninggal masa pkp kena covid. penama epf, housemate.
susah kalo tak fikir panjang ni |
|
|
|
|
|
|
|
meminta budi bicara agar wang tersebut dibahagikan mengikuti faraid. Namun ibu mentua enggan bertemu apalagi diajak berkongsi duit tersebut.
p bicara kt pusaka kecil lah, takat penama je still boleh celen... tuntut utk anak yg penting.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg baik ati sgt knp... huhu
tp mcm mana pun tetap tak boleh buat apa, sbb tak ada relation apa2... nk keluarkan pun tak boleh
tetap kembali kpd waris - makbapak, adikbadik ikut susunan tertib
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo takut Allah baik ko bagi hak menantu ,cucu2 ko makcik oii.penama dan kedudukan ko sebagai mak tu bukanlah lesen ko nak kaut semua |
|
|
|
|
|
|
|
Ape lah. Penama bukan penerima. Fight lah hak kau esp kalau ada anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk Muslim, penama tu jadi pentadbir saja. Duit tu kena bahagi ikut faraid juga. Untuk bukan Muslim, penama akan dapat duit tu. |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 19-9-2024 10:16 AM
Setau I, penama itu hanya nama untuk menguruskan wang kwsp tu. Penama still kena uruskan mengikut fa ...
ye betul camni la...
i byk kali tnya kat kaunter kwsp tu gigih nak boh penama anak2 (tak blh sbb underage) then org kaunter explained lbh krg mcm ni la.
takyah kalut2 nak minta permission mil la, sah2 kene bahagi ikut faraid cuma blh la gesa percepatkan urusan tu.
biasa ramai je letak nama mak/ayah sbb masa awal kerja kan kita masih single, dah beranak pinak kdg2 lupa nak tukar nama. iols pun sama jugak masih penama nama mak+kakak iols tapi yg husband dah tmbh nama iols 80%, mil 20%  |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul. Penama KWSP bukan mcm konsep hibah. Tolong uruskan kewangan je. Dia ingat style mcm wasiat kot. Diwasiatkan segala harta benda kepada sorang je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aish nak marah, dah meninggal plak. Mmg dah takde mak bapak adik beradik ke sampai housemate jadi penama?
|
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 19-9-2024 10:45 AM
sepupu ku single. meninggal masa pkp kena covid. penama epf, housemate.
susah kalo tak fikir panjang ...
sabo jelah |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya.. Penama yang boleh keluarkan 100% duit kwsp tu kan... lpas tu nnti.. penama kena bahagi2 ikut faraid... tp kalau penama dpt keluarkan 100% duit si mati... mmg susah lah kalau dia nak bahagi2 ikot faraid kalo gelap mata... hehehhehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Hasanah ke,
Duit epf kne faraid
Bukan selepuk dpt kt penama
Penama tu mcm pentadbir je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penama KWSP je chuolz... utk urusan kat pejabat pesaka..
Mertua takyah feeling2 menang lah.. KWSP ni wajib difaraid kan |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 19-9-2024 02:45 AM
sepupu ku single. meninggal masa pkp kena covid. penama epf, housemate.
susah kalo tak fikir panjang ...
Woo, then how? Housemate tu reti tak bagi duit kat family sepupu as ihsan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai tak tau duit epf kena faraid.
Penama sebagai pengurus duit tu je.
Boleh tuntut tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apalagi, c u in court la jawabnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
petpom replied at 19-9-2024 03:34 PM
Nak tanya.. Penama yang boleh keluarkan 100% duit kwsp tu kan... lpas tu nnti.. penama kena bahagi ...
Ya. Masa keluar duit tu ada perakuan yang kena bahagi duit tu ikut undang2 Islam kepada yang berhak dan kalau tidak melakukannya, waris yang layak boleh ambik tindakan undang2 terhadapnya. Tapi memanglah realitinya kalau dah pegang duit tu mungkin ada yang liat nak bahagi. So waris yang dinafikan hak kena bertindak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|