CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31011|Reply: 9

‘Demi Allah, Tiada Niat Jadikan Konflik Keluarga Saya Sebagai Konten’ – Abby Abadi

[Copy link]
Post time 30-9-2024 10:39 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Abby Abadi menyangkal dakwaan dia sengaja ‘menunggang’ konflik keluarganya dan dijadikan sebagai konten dalam media sosial sehingga menjadi bualan umum.


Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkata, konflik terjadi antara dia dan anaknya, Marissa Dania adalah sebahagian daripada asam garam keluarga.


"Demi Allah tiada niat nak jadikan konflik keluarga saya sebagai konten. Konflik yang terjadi berlaku dengan sendiri."


"Saya kenal anak-anak saya macam mana, biasalah dalam keluarga ada turun naiknya. Tetapi kasih sayang antara kami tetap kuat."


"Dari kecil, anak-anak bersama saya. Jadi apabila ada beberapa perkara yang berlaku, saya yakin perkara itu (konflik) tidak lama, on off orang kata."







Abby berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba with Abby Abadi dan majlis pelancaran makanan tambahan, Berryfull Honey Lemon keluaran Inayah Beauty yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu.


Dalam pada itu, bekas isteri kepada Norman Hakim ini meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai duta produk makanan tambahan tersebut.


Kongsi Abby, dengan bantuan Berryfull Honey Lemon, dia berjaya menurunkan berat badan sekitar 59kg.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, berkata, pihaknya berbesar hati melantik aktres tersebut sebagai duta.


"Dengan pelbagai cabaran sepanjang proses Berryfull Honey Lemon yang ingin bersaing secara sihat dalam pasaran, saya bersyukur jalinan kerjasama dengan Abby memberi impak yang besar."


"ada asalnya, saya mendapat satu kiriman video daripada Fasha Sandha. Video itu menunjukkan Abby Abadi dan Azza (Elite) berkongsi pengalaman mereka kepada Fasha yang mereka adalah pengguna setia Berryfull."


"Mereka beli sendiri dan memang amalkan. Video berkenaan buatkan saya tertarik kerana tak sangka mereka sudi mencuba produk tempatan kami."


"Abby sudi menyahut cabaran yang diberikan iaitu wajib kurus dalam masa tiga bulan. Ketika saya menghubungi Abby, berat badannya mencecah 75kg dan dia sahut cabaran untuk turunkan berat badan sehingga 59kg pada bulan Ogos lalu."


Sumber – OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 02:53 PM | Show all posts
Setiap kali kau marahi diriku ini
Tergugur jantungku tergamam membisu



sian xde yg komen
so iols nk nyanyi part abby

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakyah ni cun lah jugak cuma mulut dia jerk hangsuang skit..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:35 AM | Show all posts
Semalam Hlive ada tunjuk klip Abby dgn Marissa (taktau la baru ke lama) mmg aku tgk Marissa ni budak mentah tak matang. Langsung tak ada ciri-ciri isteri. Fucking cringe the fact that she got married because of 'halal sex'
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kamu  & ex kamu yg naikkan rating keluarga indirectly
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendawg replied at 2-10-2024 08:35 AM
Semalam Hlive ada tunjuk klip Abby dgn Marissa (taktau la baru ke lama) mmg aku tgk Marissa ni budak ...

Ibarat maseh menetek ibu lagi....

Wht do u expect from 19 yrs old girl....

Aku dulu 19 thn..g shopping..karoake.cinema..masa belom ada smart phone..enjoy dgn kengkawan..rindu my old time....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2024 04:08 PM | Show all posts
19 tahun time tengah syok habis sekolah or masuk kolej/uni, time nak explore dunia, kehidupan, diri sendiri.... tapi anak ko dah kena siapkan makan minum laki, kena cuci cuci sebab gugur..muka dah cengkung...lebam2 mata berjaga nak halalkan kongkek, yet still berangan popular lagi sebab mak pak pun dok up story... founder2 bodoh pun dok jadikan model & ambassador... laki syok keja ala kadar je, sebab mak pak confirm tanggung...balik buat grab boleh pilih nak creett kat rumah mana...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 4-10-2024 04:08 PM
19 tahun time tengah syok habis sekolah or masuk kolej/uni, time nak explore dunia, kehidupan, diri  ...

Murung anak yebi baca komen chuols ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 04:16 PM | Show all posts
yebbi dgn sorg lagi elite tu telan ozempik ker?
awal tahun ni dok jualan kat singapura semua tu
both nmpk debab
alih2 kurus melidi dgn hobby melantak mkn free sana sini
payah nak percaya ckp dekni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pungpang2 gado
di media sosial
last 2 elok ja blk.pastu drama lg…next
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060561 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list