CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25188|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua sub kontraktor direman lima hari rasuah polis bantuan

[Copy link]
Post time 19-9-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-9-2024 10:58 AM

Dua sub kontraktor direman lima hari rasuah polis bantuan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

19 September 2024 10:16am




Kedua-dua suspek direman lima hari untuk membantu siasatan berhubung pemberian rasuah kepada polis bantuan sebuah agensi kerajaan.




GEORGE TOWN - Dua sub kontraktor warga Myanmar direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung pemberian rasuah kepada polis bantuan sebuah agensi kerajaan melibatkan wang RM500.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Majistret Sivil di sini pada Khamis.



Kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 53 tahun itu ditahan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada jam 3 petang Rabu.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua lelaki terbabit didakwa tidak mempunyai lesen sebagai sub kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pemasangan penapis air.


"Mereka didakwa memberi rasuah kepada polis bantuan sebanyak RM500 pada minggu ini agar melepaskan pekerja mereka yang mempunyai permit kerja di negeri lain.

Pekerja mereka tidak boleh bekerja di Pulau Pinang kerana mempunyai permit kerja di negeri lain," katanya di sini pada Khamis.


Tambah sumber, pekerja mereka juga mempunyai kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) palsu yang tidak membolehkan mereka masuk ke tapak projek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

https://www.sinarharian.com.my/article/686384/berita/semasa/dua-sub-kontraktor-direman-lima-hari-rasuah-polis-bantuan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053194 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list