CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6625|Reply: 10

[Jenayah] Ustaz Ahmad Husam didakwa guna gelaran tidak diiktiraf

[Copy link]
Post time 27-9-2024 09:13 AM | Show all posts |Read mode
KANGAR: Pendakwah selebriti, Ustaz Ahmad Husam Muhamad Baderudin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menggunakan gelaran dan kehormatan yang tidak diiktiraf.

Tertuduh berusia 34 tahun dan berasal dari Kodiang, Kedah bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Husam didakwa menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf daripada Yang Dipertua Negeri Melaka pada 4 Mei tahun lalu sekitar jam 11.30 pagi di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Jalan Kangar-Alor Setar di Kangar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4A (3) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21) yang dibaca bersama Seksyen 17 Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017 (Akta 787).

Kesalahan berkenaan juga boleh dihukum mengikut Seksyen 4A(6) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Muhamad Asyraf dalam hujahannya memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM50,000 kepada tertuduh manakala, Nur Iman mewakili anak guamnya membantah perkara itu dan memohon jaminan minimum berikutan tertuduh hanya pengetua Maahad Tahfiz di Kedah, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak serta menderita sakit gout dan asma.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes pula ditetapkan pada 28 Oktober ini dan tertuduh dikehendaki melapor diri pada balai polis yang terdekat.
Tertuduh kemudian membayar jaminan yang dikenakan.

Terdahulu, Ahmad Husam tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 8.45 pagi diiringi hampir 10 orang ahli keluarga dan penyokong.

Dalam masa yang sama, tertuduh juga dilihat cuba mengelakkan diri daripada media yang menanti di perkarangan mahkamah sejak awal pagi.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2024 10:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:04 AM | Show all posts
Gelaran Dato' palsu ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila pangkat dunia jugak set2 penunggang penjual pelacur agama ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia guna gelaran apa ya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yg bertaqwa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2024 10:39 AM | Show all posts
dia ustaz tak takut dosa ka menipu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik ustaz pun menipuuuu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tak boleh dia ni. jd nk tgelak. deme bg gelaran husam jari tengah haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Camana ustad pangai rempit leh dapat dato??


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:04 PM | Show all posts
seronok layan ceramah dia.... tpi bini tak suka sebab bingit... asyik menjerit jer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.066312 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list