CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 34234|Reply: 20

Siti Saleha Bakal Terbang Ke Seoul! Teruja Nama Tercalon Dalam Kategori ‘Outstanding Asian Star’ Sempena Seoul International Drama Awards 2024

[Copy link]
Post time 23-9-2024 10:57 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Siti Saleha memberitahu dia bakal berangkat ke Seoul, Korea malam ini, bagi menghadiri Seoul International Drama Awards 2024 yang dijangka berlangsung pada 25 September ini.


Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Siti Saleha berkata, pada awalnya dia tidak tahu namanya telah dicalonkan oleh pihak TV3 dan Tonton bagi anugerah ini menerusi drama bersiri SeOfis.


"engurus saya bagitahu TV3 dan Tonton ada hantar nama saya untuk anugerah ini dan mereka bagitahu kategori ini berdasarkan undian peminat. Pada mulanya, saya tak percaya sebab ini anugerah antarabangsa. Betul ke tidak? Apabila saya buat kajian mengenai anugerah ini, baru saya tahu mengenai penganjurannya.


"Bulan lepas pula, saya disuruh siap sedia ke Seoul. Saya dapat jemputan untuk hadir ke sana dan sememangnya saya teruja sangat."


Tambah pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku‘ ini lagi, dia berasa sangat bangga dapat mewakili Malaysia di acara berprestij itu.


"Ini peluang yang sangat besar buat saya kerana dapat mewakili Malaysia dan ia juga untuk perkembangan karier saya setelah sekian lama menjadi pelakon. Ini juga bukti kepada semua orang agar jangan berputus asa. Teruskan apa yang anda ingin lakukan."


  



Berbicara lebih lanjut, pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 itu sedia menerima sebarang tawaran berlakon daripada luar negara sekiranya diberikan peluang kelak.


"Kalau tanya dekat mana saya nak bertapak dan selesa, sudah tentunya di Malaysia. Cuma kalau ada peluang di luar negara saya akan ambil. Kalau kena cakap Korea pun saya akan belajar. Saya akan ambil peluang yang ada kerana ia seolah mimpi jadi kenyataan."


Disoal sama ada teruja ataupun tidak untuk berjumpa dengan calon-calon yang lain, Siti Saleha memberitahu dia tidak sabar untuk beramah mesra di sana.


"Nama yang tersenarai semua nama hebat-hebat. Secara jujur saya tak tengok drama Korea. Kalau saya dah mula tengok saya akan terikut. Saya nak pergi sana untuk chill (santai). Saya kenal mereka semua cuma, belum sempat tengok hasil kerja mereka.


  



"Calon dari Thailand saya kenal sebab pernah jumpa beberapa kali di Malaysia. Dia hadir di beberapa majlis. Kalau ada peluang nanti, saya akan berjumpa dengan semua orang."


Menurut pihak Tonton dan TV3 pula, pencalonan Siti Saleha untuk anugerah ini adalah suatu pencapaian yang tidak dijangka.


"Kami anggap pencapaian ini sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan kerja keras yang telah dicurahkan oleh Siti Saleha sebagai pelakon."




Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Jap nak tanya, sheols pakai invisible bra ke dengan dress oren tu?

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lakonan she dlm Secret (platform VIU) tu meletup dan she sgt cantik dlm tu whereas pelakon perempuan bbnu dlm tu semua muka sepesen dan buruk rupa..ct saleha je cantik.HAHA...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:16 PM | Show all posts
Fly high Saleha! Your acting makin mantap dalam The Secret
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ni mmg lawa laaa..bkn mcm Faz..repair hidung acah2 terpaling lawa(walafaz,2024)
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-9-2024 11:04 PM
Tahniah. Jap nak tanya, sheols pakai invisible bra ke dengan dress oren tu?

Yup..xsilap aku tu just plated yang xkemas n cantik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2024 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga she dapat jumpa dengan kembar dia kat sana ???? Kang Hanna
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 24-9-2024 12:15 AM
Kalau ni mmg lawa laaa..bkn mcm Faz..repair hidung acah2 terpaling lawa(walafaz,2024)

Lawo..Tp gigi dia mcm gigi rabbit khenz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 23-9-2024 11:09 PM
Lakonan she dlm Secret (platform VIU) tu meletup dan she sgt cantik dlm tu whereas pelakon perempuan ...

Betul.. suka tengok dia, cantik dan tak kayu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
oh utk seofis ingatkan series that cover girl tu
papepun tahniah sbb tercalon
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 23-9-2024 11:09 PM
Lakonan she dlm Secret (platform VIU) tu meletup dan she sgt cantik dlm tu whereas pelakon perempuan ...

Best ke citernya, nak tgk lama dah x tgk citer n ngefans malay drama
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 07:30 AM | Show all posts
Pakai strapless bra kali..Sally ni memang lawa. Masa dia datang ofis aku dulu...aku pun takasima.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
nonymous replied at 24-9-2024 05:53 AM
Best ke citernya, nak tgk lama dah x tgk citer n ngefans malay drama

Best tp adalah plot hole nya.. especially bab bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ini anugerah yg Tatjana Saphira pernah menang kan??

kira okay la tu boleh pergi sana ambik gambar buat kenangan dengan retis korea
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
minho_nora replied at 24-9-2024 01:20 AM
Semoga she dapat jumpa dengan kembar dia kat sana ???? Kang Hanna

baru perasan muka dorang ada iras. Cuma tinggi je beza
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 24-9-2024 02:27 AM
Lawo..Tp gigi dia mcm gigi rabbit khenz

tapi better la gigi asli chuols. Daripada pakai veneers nanti nampak cam kuda pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 24-9-2024 09:52 AM
Best tp adalah plot hole nya.. especially bab bunuh.

Lawa dia dlm tu walaupun 4K HD..org lain sememeh nampak jerawat dgn bekas jerawat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
gigi dia jela berterabur,dia tk nk pkai braces ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:50 PM | Show all posts
bagus sally. fly high.

takyah nak buat gosip murahan untuk naik kan nama. takde pon gosip dia berscandal dgn artis2 lelaki lain. bbnu yg baru nak naik tu patut ikot macam siti saleha ni. work is work, tak payah campur hal personal.

.
btw, gigi dia tu la dia punya charming point. at least idok la nampak sepesen dgn artis2 lain yg pakai braces dgn veneer. nampak tak natural. agitu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 11:30 PM | Show all posts
Tahniah...antara pelakon yg betul2 fokus dgn kerjaya & xjual cerita cinta/family kat public

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.210281 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list