CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21059|Reply: 21

[Tempatan] Subsidi murid keluarga kaya di sekolah bantuan kerajaan harus dihentikan, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 30-9-2024 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Subsidi murid keluarga kaya di sekolah bantuan kerajaan harus dihentikan, kata PM

https://www.freemalaysiatoday.co ... dihentikan-kata-pm/

Mohamad Fadli
30 Sep 2024, 11:52 AM


Anwar Ibrahim berkata kerajaan dapat menampung kumpulan lebih memerlukan apabila pelajar dari keluarga kaya membayar sendiri kos pembelajaran.

Anwar Ibrahim berkata kerajaan mahu adil mengagihkan bantuan dengan mengutamakan kumpulan lebih memerlukan seperti golongan rentan.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa subsidi kepada anak-anak dari keluarga golongan paling kaya di sekolah terbaik dibiayai kerajaan dihentikan.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata kerajaan mahu bersikap adil dalam mengagihkan bantuan dengan mengutamakan kumpulan memerlukan seperti golongan rentan.

“Bagaimana harus kita lakukan? Bentuk ketirisan termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains dibantu dan disubsidi tinggi oleh kerajaan harus dihentikan.

Ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan (2025) bulan depan, katanya berucap melancarkan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan.

Turut hadir, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menurut Anwar, berkata wujud keadaan tidak adil kini apabila ada anak penjawat awam kanan, pimpinan politik dan pengusaha terkenal dihantar ke sekolah terbaik dibiayai kerajaan.

Menurutnya, keadaan itu tidak menggambarkan peratusan anak miskin ke pusat pendidikan terbaik dibantu kerajaan seperti sekolah menengah sains dan maktab rendah sains mara.

“Sepatutnya kalau anak orang kaya itu dihantar ke fakulti kejuruteraan, Melayu atau Cina atau Iban, dia bayarlah.

Dengan cara itu, kita boleh menampung kekurangan (untuk golongan memerlukan), katanya.

Anwar berkata sindrom kebergantungan berterusan dalam kalangan golongan rentan terhadap bantuan kerajaan juga perlu ditangani sebaik mungkin dan tidak wajar dibiarkan berterusan.

Jelasnya, kebergantungan berterusan bukan penyelesaian mutlak khususnya dalam memerdekakan ekonomi mereka daripada kelompok miskin tegar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 12:33 PM | Show all posts
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Merentan la ongkaye yg bayo cukai selambakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
La ni, Ongkaye antar anak sekolah swasta. apadehal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:48 PM | Show all posts
hahah teringat member aku bising org bawa merc boleh dapat subsidi yang rm150 tu..tapi dia pun hadap juga subsidi tu..padahal bukan miskin naw.. laki bini manager, paling busuk pun 15k above, rumah ada 2-3 biji..kereta je pakai H..lagi mau pertikai org pakai merc dpt bantuan..jenis yang tgk kereta lambang kekayaan.. chet.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni macam tuju dekat org kaya yg hantar anak ke top sbp jer ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu ramai yg selesa kekal statik kat tahap income tu boleh dpt mcm2 bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer check pakmak yg kerja sendiri tu yg takda payslip entah2 lagi kaya dari yg ada payslip.
Yg takda payslip tu senang aje nak tipu declare minimum income
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer cek mak bapa yg tipu slip gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena turun ke rumah check Mak Bapa ini. Layak ke RMT. Walhal holiday mampu.

Anak bawa duit belanja sehari RM5. Cer check.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tengok kable mana depa guna dpt bantuan kerajaan itu.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:08 PM | Show all posts
salah ke jadi orang kaya? adoila.. hahaha..
jadi apa je orang kaya dapat benefit?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:23 PM | Show all posts
PM selalu concern pasal subsidi maha kaya. Berapa ramai je maha kaya yang ambil bantuan tu.
Ramai lagi berganda pati perompak subsidi bersepah di merata tempat. Tak ada dengar pun komplain....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuar ni mmg segala subsidi dia nak potong.
Sejak dulu lagi dah.
Mind set dia subsidi ni membebankan.
Dia jugak suka potong elaun2 & trip2 staff gomen.
Aaahhh mcm2 lg la..
Mind set berjimat cermat.
Potong kos selagi boleh dgn harapan nilai ringgit meningkat & inflasi menurun
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:47 PM | Show all posts
Buatlah sekolah khas untuk orang kaya. Biar betul2 bagus kualitinya.... dan biar masih dapat bantuan tetapi seminimum mungkin, senang nak bagi bantuan berapa sebab orang kaya dah terkumpul satu tempat...kualiti dapat status pun dapat sekufu pun dapat, tak adalah mcm cerita hindi, lelaki kaya selalu jatuh cinta dgn perempuan paling miskin.. Harap akan dimulai buat sekolah2 spt ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:35 PM | Show all posts
Rynaf replied at 30-9-2024 12:49 PM
Ni macam tuju dekat org kaya yg hantar anak ke top sbp jer ni.

hantar tu takde masalah tapi kalau ada bantuan kewangan diorang pun dapat jugak itu yang tak patut.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 02:38 PM | Show all posts
plywood replied at 30-9-2024 01:47 PM
Buatlah sekolah khas untuk orang kaya. Biar betul2 bagus kualitinya.... dan biar masih dapat bantuan ...

tak perlu buat sekolah khas untuk orang kaya, memabazir duit dan juga takde faedah, just nak deprive orang kaya daripada dapat bantuan tu macam tak praktikal, kaya ke miskin ke kalau hak tetap hak, setiap rakyat dinegara ini terjamin haknya dlama perlembagaan termasuk hak untuk mendapat pendidikan. soal bantuan untuk orang miskin tu soal berasingan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:40 PM | Show all posts
talapia replied at 30-9-2024 01:08 PM
salah ke jadi orang kaya? adoila.. hahaha..
jadi apa je orang kaya dapat benefit?

orang kaya juga rakyat yang dilindungi perlembagaan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:45 PM | Show all posts
Acik2 tudung Dior yang hantar anak ke kys, ktj self sponsored tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:15 PM | Show all posts
malarky replied at 30-9-2024 02:38 PM
tak perlu buat sekolah khas untuk orang kaya, memabazir duit dan juga takde faedah, just nak depri ...

aku cuma teringat dorang ni golongan yg bayar tax berpuluh2 kali lebih tinggi dari orang biasa... dan aku juga teringat sbg politician pemimpin perlukan sokongan orang kaya. mana2 parti politik tak dapat pisahkan diri dari gologan kaya utk bantu mereka semasa pilihanraya... tp terpulanglah nak buat ke tak.. Apa hasilnya im not sure, tapi mungkin ini eksperiemen yang bagus untuk dibuat.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 1.034874 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list