CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12055|Reply: 53

Aya Amiruddin Dah Lali Dihina Hitam, Gemuk - "Ini Yang Tuhan Beri, Selagi Bernyawa Dan Bernafas, Syukur Sahajalah"

[Copy link]
Post time 20-9-2024 02:48 PM | Show all posts |Read mode






Pempengaruh media sosial dan pelakon Aya Amiruddin berkata dilemparkan kata-kata negatif tidak cantik, berkulit gelap dan bertubuh gempal, perkara itu sudah dilalui olehnya sejak kecil lagi.


Memetik HibGlam, Aya sudah lali dan bagaimanapun enggan mengambil peduli dengan penghinaan tersebut kerana apa yang penting baginya adalah menjaga emosi.


“Semua kecaman dan penghinaan terhadap fizikal saya bukan perkara baharu kerana sudah dilalui sejak kecil lagi. Sewaktu kecil lagi teruk cacian yang saya terima apatah lagi berbadan besar dan berkulit gelap. Lama-kelamaan sudah lali,” katanya.


Sementara itu, Aya berkata dia tidak akan membiarkan kata-kata negatif itu menjejaskan karier seninya dan dia hanya mahu menjadi diri sendiri.


“Saya ceburi bidang hiburan untuk mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan baik.


“Jadi, kalau ada yang memilih untuk terus mengecam, lantak dan biarkan sahaja. Asalkan saya selesa dengan diri sendiri,” katanya.


Semenetara itu apabila ditanya mengenai filem Pontianak 200 kilogram (kg) dibintanginya dimana ketengahkan imej hantu berbadan besar, Aya berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan.


“Kalau sudah gemuk, hendak buat macam mana? Terima sahajalah. Ini yang Tuhan beri, selagi bernyawa dan bernafas, syukur sahajalah.


“Lagi satu, filem ini bawa satu perubahan dan menukar pandangan masyarakat bahawa hantu tidak semestinya cantik dan ramping sahaja.




“Bila ambil pelakon kurus, orang bising asyik benda sama tetapi apabila hantu berbadan besar, mereka tetap bercakap juga. Biarkan, malas nak fokus cakap-cakap negatif,” katanya.




Sumber – HibGlam, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak suka jawapan she.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
She is funnie...tapi kat Forum cari x ramai nak comment sebab mungkin she takde aura untuk digossip..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky: She is funnie...tapi kat Forum ...


She's funny tapi kadang2 macam terlebih2 sikit. Dan mungkin acik2 forum x bergosip sebab sheouls mengingatkan acik forum kepada mekna iaitu anak kepada maskit bod gosip "influencer" socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 03:29 PM | Show all posts
dia tak collab ngan Noreen tu lagi eh....masa diarang berdua...kelakar betollll....sempoiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus mindset dia..
Stay strong.
Susah kalau mindset tak kuat di Malaysia ni.yg majority rakyatnya x berapa nak favor rupa wajah keafrikaan sebegini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2024 05:04 PM | Show all posts
Maknya neg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 05:17 PM | Show all posts

Mak dia Melayu Malaysia, ayah pure orang Nigerian, tapi daripada lahir Mak Ayah angkat Melayu yang besarkan dia, mak ayah kandung hilang terus.... dan sekarang Mak Ayah Angkat dia dua-dua dah meninggal, dia sorang diri daripada sekolah, tak ada sedara mara & adik beradik sebab mak ayah angkat dia pun takde anak lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik je aku tengok. Pelik la manusia ni. Macam la yang cakap tu lawa sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya cerita.. sebatang kara
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Positif betul dia ni.Sama mcm Cik B. Org nk kutuk ke, nk kecam ke tak bagi kudis langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cuma nak komen pasal citer pontianak 200kg tu je

apasal bt citer mcm tu ye
aku tengok trailer je serius cakap takde selera pun nak pergi tengok kat wayang

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:35 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 20-9-2024 05:17 PM
Mak dia Melayu Malaysia, ayah pure orang Nigerian, tapi daripada lahir Mak Ayah angkat Melayu yang ...

Ingat ayahnya Melayu sebab nama Amiruddin..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:40 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 20-9-2024 05:17 PM
Mak dia Melayu Malaysia, ayah pure orang Nigerian, tapi daripada lahir Mak Ayah angkat Melayu yang ...

Kasihannya.. moga dapat kebahagiaan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe.la
Dia jadi hantu yang tak terbang pung..
Takde melayang2 je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 20-9-2024 05:17 PM
Mak dia Melayu Malaysia, ayah pure orang Nigerian, tapi daripada lahir Mak Ayah angkat Melayu yang ...

Sedihnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka aya ni. Lawak dia nampak real and tak dibuat-buat. Dia macam arwah abam, tengok muka pun rasa nak gelak
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka dia ni tapi sejak dia tindik lidah iols rengsa nengok dia bercakap. Sekian terima kasih.  Eh jab dia tindik lidah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 20-9-2024 05:17 PM
Mak dia Melayu Malaysia, ayah pure orang Nigerian, tapi daripada lahir Mak Ayah angkat Melayu yang ...

Pakcik makcik pun takde ke? Alahai siannya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Stay strong Aya !
Moga rezeki she melimpah ruah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.052437 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list