Semua PPS di Pulau Pinang ditutup
Nur Izzati Mohamad[email protected]
FOTO HIASAN
Butterworth: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pulau Pinang yang dibuka sejak Selasa lalu bagi menempatkan ratusan mangsa banjir yang terjejas ditutup sepenuhnya hari ini.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, semua mangsa dari ketiga-tiga daerah di Seberang Perai sudah pulang ke kediaman masing-masing.
Namun, tiga paras air sungai utama di negeri ini yang berada pada tahap waspada memerlukan kesiapsiagaan dan pemantauan perlu dijalankan dari semasa ke semasa.
Terdahulu, sebanyak 11 PPS dibuka susulan banjir kilat yang melanda negeri itu sejak Selasa lalu.
Media semalam melaporkan situasi banjir di Pulau Pinang terus menunjukkan trend penurunan mangsa di PPS apabila sudah pulang ke kediaman masing-masing.
Malah kerajaan negeri turut menjangkakan semua PPS yang menempatkan mangsa banjir terjejas di Seberang Perai akan ditutup dalam tempoh satu ke dua hari lagi susulan keadaan cuaca yang dilihat semakin baik.
Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 1:16pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136089/semua-pps-di-pulau-pinang-ditutup
|