View: 60711|Reply: 301
|
Syamsul Yusof tuntut Ira Kazar kembalikan harta
[Copy link]
|
|
Syamsul Yusof tuntut Ira Kazar kembalikan harta
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... r-kembalikan-harta/
Oleh FADILA AWALUDIN
25 September 2024, 5:42 pm
SYAMSUL tuntut Ira memulangkan semula segala harta yang diberikannya sepanjang tempoh mereka berkahwin.
GOMBAK – Pempengaruh Ira Kazar mendedahkan bekas suaminya, Syamsul Yusof membuat tuntutan terhadap beberapa harta ke atas dirinya selepas bercerai pada 5 September lalu.
Perkara itu disahkan peguam syarie Ira iaitu Mohammad Fadhil Abdul Razak yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat di sini hari ini.
“Ya, pihak sana (Syamsul) ada meminta beberapa tuntutan ke atas anak guam saya (Ira). Tetapi kami tidak bersetuju memandangkan perkara tersebut berlaku dalam tempoh perkahwinan mereka.
“Bukan tidak mahu bersetuju dengan tuntutan tersebut tetapi dari segi hukum syarak sudah dinyatakan apabila sudah diberikan tidak akan dipulangkan semula.
“Kami juga tidak setuju apabila hadiah yang diberikan itu dipulangkan semula,” katanya ketika ditemui di mahkamah, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohammad Fadhil memberitahu pihaknya ada memberikan beberapa cadangan bagi menyelesaikan perkara itu.
Namun, setakat ini masih belum ada kata putus daripada kedua-dua belah pihak termasuk enggan mendedahkan secara terperinci mengenai butiran lanjut tentang tuntutan itu.
“Memandangkan tuntutan ini dibuat di luar mahkamah, pihak kami ada berbincang dengan pihak Syamsul.
“Tetapi keputusan tuntutan itu belum disahkan lagi. Bagaimanapun buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan butiran dalam tuntutan tersebut demi menghormati kedua-dua pihak.
“Lagipun, saya yakin lambat-laun pihak sana (Syamsul) akan dedahkan kepada umum nanti,” katanya.
Sementara itu, Ira atau nama sebenarny, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan bekas suaminya itu.
“Saya tidak mahu komen. Kita hadap (berdepan) sahaja.
“Saya takut bila cakap, orang akan salah tafsir,” katanya.
Hari ini mahkamah memerintahkan pengarah kontroversi Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, membayar kos kehadiran sebanyak RM200 kepada bekas isterinya, Ira.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Maizatul Aliza Chee Din pada prosiding yang berlangsung pada pukul 3 petang tadi.
Pada 5 September lalu, Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Terdahulu, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi pas tu minta balik ker? buruk siku atau kedekut? |
|
|
|
|
|
|
|
Masa nak kawen ,sungai golok pun sanggup redah .Dah cerai ,buruk siku Sol mintak blk . |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 apa yg sol mintak balik. Mesti sesuatu yg berharga. |
|
|
|
|
|
|
|
Syamsul Yusof membuat tuntutan terhadap beberapa harta ke atas dirinya selepas bercerai pada 5 September lalu.
“Ya, pihak sana (Syamsul) ada meminta beberapa tuntutan ke atas anak guam saya (Ira). Tetapi kami tidak bersetuju memandangkan perkara tersebut berlaku dalam tempoh perkahwinan mereka.
Okay le tu, ada hadiah2 yg bernilai |
|
|
|
|
|
|
|
Hinanya lah ya sol buat kt exwife ke2 dia. masa bercinta kemain kau bertahun sanggup belakang kn family. Dah cerai dibuat mcm sampah sarap je ira tu. Tp elok lah pun sapa suruh jahat sgt ira oi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi jela ..buat apa disimpan barang org yg kita benci...x kuase |
|
|
|
|
|
|
|
Diamondmoney replied at 25-9-2024 07:22 PM
Agak2 apa yg sol mintak balik. Mesti sesuatu yg berharga.
I saspek rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Frangapini replied at 25-9-2024 07:23 PM
Syamsul Yusof membuat tuntutan terhadap beberapa harta ke atas dirinya selepas bercerai pada 5 Sept ...
Xkan birah mintak rumah yg dia duduk beberapa bulan tu? Kahkahkahkahkah…. Nak tuntut harta sepencarian pon rasa mcm segan |
|
|
|
|
|
|
|
Sol mintak balik stokin bola ke????????? |
|
|
|
|
|
|
|
adoi kesian jugak dpt 200 je pastu kena bagi balik hadiah2..pengarah tersohor kedeks buruk siku patut kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu je sol ni buat kat anak pak kazar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sol bagi pinjam je kot harta2 tu tapi ik ingat bagi terus kot kalau belum tukar nama lagi tu yg sol tuntut balik.. kalau dah tukar nama tu buruk siku jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Zuzu75 replied at 25-9-2024 11:27 AM
I saspek rumah
Dan kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
Diamondmoney replied at 25-9-2024 07:22 PM
Agak2 apa yg sol mintak balik. Mesti sesuatu yg berharga.
rasanya kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Kedeks nya pengarah tersohor ni. PSL yg bagi 2 anak comel pon beli kereta pakai duit sendiri. Ntah2 rumah pon loan buat sendiri. Apa benda yg dia nak ambil balik tu? Proton iriz & kebun durian? |
|
|
|
|
|
|
|
Zuzu75 replied at 25-9-2024 07:27 PM
I saspek rumah
Kereta?
Kebun durian?
|
|
|
|
|
|
|
|
apala perasaan kazar anak dia kena mcmni. itulah anak2 perempuan ni kena pandai jaga diri, belajar elok2, xde lah kena perkotak katik suka ati je. bapa pon pandai2 la larang anak kalau anak dh tjebak benda bukan2 tu. pukul tanda sayang. biar anak nangis sekarang jangan kita ngan anak sesama nangis kemudian hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Dzahin_poch replied at 25-9-2024 07:27 PM
Xkan birah mintak rumah yg dia duduk beberapa bulan tu? Kahkahkahkahkah…. Nak tuntut harta sepenc ...
Dia x faham konsep pembahagian harta sepencarian. Sol beli waktu masih berkahwin dgn PS utk Anak2, end up bg IK duduk. Sepatutnya ni hak harta sepencarian PS. unless kalau sol dah tukar nama dekat Geran |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian la pulak..
Bagi aje la sol..nnti Allah banyakkan lagi rezeki ko asbab memudahkan urusan pompuan yg pernah jadi bini ko |
|
|
|
|
|
|
| |
|