View: 29003|Reply: 8
|
Thailand Week 2024 berlangsung di KLCC bakal jana hasil RM57.68 juta
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Thailand Week 2024 dijangka menjana nilai transaksi perdagangan eksport antara AS$4 juta (RM16.4 juta) sehingga AS$14 juta (RM57.68 juta) dalam tempoh setahun ini.
Pengarah Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP Malaysia), Worawan Wanwil berkata, program yang akan berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober itu bakal menjanjikan peluang yang signifikan untuk perniagaan Malaysia, pengimport dan pengguna bagi kedua-dua negara seterusnya memberi manfaat potensi pasaran kepada rantau ASEAN,.
Beliau menerangkan, program anjuran Kedutaan Diraja Thailand di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu juga akan menjadi destinasi utama bagi pemimpin industri, usahawan dan inovator untuk berhubung, bekerjasama dan membina perkongsian transformasi yang akan memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi.
“Satu kerjasama ekonomi dan budaya yang erat antara Malaysia dan Thailand bakal menjadi tumpuan utama semasa penganjuran empat hari itu.
“Bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor yang ke-8 pada tahun 2024, Thailand Week 2024 akan mengumpulkan pembeli, pegawai perolehan, pengeluar, pemilik perniagaan, penggubal dasar kerajaan dan banyak lagi untuk memupuk hubungan bermakna dan mengembangkan jangkauan pasaran mereka.
“Dengan tema Membuka Peluang Perdagangan, Memperkasakan Potensi Perniagaan Tema tahun ini, ia mencerminkan misi acara ini untuk memberikan perniagaan alat dan wawasan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran global yang kompetitif hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Thailand Week 2024 yang turut dianjurkan oleh DITP Malaysia dan Lembaga Pelancongan Thailand itu dijangka menerima kehadiran lebih daripada 100 jenama dinamik.
Wanwil menerangkan, program Thailand Week 2024 akan melibatkan aktiviti pameran produk hotel, restoran dan syarikat katering (Horeca), sesi padanan perniagaan, persembahan budaya dan zon pengalaman yang menawarkan bengkel dan demonstrasi produk.
Tambah beliau, kategori produk sasaran akan merangkumi industri utama seperti makanan dan minuman yang melibatkan jenama popular seperti Taobin, Red Bull, Coco Thumb, Teh Ranong, Charoen Pokphand Foods, Pes Cili Maepranom, GreenVille, Thai Coco, Befish, Unifirm dan BPS Candy.
Produk industri lain pula adalah TOA, Yahn, minyak Tropicana, Serbuk Panas Ular dan KHAOLAOR.
Selain itu, produk inovasi menampilkan pameran daripada Agensi Inovasi Nasional, Thailand selain produk fesyen dan gaya hidup oleh HomePro, dan LECOS.
“Turut terlibat produk haiwan peliharaan seperti Perfect Companion dan Thai Awesome serta produk berkaitan kepercayaan,” katanya.
Sementara itu, Duta Thailand ke Malaysia, Lada Phumas menegaskan, selepas kejayaan Mini Thailand Week 2023 di Kota Kinabalu tahun lalu dengan 74 gerai dan 88 jenama, pihaknya yakin Thailand Week 2024 akan menarik lebih ramai pengunjung tahun ini.
Sumber -KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Iols kenai jenama red bull jahh |
|
|
|
|
|
|
|
Vavava.maepranom.ado..
Yum yum |
|
|
|
|
|
|
|
iols dok tgk kat tiktok ada 1 balm warna ijau yg org dok promote as bagus utk hilangkan migrain or headache. dasat gak produk thai ni. tbh, mknn thai byk sayur and ulam, tu yg lg sdp tu. |
|
|
|
|
|
|
|
meols baru balik bkk
vavavommmm best giler
esp local designer dia yach.. another level
kalo ikut rega vs quality tersangat berbaloi
tapiiii bukan level pratunam mall tu la yach.. hat tu kome skip jah la.. takdak beza pi petaling st nun
love love love icon siam , siam paragon |
|
|
|
|
|
|
|
cuba buat malaysiaweek di bengkok berapa janaan wibawa |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 30-9-2024 03:10 PM
iols dok tgk kat tiktok ada 1 balm warna ijau yg org dok promote as bagus utk hilangkan migrain or h ...
cer tepek gambo balm hijau tu
iols ada beli sebotol balm kaler ijau masa gi phuket
tak tau la sama ke tak
lagi 1 botol hijau gak tapi kena hidu
sedap segar woi bau dia
elok hidu masa flu/migrain |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa yadom kot nama dia. lisa blackpink pun pakai. iols x simpan plak ig yg promote tu, sbb lalu kat explore jer haritu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak boikot thailand for few years... berjalan je kat tpt lain... |
|
|
|
|
|
|
| |
|