CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34336|Reply: 15

Anak Ahmad Dhani Lamar Kekasih Di Itali, Fazura Tumpang Gembira – ‘MasyaAllah, Congratulations You Two’

[Copy link]
Post time 23-9-2024 10:53 PM | Show all posts |Read mode





Anak sulung penyanyi Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali dilihat melamar kekasih hatinya Alyssa Daguise pada 21 September yang lalu di Lake Como, Italy .


Menerusi sebuah posting di Instagram, Al Ghazali berkongsi beberapa foto momen indah ketika dia melamar Alyssa.







Lebih mencuri, Ghazali turut menulis kapsyen ‘sweet‘ buat Alyssa di posting tersebut.


"Kepada Alyssa Paramitha Daguisé, terima kasih atas segala yang kau ada. Mencintaimu adalah satu keistimewaan.


"Dan dicintai olehmu adalah satu anugerah. Denganmu di sisiku, aku adalah lelaki paling bahagia di dunia. Dan mulai hari ini, aku berjanji untuk memberikan segalanya kepadamu dan lebih lagi. Inilah untuk selamanya!"


Menjengah di ruangan komen, rata-rata selebriti Malaysia meninggalkan komen tahniah buat Ghazali dan Alyssa. Antara selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka ialah Fazura dan Mimi Lana.







Difahamkan, pasangan ini telah menjalin hubungan sejak 2016. Namun, mereka berdua sempat berpisah sekejap pada tahun 2022. Pada tahun ini, Ghazali dilihat mengambil pendekatan yang serius apabila terus melamar kekasih hatinya itu.


Sumber: Oh Bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Komen utk clear nama suami X
Komen utk news kawan2 ✓
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 07:32 AM | Show all posts
Berjodohan juga anak t20 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 07:53 AM | Show all posts
"Antara selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka ialah Fazura dan Mimi Lana"

sampai ati tak letak nama LMK sekali
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:32 AM | Show all posts
yg artis malaysia ramai2 ucap congrates ni, anak ahmad dhani kenal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:33 AM | Show all posts
ketambangkang replied at 23-9-2024 11:53 PM
"Antara selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka ialah Fazura dan Mimi Lana"

sampai ati tak l ...

hahaha. tulah tu. sampai hati. tp she kenal ke couple ni? soalan jujur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ketambangkang replied at 24-9-2024 07:53 AM
"Antara selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka ialah Fazura dan Mimi Lana"

sampai ati tak l ...

Lmk bukan retis.. semak je letak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa tuanyalah aku ni, anak mat dhani pun dah besar panjang nak kawin dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ketambangkang replied at 24-9-2024 07:53 AM
"Antara selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka ialah Fazura dan Mimi Lana"

sampai ati tak l ...

Sebab dia bukan retis
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:58 PM | Show all posts
ketambangkang replied at 24-9-2024 07:53 AM
"Antara selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka ialah Fazura dan Mimi Lana"

sampai ati tak l ...

LMK hari tu gi fashion show kat paris, tp ada satu gambar sheols posing mcm photographer amek gambar sheols tp sebenornya nampak mcm photographers amek gambor org sebelah beliau yg di hide dari gambar dia...iols is confuse
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Diorg penah je hampir nak kawen.tapi x jadi.aku baca kat sini gak..haha.harap x putus lagila
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Awek dia Muslim ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 05:06 PM | Show all posts

muslim katenya. mixed . mmg xde sapa login logout . nikoh terus
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:41 PM | Show all posts
Anak kepada komposer Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali mengakui telah putus cinta dengan kekasihnya, Alyssa Daguise selepas enam tahun bersama. Menerusi perkongsian di TikTok milik @Queenna, ibu Al Ghazali iaitu Maia Estianty mendedahkan keputusan untuk berpisah dibuat selepas melakukan solat istikarah.






katanya putus selepas istikarah
habis ni nak nikah overwrite istikarah sebelum ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 03:59 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 27-9-2024 12:41 PM
Anak kepada komposer Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali mengakui telah putus cinta dengan kekasihnya, Alys ...

istikharah balik lah agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 12:11 PM | Show all posts
kembarsiti replied at 3-10-2024 03:59 PM
istikharah balik lah agaknya.

kiranya istikharah kali ni mmg dia dah bersedia nak jadi suami lah kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.087102 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list