CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5070|Reply: 1

[Jenayah] Batu api kes Lahad Datu akan didedahkan selepas kes makamah selesai- Azalina

[Copy link]
Post time 3-10-2024 12:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 3-10-2024 04:19 AM

PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina adalah setimpal dengan sifat dan kezaliman mereka terhadap pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Kampung Tandou, Lahad Datu pada 2013.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.


"Mereka ini kita lihat sebagai penderhaka dan mereka telah mewujudkan banyak kejadian yang menyaksikan anggota (pasukan keselamatan) kita menjadi mangsa.


"Bagi saya, apa yang mereka tuntut itu lebih kepada gerakan pengganas. Tuntutan yang mereka buat adalah tuntutan yang tidak wujud selepas Sabah jadi sebahagian dari Malaysia,"
katanya kepada pemberita selepas menonton tayangan khas filem 'Takluk: Lahad Datu' bersama warga Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di sini malam ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ketujuh-tujuh individu termasuk anak saudara Jamalul Kiram yang mengaku dirinya Sultan Sulu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong susulan insiden pencerobohan di Lahad Datu, 11 tahun lepas.


Mereka ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 60, Atik Hussin Abu Bakar, 52, Basad H. Manuel, 49, Virgilio Nemar Patulada, 59, Al Wazir Osman, 68, Tani Lahad Dahi, 70, dan Julham Rashid, 75.


Sembilan anggota pasukan keselamatan telah gugur sebagai wira negara dalam insiden itu yang berlaku antara 12 Feb hingga 10 April 2013.


Pada 26 Julai 2016, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat ke atas mereka selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.


Bagaimanapun, Azalina enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkembangan isu dalang atau 'penderhaka' dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyokong serta membantu kumpulan Sulu membuat tuntutan ke atas Sabah.


"Kita selesaikan yang di mahkamah antarabangsa (Mahkamah Agung Perancis) dahulu. Insya-Allah selepas semua ini selesai, kita akan nyatakan," katanya.


Pada 24 Jun lepas, beliau berkata kerajaan sedang mengenal pasti dalang dan penderhaka terbabit selepas pihaknya mendapat maklumat bahawa mereka adalah penggerak serta pemberi maklumat kepada kumpulan Sulu.
-- BERNAMA





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 12:56 AM | Show all posts
dulu ramai yang tuduh najib sengaja reka isu lahad datu sebab umno takut nak bubar parlimen buat PRU13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.185545 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list