CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14394|Reply: 12

‘Tak pernah serik, kalau ada jodoh saya terima’ - Puteri Sarah Liyana

[Copy link]
Post time 21-9-2024 09:38 AM | Show all posts |Read mode





Sejak diumumkan bakal bertanding dalam program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4, (MLS4) ramai skeptikal dengan pelakon Puteri Sarah Liyana sama ada dia mampu berjenaka secara langsung atas pentas.


Sering kali dilihat sebagai wanita malang dalam rumah tangga dan berendam air mata, kehadiran Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dalam arena komedi tanah air dilihat menyimpang dari paksi kerjaya seninya.


Mana tidaknya, kelibat Sarah sering kelihatan di mahkamah, turun naik memperjuangkan nasib. Kali ini naik pentas komedi pula. Pasti ramai mempersoalkan kemampuannya.


Namun kata tuan badan, bakat komedi dalam dirinya telah dikesan oleh salah seorang ahli kumpulannya iaitu Ilham Abata.


“Menyertai MLS4 ibarat menyertai program Fear Factor bagi saya. Saya sukakan cabaran dan sebab itu saya terima.


“Ilham Abata yang pujuk saya untuk menyertai kumpulannya iaitu Gebu bersama seorang lagi ahli, Mamak Puteh.


“Saya pernah bekerja dengannya sebelum ini untuk sebuah telefilem seram komedi yang ditayangkan di Astro. Ilham merupakan penulis skrip untuk telefilem tersebut.


“Daripada situ dia nampak kebolehan saya dalam genre komedi. Jadi dia melamar saya untuk sertai kumpulan Gebu,” katanya kepada HibGlam.


Katanya lagi, bukan cuba bersikap tamak dengan mengaut semua tawaran yang datang tetapi sekadar ingin mencungkil bakat lain yang ada dalam dirinya.


“Ilham dan Mamak berkali-kali tanya betulkah saya ingin sertai kumpulan mereka.


“Pada saya inilah masanya untuk saya meneroka cabang seni baharu.


“Kalau asyik lakukan benda yang sama, nanti digelar kayu pula,” jelasnya.


Biarpun pertama kali menyertai MLS4, jangan disangka Sarah masuk dengan tangan kosong.


Sebelum ini dia pernah terlibat dengan teater komedi Maduku Kalut yang turut mempamerkan kebolehannya berlakon secara langsung atas pentas.


“MLS4 sebenarnya sama seperti teater. Tetapi kita kena masukkan elemen lawak dan nyanyian.


“Sebelum ini pun saya pernah terlibat dengan karya-karya komedi. Cuma bukan dilakukan secara langsung.


“Jadi saya gunakan pengalaman yang ada ini untuk persembahan MLS4 nanti,” ujarnya.







Sedia dikecam


Lumrah menjadi seorang Puteri Sarah Liyana, apa juga yang dilakukan pasti akan mendapat pelbagai reaksi netizen.


Ditanya adakah dia sudah bersedia seandainya dihujani kecaman kerana persembahan kurang memuaskan, kata ibu kepada dua cahaya mata itu, dia terbuka menerima kritikan.


“Kalau orang nak cakap saya tak lawak atau nak kecam, saya terima sahaja.


“Saya anggap kecaman mereka sebagai satu cabaran untuk saya lakukan dengan lebih baik bagi persembahan seterusnya.


“Harapnya dapatlah saya bertahan sampai ke minggu separuh akhir,” katanya sambil ketawa.


Selain Gebu, MLS4 turut disertai sembilan lagi kumpulan yang menampilkan Zulin Aziz, Ali Puteh, Harris Anuar, Fad Bocey, Namie, Danial Zaini dan ramai lagi penggiat seni.







Buka lembaran


Lebih setahun bergelar ibu tunggal, kata pelakon drama bersiri Polis Peronda itu, dia sudah lama ‘move on’ daripada kisah lampau.


Menganggap apa yang berlaku dalam hidupnya sebagai ketentuan takdir, Sarah akui dia tidak pernah menutup pintu hati untuk insan bergelar lelaki.


Malah, dia bersedia memberi hatinya kepada lelaki yang benar-benar layak menjadi imamnya dan juga anak-anak.


“Siapa yang tak mahu merasai nikmat hidup bahagia di sisi insan dicintai.


“Kalau boleh saya pun mahukan cinta baharu. Saya pun bukannya tua sangat. Saya masih muda.


“Kalau ada jodoh, saya terima. Saya tidak pernah serik. Kerana saya percaya, segala yang berlaku dalam hidup setiap manusia sudah tertulis.


“Jika ada jodoh yang baik untuk saya, saya terima seadanya,” katanya menutup bicara.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 bingit x? Jgn gelak mcm ratu sukma sudah

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
hari live kat tt psl muzikal lawak..aku nmpk si zulin beriya² nk berfriendly dgn dia..skali dia ignore je kat zulin...cian member kena palau..nmpk agak sombong kat situ si ps ni ye..ke sebab x kenal zulin
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
habisnamadahni replied at 21-9-2024 05:17 PM
hari live kat tt psl muzikal lawak..aku nmpk si zulin beriya² nk berfriendly dgn dia..skali dia ign ...

Sesetengah orang jenis reserved, awal2 tak reti nak get along dgn org yang terlebih friendly. Bukan sombong, tapi tak reti cara lagi. Mungkin PS jenis gitu. Done backup
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolatttnya muka....makin berisi seiring usia..tp okla mcm ni lawa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gmbr atas ni mcm iras sumayyah pulak..dia ni kalau bermekao terang x lawa..dia xyah mekap dh cantik..tp kalau dh bkk mulut bingit pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena kelakar level2 cast in "friends". Phoebe and rachel. Monica x brp
Baru la x nampak slapstick stupid joke.
Not a fan of psl but ada la terasa nk tgk how funny can she be
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tt kata psl n aa kawin this year. Btol ke? Kalau btol alhamdulillah, semak kisah serai tak sudah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
shalalat replied at 21-9-2024 11:43 PM
Kat tt kata psl n aa kawin this year. Btol ke? Kalau btol alhamdulillah, semak kisah serai tak sudah ...

Fan punya account tu..
Kalau x jadi malu aje..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulut memang x boleh tutup sepenuhnya eh? Mcm sangap je sentiasa mulutnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 21-9-2024 06:26 PM
gmbr atas ni mcm iras sumayyah pulak..dia ni kalau bermekao terang x lawa..dia xyah mekap dh cantik. ...

Ha setuju..ps ni kalau mekap tak lawa..honestly dr dulu tak penah nmpk dia lawa tp ada sekali dulu yg dia make up tipis ala2 mcm tak make up..br nmpk lawa pd iols
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitorang yg serik dgn perangai ko masalah nye
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 09:00 AM | Show all posts
semoga bertemu jodoh kembali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.087808 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list